Posts

Showing posts with the label operasi lalang

Operasi Lalang: Kemunculan Kumpulan Marxist

Image
Hasil Tulisan Abba... Sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah muncul kumpulan Marxist yang bertujuan untuk merungkai struktur sosial dan pilitik negara dan menubuh sistem komunis. Kumpulan ini dipelopori oleh beberapa individu yang menghayati fahaman Marxist ketikamenuntut di beberapa buah universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat dan universiti tempatan. Kumpulan tersebut mempunyai perhubungan dengan pertubuhan luar negeri yang merupakan "front" komunis antarabangsa. Mereka menerima latihan di Filipina menerusi "Philippines Educational Theatre Asociation" (PETA) dan "Kilusang Mayo Uno "(KMU) atau "May First Movement"yang mana kedua-duanya adalah pertubuhan pro-komunis. Kumpulan ini telah menjalankan kerja "conscientization "di kalangan masyarakat. Proses "conscientization"adalah bertujuan menyedarkan rakyat kononnya kemiskinan,penderitaan dan ketidakupayaan mereka adalah berpunca dari penindasan oleh sistem yang wuju...

Operasi Lalang: Kegiatan Memperalatkan Agama Islam.

Image
Hasil Tulisan Abba... Golongan-golongan ajaran sesat Islam telah terus dikesan dalam beebrapa tahun kebelakangan ini (sekitar 1987). Di antara golongan-golongan ini ialah golongan ajaran Ahmadiah atau Tarikat Zikirullah atau ajaran Hassan Anak Harimau. Ajaran ini telah diasaskan oleh Hassan Yaacub@ Hassan Anak Harimau@ Tok Ayah Hassan dan jumlah pengikutnya lebih kurang 300 orang . Antara lain, Hassan Yaacob telah mendakwa kononnya jasad dan rohnya bersebati dengan Nur Ilahi dan bahawa dirinya diresapi oleh Roh Nabi Muhammad s.a.w. dan telah sampai waktunya beliau menjadi Imam Mahadi . Satu lagi kumpulan ajaran sesat yang telah dikesan ialah kumpulan yang dipimpin oleh Muhamad Yusof Abdul Karim @ Salleh Abd.Karim @ Salleh Kulop Karim. Kumpulan ini telah diasaskan pada bulan Januari 1987 oleh Muhamad Yusof Abdul Karim. Pusat kegiatanya ialah di FELDA Trolak Selatan, Slim River, Perak. Jumlah pengikutnya dianggarkan seramai 40 orang. Antara aktiviti kumpulan ini ialah mendirikan sembahya...

Operasi Lalang: NPW Dan PAS Eksploitasikan Isu Krisrianisasi

Image
Hasil Tulisan Abba. Kegiatan NPW ini diketahui dan dieksploitasi oleh Salleh Omar, seorang penganggur yang berasal dari Kedah, dengan membesar-besarkan kejayaan mengkristiankan orang-orang Melayu melalui ceramah-ceramahnya di beberapa buah masjid , sekolah dan jabatan kerajaan. Kamaluddin hj.Tahir, seorang penjaja yang berasal dari Kampung Damansara Dalam, Kuala Lumpur, yang mengakui kononnya pernah menajdi paderi, turut juga mengeksploitasi isu ini dengan menghebohkan kejayaa-kejayaan yang kononya telah dicapai dalam usaha mengkristiankan orang-orang Melayu . Dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua mereka yang tersebut di atas telah dipercayai oleh beberapa golongan orang Melayu dan telah menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat Islam. Kegelisahan ini telah dipergunakan oleh beberapa pemimpin PAS untuk kepentingan politik mereka. Pada 7 Ogos 1987 di Parit Amal, Johor, Khalid Abdul Samad Setiausaha Pemuda PAS (kini ahli parlimen shah alam) telah membuat kenyataan bahawa ...

Operasi Lalang: Kegiatan Mengkristiankan Orang-Orang Melayu

Image
Hasil Tulisan Abba... Pada umumnya gereja-gereja dan pendakwah Kristian di negara ini mematahui peruntukan undang-undang yang menegah usaha mengembang agama-agama lain di kalangan orang-orang Islam/Melayu . Walau bagai mana pun, satu kumpulan kecil kristian yang dikenali sebagai Neglected People's Workers (NPW) berpusat First Baptist Church, Jalan Pantai, Petaling Jaya, Selangor telah terlibat dalam usaha mengkristiankan orang-orang Melayu dan telah berjaya mengkristiankan seramai 7 orang. NPW telah ditubuhkan pada tahun 1984 di bawah pimpinan Philip Cheong @ Cheong Ah Kow, seorang Penyelia Insuran dalam sebuah syarikat di Kuala Lumpur . Bagi tujuan mengembangkan ajaran kristian dengan lebih berkesan di kalangan orang-orang Melayu, NPW telah mendapatkan khidmat seorang pemuda Melayu bernama Jamaluddin Othman @ Yeshua Jamaluddin @ Joshua Ira Jamaludin bin Othman. ( klik sini ) Beliau berasal dari Muar, Johor dan telah mendapat pendidikan agama Kristian di Far Eastern Bibilical Coll...

Operasi Lalang: Reaksi Orang Melayu

Image
Hasil Tulisan Abba. Orang-orang Melayu rasa tidak senang dan mulai membincangkan isu-isu yang ditentang dan dibangkitkan oleh orang Cina terhadap Kerajaan . Beberapa pertubuhan Melayu, terutamanya Pemuda UMNO telah bertindakbalas berikutan dengan perkembangan-perkembangan diatas. Pemuda UMNO telah menganggap resolusi Konvensyen MCA Selangor pada 2 November 1986 sebagai satu penafian terhadap hak dan keistimewaan orang-orang Melayu. Resolusi tersebut berbunyi "Based on historical facts, Malaysia's three major races are orginated from other countries. Therefore,none of them should brand the other as immigrants and claim themselves as natives " . Seterusnya Pemuda UMNO telah mengadakan satu demonstrasi pada 11 November 1986 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , Kuala Lumpur dimana ia telah mendesak supaya Lee Kim Sai, Timbalan Presiden MCA,dipecat daripada Kabinet dan kedudukan MCA dalam Barisan Nasional dikaji semula . Sebagi membidas desakan Pemuda UMNO itu, Pemuda MCA p...

Operasi Lalang: Peranaan Pertubuhan-Pertubuhan Dan Persatuan-Persatuan Cina

Image
Hasil Tulisan Abbas. Kelebihannya masyarakat Cina ialah mereka memiliki paling banyak sekali berpersatuan jika dibandingkan dengan lain-lain kaum di Malaysia . beberapa pertubuhan dan persatuan Cina telah turut terlibat dalam mengeksploitasi isu-isu yang berunsur perkauman. Pada 27 Mac 1983 sebanyak 15 pertubuhan Cina termasuk Dong Jio Zong dan DPCS,telah mengeluarkan satu dokumen yang bertajuk "Joint Memorandum On National Culture" yang menyoal kedudukan kebudayaan Melayu sebagai asas kebudayaan Malaysia . Selanjutnya pada 12 Oktober,1985 Pengisytiharan Bersama oleh 27 pertubuhan Cina Malaysia telah diumumkan dan diberi publisiti yang meluas dalam akhbar-akhbar Cina tempatan dan luar negara. Pengisytiharan ini di antara lain mendakwa bahawa orang-orang bukan Melayu telah tertindas dari segi politik,ekonomi dan kebudayaan,dan menyoal beberapa perkara yang dipersetujui sebelum Merdeka seperti soal bahasa. Dong Jio Zong dan DPCS juga terlibat secara aktif dalam isu penempatan g...

Operasi Lalang: Cabaran DAP Kepada MCA Dan MIC.

Image
Hasil Tulisan Abba. Lim Guan Eng satu temubual dengan pemberita beberapa hari sebelum pembuangan undi pada Pilihan Raya ke 12- (8-3-2004) pihak pemberita telah mengajukan soalan kepada beliau apakah harapan DAP pada kali ini . Beliau mengatakan harapan DAP tidak ada kerana mereka tahun Barisan Nasional begitu kuat dan sudah pasti untuk mendapatkan sedikit kemenangan, kami perlu tewaskan pengawal UMNO iaitu MCA,Gerakan dan MIC. Maksud Lim Guan Eng itu banyak tidak difahami oleh semua pihak dan terlupa bahawa DAP pernah melakukan "political intimidation "keatas rakan-rakan kongsi politik UMNO iaitu MCA,Gerakan dan MIC dalam tahun 1987. Untuk menonjolkan diri mereka sebagai juara kaum Cina dan India dan untuk menguatkan sokongan kaum-kaum tersebut kepada mereka, pemimpin -pemimpin DAP telah menuduh MCA dan MIC sebagai tidak memperjuangkan kepentingan kaum-kaum ini, dan mencabar mereka membela kepentingan kaum-kaum tersebut. Cabaran DAP kepada MCA juga jelas kelihatan dalam isu s...

Operasi Lalang: Isu Mata Pelajaran Pilihan.

Image
Hasil Tulisan Abba. Kegiatan DAP dalam meneksploitasikan isu mata pelajaran pilihan di Universiti Malaya telah menambahkan ketengangan di antara Melayu dan kaum bukan Melayu. pada 17 Ogos 1987 ahli-ahli DAP yang diketuai oleh V.David, timbalan Pengerusi DAP Selangor, Dr.Eng Seng Chai,Pengerusi DAP Selangor dan Lim Guan Eng telah mengadakan tunjuk perasaan haram di hadapan pintu masuk Universiti Malaya yang berkesudahan dengan pertengkaran dan caci mencaci antara mereka dan penuntut-penuntut Melayu Universiti itu. Kata-kata seperti "Cina balik Tongsan "dan "Melayu balik Indonesia", serta "Kalau berani keluarlah",telah dilaung-laungkan. Hanya kawalan yang rapi oleh pihak Polis serta pihak keselamatan Universiti telah dapat mencegah dari tercetusnya pergaduhan. Sebagai reaksi kepada peristiwa 17 Ogos 1987 itu, siswa-siswa Melayu pula telah mengadakan perhimpunan di Kampus Universiti Malaya pada 20 Ogos 1987 tanpa kebenaran pihak Universiti, dan perhimpunan it...

Operasi Lalang: Koperasi Pengambilan Deposit.

Image
Hasil Tulisan Abba. MCA telah menubuhkan Koperasi Serbaguna Malaysia (KSM) diseluruh Malaysia bertujuan untuk mengumpul dana-dana kaum Cina yang berbillion-billion mungkin trillion ringgit yang disimpan didalam bank-bank yang kini sudah mulai dikuasi oleh Permodalam Nasional Berhad yang pula mengwujudkan Amanah Saham Nasional untuk mengumpul dana-dana orang Melayu/Bumiputra sebagai strategi menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan-iaitu Dasar Ekonomi Melayu (DEB) yang dilancarkan oleh Tun Razak dan disempurnakan oleh Tun Hussein Onn dan Tun Dr.Mahathir Mohamad. KSM diawal penubuhannya amat cantik dan berjalan lancar, tiba-tiba berlaku masalah dan ramai pendeposit hilang pelaburan mereka- majoritinya kaum Cina . Insiden KSM telah memberikan impak yang besar kepada pergerakan Kopersai di Malaysia hingga ke hari,orang ramai takut mengikuti dan menjadi ahli mana-mana Koperasi lagi . Dalam kenyataanya HU Sepang, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, mendedahkan bahawa "DAP telah ber...

Operasi Lalang: Isu Kebudayaan, Bangsa Dan Agama.

Image
Hasil Tulisan Abba. Satu lagi isu yang kuat dimainkan oleh DAP untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan di kalangan orang-orang cina dan bukan melayu dan cuba untuk membangkitkan perasan anti-Kerajaan dan anti-Melayu, ialah isu kononnya Kerajaan mengamalkan dasar satu bangsa, satu kebudayaan, satu bahasa dan satu agama. ( DAP tetap tak akan menerima penubuhan negara Islam atau pun yang ada hubungan dengan Islam, umpamanya untuk bersegkokol dengan PAS untuk menjadikan Malaysia negara Islam seperti yang PAS idamkan ). Diantara kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin DAP itu adalah kenyataan Lim Kit Siang pada 14 januari 1983 di Ibu Pejabat DAP, Jalan Kilang,Melaka, bahawa perlaksanaan polisi satu bangsa, satu kebudayaan oleh pihak Kerajaan telah meminggirkan kedudukan kebudayaan kaum-kaum lain. Pada 17 Mac 1984, P.Patto (mendiang) selaku Timbalan Setiausaha Agung DAP pula telah menyatakan di Bagan Sungai Tiang, Perak bahawa Kerajaan mengamalkan polisi satu bangsa, satu bahasa da...

Operasi Lalang: Isu Bukit Cina

Image
Hasil Tulisan Abba. Dalam tahun 1983, apabila Tan Sri Rahim Tambhy Cik ketika itu Ketua Menteri Melaka berhasrat memindahkan kubur-kubur lama yang berada disitu dengan tujuan untuk memajukanya , ia mendapat bantahan orang ramai terutamanya dari kaum Cina, pencinta sejarah dan NGO. Mereka berpendapat Bukit Cina adalah warisan sejarah Malaysia kononnya dengan memindahkan kubur-kubur lama itu akan terpadamlah sejarah orang-orang Cina di Malaysia . Sebilangan pertubuhan dan parti politik Cina terutamanya DAP telah menentang dan menjadikan ia satu isu perkauman. sebenarnya rancangan Kerajaan Negeri Melaka untuk membangun secara komersial 80 % daripada kawasan Bukit Cina dan menjadikan baki 20% lagi sebagai kawasan perlindungan bagi mengekalkan unsur-unsur peninggalan sejarah dan sebagai kawasan rekreasi. DAP terus-terusan menjadikan isu ini sebagai isu perkauman untuk membangkitkan kemarahan orang-orang Cina terhadap Kerajaan dan orang-orang Melayu. Dalam satu ceramah pada 29 September,1984...

Permulaan Operasi Lalang. Isu-isu Sensitif

Image
Hasil Tulisan Abba. Salah satu kelonggaran pentadbiran Tun.Dr Mahathir Mohamad ketika itu ialah membuka sedikit simpulan kebebasan berpolitk, bersuara dan berhimpun oleh rakyat Malaysia . Kebebasan baru ini telah digunakan dengan sepenuhnya oleh NGO, parti-parti politik,pendesak dan organisasi . Kebebasan ini telah melampaui batas dan telah membangkitkan banyak isu -isu sensitif. Isu-isu sensitif ini adalah faktor utama yang menyebabkan keadaan ketegangan yang serius dalam tahun 1987 dan menyemarakkan perasaan perkauman. Antara isu-isu yang dieksplotasikan ialah isu-isu mengenai Akta Pelajaran 1961, isu pembangunan Bukit Cina di Melaka, kerugian Koperasi Pengambilan Deposit (KPD), ikrar di sekolah, mata pelajaran pilihan di Universiti Malaya, isu penggunaan bahasa dipapan tanda dan penempatan Penolong Kanan dan Penyelia Petang yang tidak mempunyai kelayakan Mandarin di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina SRJK (C) . Beberapa orang pemimpin DAP telah memainkan peranan utama dalam mengex...