Posts

Showing posts with the label HBN 2012

Belia Berdiri Teguh Bersama PM...

Image
Golongan belia memberikan reaksi positif bagi menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kepimpinan Perdana Mentari, Datuk Seri Najib Tun Razak atas semua usaha yang telah beliau lakukan kepada golongan itu. Reaksi tersebut sempat dirakamkan oleh jurukamera KL POS selepas Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapannya semasa Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2012. Wakil Belia Sabah, Zyee mengatakan penganjuran Himpunan Jutaan Belia tahun ini merupakan salah satu tindakan bijak kerajaan bagi meraikan para belia dari seluruh negeri sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk berkumpul dan melakukan aktiviti yang berfaedah. Sementara itu, Ahmad Syawal wakil belia 4 Malays berkata kepimpinan beliau tidak dapat diragui lagi kerana beliau sentiasa berusaha dalam menjadikan Malaysia kearah negara maju. “Beliau (Najib) berjaya mengumpulkan golongan belia seramai dua juta orang dan itu membuktikan beliau begitu bersungguh-sungguh untuk memajukan belia. Saya berharap program seperti ini...

Menteri KBS Lawat Mangsa Kemalangan Drag Race...

Image
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabeery Chik kini berada di Hospital Putrajaya untuk melawat mangsa dan keluarga akibat kemalangan pertunjukan perlumbaan drag, sempena Hari Jutaan Belia 2012 disini, malam tadi. Sebelum itu, seramai 17 penonton perlumbaan mengalami kecederaan termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut itu. Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan. Salah seorang mangsa, Ami bin Nakim, 26, berasal dari Bahau, Negeri Sembilan, mengalami patah kedua-dua kakinya sementara adiknya yang turut sama menyaksikan perlumbaan drag tersebut, hanya mengalami kecederaan ringan. Beliau yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam kemalangan itu dan menganggapnya sebagai perkar...

Sekitar Hari Belia Negara 2012, Putrajaya.

Image
Ini yang sepatutnya di buat oleh belia, "duduk dan berkerja" jangan macam beruk-beruk yang datang perhimpunan bersih tu "duduk kemudian merusuh"...

TPM Rasmi Hari Belia Negara

Image
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat merasmikan Hari Belia Negara peringkat Kebangsaan di Sunway Pyramid semalam. Hari Belia kali ini dijangka bertambah meriah dengan adanya penganjuran Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Perhimpunan khas buat golongan belia itu seperti tahun lepas penganjurannya, menerima sambutan memberangsangkan yang diadakan di Putrajaya. Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan di hadapan kira-kira 1000 orang belia disini, menyarankan golongan pelapis negara itu menjadi individu yang sayangkan negara dengan menolak sebarang unsur ganas dalam negara. Tambahnya lagi, amanat Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mahukan belia negara menjadi pelapis berguna untuk negara akan tercapai. Turut hadir dalam majlis perasmian ini, Dato' Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan, Dato ' Sri Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Himpunan Jutaan Belia anjuran Kementerian B...

PM: Belia Penentu Masa Depan

Image
Golongan belia yang mewakili 45 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia berperanan besar dalam menentukan masa depan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Menyedari hakikat amanah yang dipikul golongan pewaris kepimpinan negara itu adalah besar, Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa merasai, merujuk dan memahami pandangan dan aspirasi generasi itu dalam setiap perancangan yang dibuat. “Sesungguhnya masa depan negara terletak di tangan golongan belia, sama ada kesejahteraan kebangsaan akan semakin meningkat dan kemakmuran terus dinikmati semua warga Malaysia pada masa depan bergantung kepada anda sebagai pewaris kepimpinan negara.

Demonstrasi Menyelamat Oleh Jabatan Bomba...

Image
Pasukan bomba dan peyelamat Malaysia akan mengadakan demonstrasi menyelamat pada 26 mei 2012 bertempat di sektor x jam 4.00 petang hingga 5.00 petang . Antara demonstrasi yang akan dipersembahkan adalah situasi menyelamat mangsa kemalangan jalanraya. Selain dari itu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia akan mengadakan demontrasi menyelamat yang mana dilaksanakan pada 26 mei 2012 bertempat di sector x jam 5.30 petang hingga 6.30 petang iaitu demontrasi menyelamat mangsa runtuhan bangunan (Urban Rescue) . Manakala Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan melaksana demontrasi menyelamat di tasik putrajaya pada 27 mei 2012 bermula jam 5.00 – 6.00 petang . Penganjuran tersebut akan diuruskan oleh pasukan StarTeam APMM. Demonstrasi Menyelamat Mangsa Tarikh/Masa: 3.00 - 4.00 Petang (25 Mei 2012) Kerjasama: Polis Diraja Malaysia

PEGUAM MUDA PROFESIONAL BANTU JAYAKAN HARI BELIA NEGARA..

Image
“Ia merupakan satu transformasi kerajaan untuk mengumpulkan belia-belia Malaysia untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bukan sekadar hiburan" semata-mata bahkan ia juga melibatkan kerohanian, pendidikan dan karier,” ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim dalam taklimat Hari Belia Negara (HBN) 2012 bersama 25 peguam muda profesional di Sekreteriat Hari Belia Negara di Sekretariat HBN 2012, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini. HBN yang bakal berlangsung selama lima hari bermula 23 sehingga 27 Mei disajikan dengan lebih dari 500 acara di 24 pentas yang sediakan khasnya untuk belia-belia Malaysia menunjukkan kreativiti dan bakat-bakat masing-masing. Menurutnya lagi, “peguam-peguam muda dapat memberi sumbangan dalam pembentukan negara dan dapat menyumbangkan bantuan guaman secara percuma berkaitan dengan undang-undang negara dan sebarang permasalahan kepada pengungjung-pengungjung yang hadir pada HBN kali ini.” Di samping...

Gelanggang Futsal Baru Untuk Warga Selangor...

Image
“Malaysia perlu cepat mempersiapkan pasukan muda yang perlu dibangunkan untuk masuk ke padang yang lebih besar”, ujar Menteri Belia dan Sukan Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dalam Majlis Perasmian MGZ Futsal Centre di sini. Malaysia mempunyai potensi yang tersendiri dalam bidang futsal tanah air yang mana Malaysia merupakan ranking yang ke-70 di Asia. Hampir 2000 gelanggang futsal yang telah dibina di kawasan-kawasan kampung oleh kerajaan di setiap negeri bagi menggalakkan golongan belia menunjukan bakat mereka di tempat yang tepat. “Permainan futsal ini berbeza dengan bola sepak di padang yang lebih besar kerana ia hanya memerlukan ketangkasan dari setiap pemain dan saya melihat orang-orang Malaysia mempunyai kelebihan itu”, ujar Dato’ Seri Ahmad Shabeery Cheek dalam ucapannya lagi. Menurut Razak Nordin, “ ia adalah sifat prihatin kepada pasaran yang lain yang mana sebelum ini kami hanya menaja sukan esklusif seperti golf sekaligus merupakan salah satu strategi dalam memperkenalkan G...

Keberkesanan Program Himpunan Jutaan Belia 2011

Image
Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Shabery Cheek menyatakan bahawa golongan belia merupakan kuasa besar dalam sistem ekonomi negara dalam menjelaskan terjemahan kementerian terhadap keberkesanan Program Himpunan Jutaan Belia 2011 yang lalu untuk golongan belia secara keseluruhannya. Beliau menjelaskan perkara berkenaan dalam menjawab pertanyaan Dewan Rakyat yang dikemukakan oleh YB Batang Sadong, Puan Hajah Nancy Haji Shukri. Jelas beliau, kajian impak ekonomi oleh pihak MITI (Ministry of International Trade and Industry) menyatakan bahawa program himpunan tersebut telah memberi kesan pengganda ekonomi sebanyak RM 110 juta melalui jumlah perbelanjaan pengunjung, sektor kerajaan, sektor swasta dan NGO sekaligus menyumbang kepada nilai ditambah ekonomi sebanyak 0.014% daripada nilai KDNK tahun 2010. Dianggarkan seramai 1.1 juta pengunjung hadir di Putrajaya sepanjang 3 hari himpunan tersebut diadakan dengan purata perbelanjaan sebanyak RM100 seorang. Sejurus selesai menjawab pertanya...