Posts

Showing posts from August, 2016

Kehadiran Riza Dan Jho Low Ke Mahkamah Mampu Bersihkan Nama Najib...

Image
Riza Aziz dan jutawan Low Taek Jho, yang disebut dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) terhadap 1MDB, akan dipanggil membela diri pada 22 Ogos ini.
Riza dan Jho Low serta beberapa nama lain yang disebut dokumen DOJ berpeluang mencabar tuntutan kerajaan Amerika yang mahu merampas aset mereka.
Sekiranya mereka tidak tampil ke mahkamah, mahkamah akan beri perintah untuk membolehkan kerajaan Amerika merampas aset-aset ini. Tetapi sekiranya mereka tampil ke mahkamah, mereka boleh lawan tuntutan kerajaan Amerika itu dan sekaligus boleh membersihkan nama Najib. Sumber

Tiada Campur Tangan Asing Dalam Hal-Ehwal Negara Kita - Anifah Aman

Image
Alhamdulilah, menteri luar anifah aman mengesahkan, tiada campur tangan asing dalam urusan negara kita...
Menurut anifah, apa yang dibuat oleh DoJ itu, hanya sekadar menyiasat pengubahan wang haram dan mencuci duit kotor yang berlaku di negara mereka (amerika)... itu adalah undang-undang mereka dan kita mesti menghormatinya...

AAM Tak Bayar Gaji Pekerja 4 Bulan, Ada Yang Telah Di Halau Dari Rumah Sewa...

Image
Persatuan Automobil Malaysia (AAM), penyedia perkhidmatan penyelenggaraan kereta di seluruh negara yang beroperasi sejak 1932, didakwa berdepan masalah kewangan.
Ini susulan syarikat itu didakwa berdepan krisis ekonomi apabila tidak mampu membayar gaji kepada 300 pekerja sejak empat bulan lalu manakala sudah hampir setahun tidak membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
AAM bukan syarikat kecil dan gemilang di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Malah ia diiktiraf sebagai pihak berkuasa permotoran yang bertindak sebagai jurucakap rasmi bagi pemilik kenderaan bermotor Malaysia dan memperjuangkan hak penggunaan selamat di jalan raya.
Pekerja AAM, Mohamad Tajuddin Jailani, 48, berkata tindakan kejam AAM yang tidak membayar gaji kakitangan menyebabkan kehidupan mereka terjejas teruk.
Katanya, ada pekerja yang berdepan dengan kereta ditarik bank, dihalau dari rumah kerana tidak ada wang untuk membayar sewa bulanan.
“Sepanjang empat bulan kami tak…

Isu 1MDB Ibarat Bom Atom Kepada UMNO...

Image
Kali pertama tahun ini, ketua umno bahagian membangkitkan kebimbangan yang mana isu 1mdb boleh menjadi seperti bom atom yang boleh memusnahkan umno...
Ketua umno bahagian shah alam dalam ucapanya sewaktu persidangan umno bahagian itu telah membagkitkan beberapa isu yang perlu ditangai segera oleh umno bagi menghadapi pru akan datang...
Azahari shaari menegaskan, isu pengambilan pekerja asing, gst dan pengurangan subsidi oleh kerajaan sebagai satu isu yang boleh diibaratkan sebagai "bom atom" kepada umno dan harus di selesaikan segera...
Pada aku ok la, sekurang-kurangnya masih ada lagi ketua umno bahagian yang nak bercakap pasal 1mdb ni dan tahu 1mdb ni punca segala masaalah kepada umno...

Pesta "Puja Umur" Anwar Ibrahim Di Depan Penjara Sungai Buloh Semalam...

Image
Pesta puja umur atau sambutan hari lahir anwar di anjurkan oleh otai reformasi 98...
Kehadiran pada kiraan aku ada la kut sekitar 500 orang...
Ramai juga pemimpin pembangkang yang hadir...

Badrul Amin memulakan acara dengan bacaan doa...


Saudari Anis Syafika dari pada Gerakan Tangkap MO1...


Tien chua...


Anak beranak Anwar Ibrahim...



Ambiga...


Wajah terbaru MP Sepang, Hanipa Maidin, katanya dia kini sudah 80 peratus recover dari penyakit stroke...





Nik Nazmi, sexy bibir dia...


Hanipa Maidin dalam ceramahnya mengatakan, dia rindu untuk berperang dengan umno dan ingin segera kembali ke parlimen, duduk dirumah bosan pasal rumahnya tak ada umno...


Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1....






MITOLOGI : HANTU PENANGGAL DI ASIA SIRI 2

Image
Siri 2 : Penanggal Di Borneo
KISAH BALAN-BALAN (BAJAU) DAN KUMOKODONG (KADAZAN) DI SABAH Menurut kepercayaan masyarakat Bajau Kota Belud, makhluk penanggalan ialah orang biasa yang masih hidup yang bertukar menjadi balan-balan apabila berlaku kelahiran atau kematian. Balan-balan ini adalah dalam bentuk jasad manusia yang berjalan diwaktu malam dan subuh apabila tercium bau kelahiran atau kematian, untuk mencuri bayi yang baru lahir dan tali pusat belum dipotong, atau jasad orang yang meninggal dunia.
Balan-balan mencuri jasad dengan cara menjulurkan lidahnya dari bumbung atau dari bawah rumah, dan menggantikan jasad itu dengan batang pisang. Jasad yang dicuri akan dilenggang dalam perahu untuk ditukar menjadi ikan (ini versi kisah balan-balan daripada kaum Irranun, mungkin disebabkan mereka rata-ratanya berkerja sebagai nelayan).
Balan-balan daripada kaum Bajau dan DusunTindal akan mencuri jasad dan memakan tali perutnya. Untuk mengetahui samada balan-balan berada berdekatan ialah de…

Perang Kelang: Pertempuran Keturunan Opu Bersaudara Bahagian Akhir...

Image
Bahagian Akhir...
Sultan Abdul Samad terpaksa mengakui Raja Mahadi sebagai pemerintah Klang yang baru dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana kedudukan baginda sebagai seorang sultan tersangatlah lemah kerana dikatakan baginda hanyalah seorang sultan yang ditabalkan mengikut adat semata-mata sahaja malah baginda tidak mempunyai askar dan kekuasaan yang kukuh. 
Oleh itu, baginda mengambil langkah untuk mendiamkan diri sekiranya baginda mahu kekal lama di atas takhta. Walau bagaimana pun, baginda telah mengenakan cukai sebanyak $500 setiap bulan ke atas Raja Mahadi sebagai cukai pentadbiran Klang.
Setelah berkuasa penuh di Klang, Raja Mahadi telah mabuk dengan kebudayaan, kejayaan dan kemenangan sehinggakan beliau tidak mahu bayar cukai tersebut dan ini membuatkan Sultan Abdul samad murka kepadanya. 
Oleh itu, Sultan Abdul Samad telah membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan puterinya dengan Raja Mahadi dan baginda telah menikahkan puterinya itu dengan Raja Muda Kedah yang bernama…

Perang Kelang: Pertempuran Keturunan Opu Bersaudara...

Image
Bahagian I.
Selepas tiga tahun Sultan Muhammad (Sultan Selangor ke 3) melantik Raja Jumaat sebagai Orang Besar Lukut, baginda melantik pula putera sulungnya Raja Sulaiman sebagai Orang Besar Klang pada tahun 1839. Raja Sulaiman mempunyai beberapa orang putera dan putera sulungnya bernama Raja Mahadi. Raja Sulaiman mentadbir Klang selama 14 tahun dan mangkat pada tahun 1853.
Sepatutnya jika mengikut adapt kebiasaan orang Melayu, pewarislah yang akan naik menggantikan untuk menjadi pemerintah yang baharu yakni Raja Mahadi yang akan dilantik namun perkara itu tidak berlaku seperti kebiasaannya. Ini kerana Raja Jumaat telah berjaya mempengaruhi Sultan Muhammad untuk melantik adindanya yang bernama Raja Abdullah untuk dijadikan pemerintah yang baru di Klang. 
Tambahan pula Sultan Muhammad memang banyak terhutang budi kepada Raja Jumaat yang membantunya melangsaikan hutang-hutangnya dahulu. Di fikiran Sultan Muhammad inilah masanya untuk membalas jasa budi Raja Jumaat itu maka Raja Abdulla…

MITOLOGI : HANTU PENANGGAL DI ASIA

Image
Siri 1 : Penanggal Di Tanah Melayu
PENGENALAN MENGENAI PENANGGAL Penanggalan merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memelihara harta dan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu penanggalan dipercayai diberi makan darah daripada ibu yang mengandung atau baru melahirkan anak oleh tuannya.
Hantu penanggalan dikatakan membolehkan tuannya mampu menjelma sebagai sejenis makhluk berkepala dengan urat perut yang bercahaya dan terbang mencari mangsa. Penanggalan akan terbang kerumah yang dikenal pasti mempunyai wanita yang baru bersalin dan kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.
Cara menghalang gangguan Penanggalan dikatakan dengan cara meletakkan daun berduri, seperti daun mengkuang, di bawah rumah ibu yang baru bersalin. Ini dikatakan kerana hantu Penanggalan takut menghampiri rumah yang berdu…

Ada Muka Ke Wan Bro Nak Minta Maaf Pada 3 Tan Sri Yang Di Fitnah Tu...???

Image
Menurut sinar harian bertarikh 2 Ogos 2016, Polis telah menghentikan siasatan berhubung laporan polis dibuat Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang mendakwa ada konspirasi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keputusan menghentikan siasatan diambil selepas didapati Khairul Azwan membuat laporan hanya berdasarkan kepada andaian dan dengar cakap (hearsay).
"Polis sudah rakam percakapan Khairul Azwan dan kami dapati dia buat laporan berdasarkan andaian...dia tidak dapat kemukakan bukti seperti yang didakwa dalam laporannya. kliksini
Demikian laporan sinar harian...
So memang tak ada kes, tak ada sebab musabbab nak dakwa 3 tan sri tu...
Jangan salah anggap tulisan aku ni, aku bukan ler nak backing sangat 3 tan sri tu, depa pun bukan kenal aku...
Tapi apa yang aku ralat ialah, macam mana naib ketua pemuda umno malaysia yang belajar sampai oversea tu boleh percaya dengan tulisan RPK?…

MCA & GERAKAN Membisu Kerana JHO LOW Itu Cina...?

Image
Sampai sekarang kita tak nampak desakan atau komen dari rakan komponen Umno, Mca dan Gerakan supaya mendesak ketua polis negara memberkas culprit yang bernama JHO LOW... Kenapa mereka diam membisu?
Bukan hanya JHO LOW, malah mereka juga turut diam kes CASEY TANG dan JASMINE LOO, dua orang yang paling dikehendaki oleh Bank Negara...
Tapi kalau dalam isu-isu lain, WAH... CUKUP PUNYA LANTANG SUARA MCA dan GERAKAN... minta polis siasat segera, minta polis ambil tindakan segera, itu la ini la... puii
Adakah kerana JHO LOW, CASEY TANG dan JASMINE LOO itu orang cina, maka mereka mendiamkan diri?
Atau Mca dan Gerakan sendiri tak tahu hujung pangkal cerita mengenai siapa JHO LOW ini...?
Mustahil presiden Mca dan Gerakan tak tahu menahu pasal JHO LOW...
Atau Mca dan Gerakan bersekongkol menyorokkan JHO LOW, CASEY TANG dan JASMINE LOO..?
Kemon la Mca dan Gerakan, kamu perlu bersama-sama membantu najib, gunakan source yang kamu ada untuk membantu pdrm memberkas culprit JHO LOW dan 2 lagi individ…

Pemuda Umno Disaran Hantar Nota Bantahan Dan Berdemo Dihadapan Kedutaan Amerika...

Image
Sudah nampak agenda yahudi yang dibawa oleh amerika nak menjahanamkan negara kita...
Sudah nampak amerika cuba menikam belakang najib...
Sesudah najib (kita semua) bersetuju untuk bersama-sama dengan amerika dalam TPPA, akhirnya kita di perlakukan sebergini rupe...
Kita jangan berani mengertak orang dalam negara sahaja, amerika yang menjadi dalang menjahanamkan maruah najib juga patut kita rembat...
Ayuhh pemuda umno, ayuhh kita berdemo di depan kedutaan amerika untuk menyatakan rasa tidak puas hati kita terhadap amerika yang menyerang najib dan memalukan maruah negara...
Ayuhh pemuda umno, jangan hanya berani terhadap 3 tan sri sahaja, amerika yang menjadi dalang patut kita tentang...
Gerakan seluruh pelusuk pemuda umno, kita buat demo gozila di hadapan kedutaan amerika...
Kalau datuk jamal yang hanya berjawatan ketua bahagian boleh gerakan ratusan ribu anak melayu turun berdemo menentang perhimpunan bersih 3.0, kenapa pemuda umno tak mahu turun beramai-ramai mempertahankan maruah n…