Permulaan Operasi Lalang. Isu-isu Sensitif

Hasil Tulisan Abba.
Salah satu kelonggaran pentadbiran Tun.Dr Mahathir Mohamad ketika itu ialah membuka sedikit simpulan kebebasan berpolitk, bersuara dan berhimpun oleh rakyat Malaysia . Kebebasan baru ini telah digunakan dengan sepenuhnya oleh NGO, parti-parti politik,pendesak dan organisasi . Kebebasan ini telah melampaui batas dan telah membangkitkan banyak isu -isu sensitif.
Isu-isu sensitif ini adalah faktor utama yang menyebabkan keadaan ketegangan yang serius dalam tahun 1987 dan menyemarakkan perasaan perkauman. Antara isu-isu yang dieksplotasikan ialah isu-isu mengenai Akta Pelajaran 1961, isu pembangunan Bukit Cina di Melaka, kerugian Koperasi Pengambilan Deposit (KPD), ikrar di sekolah, mata pelajaran pilihan di Universiti Malaya, isu penggunaan bahasa dipapan tanda dan penempatan Penolong Kanan dan Penyelia Petang yang tidak mempunyai kelayakan Mandarin di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina SRJK (C) .
Beberapa orang pemimpin DAP telah memainkan peranan utama dalam mengexploitasikan semua isu-isu ini. Sebilangan pemimpin MCA telah juga turut terlibat dalam beberapa isu kerana dicabar oleh DAP dan supaya tidak ketinggalan dalam mendapatkan sokongan politik orang-orang Cina. Sebilangan pertubuhan Cina, terutamanya Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina dan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Jiau Zong) dan Dewan Perhimpunan Cina Selangor, telah juga memainkan peranan sebagai kumpulan-kumpulan pendesak yang ekstrim.
bersambung esok jam 1 petang.

Comments