Posts

Showing posts with the label PRN Sarawak 2016

Pilihanraya-nya Di Sarawak, Azmin Pulak Yang Kecut Perut Di Selangor...

Image
Apa yang berlaku di sarawak sudah menunjukan yang pembangkang gagal mencapai kata sepakat, gagal bertoleransi dan gagal segala-galanya... PKR sapu 5 kerusi DAP sedangkan sudah ada persetujuan mulut supaya PKR tidak kacau 5 kerusi itu, tapi di sebabkan nak tunjuk terrer, nak tunjuk bagus, PKR langgar jugak perjanjian itu... Tapi kenapa pulak azmin yang kecut perut? Perlu di ingat, kalau DAP menarik balik sokongan terhadap azmin di selangor, azmin akan hilang jawatan menteri besar beb... DAP mampu buat begitu kerana kerusi DUN yang di menangi oleh DAP lebih banyak berbanding PKR... Mungkin ada yang kata, PAS, PKR dan BN boleh berbincang untuk menyelamatkan azmin, tapi perlu di ingat juga, dalam 15 orang adun PAS di selangor tu, berapa ramai pulak yang jadi barua DAP...  DAP memberi masa kepada PKR sehingga jumaat ini untuk menarik balik calon mereka di 5 kawasan dun yang di tandingi oleh pkr itu... Melihat kepada senario semasa di sarawak, nampak DAP ...

Rakyat Melihat Kegelojohan Pakatan Pembangkang...

Image
Lihatlah apa yang berlaku pada sewaktu penamaan calon prn sarawak... Pakatan pembangkang tak mampu mencapai kata sepakat untuk bertanding melawan bn satu lawan satu... Rakyat melihat kegelojohan pakatan pembangkang... Rakyat melihat, pembangkang tiada kesepakatan... Masing-masing nak tunjuk terrer... Akhirnya kit sing terpaksa menebalkan muka meminta maaf kepada rakyat sarawak atas kebebalan pakatan pembangkang yang gagal nak berpakat... Masihkah pakatan pembangkang menyimpan cita-cita untuk merampas semua kerusi parlimen dari bn pada pru akan datang? Puii... kirim salam ler...

Berlawan Sesama Sendiri, Adenan Satem Sifatkan PKR & DAP Parti Bercelaru...

Image
Tan Sri Adenan Satem menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebagai parti yang bercelaru ekoran bertembung sesama sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Ketua Menteri Sarawak itu berkata, beliau percaya pembangkang telah gagal mencapai persetujuan apabila kedua-dua parti berkenaan bertanding di kerusi yang sama atau meletakkan calon bebas untuk menentang sesama sendiri.  “Ini menunjukkan wujud kecelaruan antara mereka,” katanya lapor portal Pro Barisan Nasional, bnbbc.my. Katanya, ketidakfahaman antara kedua-dua parti pembangkang itu telah menyebabkan berlakunya pertembungan itu. Maklumat awal menunjukkan PKR bertembung dengan DAP di beberapa kawasan seperti Batu Kitang, Mulu, Simanggang dan Mabong. Kedua-dua parti itu mengemukakan pencalonan masing-masing di Murum. SUMBER

Sejarah PRN Sarawak Yang Rakyat Perlu Tahu...

Image
Sarawak menyertai persekutuan tanah melayu untuk membentuk malaysia pada tahun 1963... Pada tahun 1969, pertama kali sarawak menyertai pilihanraya dewan undangan negeri... Disini aku share sedikit info mengenai sejarah pilihanraya negeri sarawak semenjak dari tahun 1969 hingga kini...

Info SPR Untuk Pilihanraya Negeri Sarawak 2016

Image
Seperti yang kita semua sudah maklum, kerusi dewan undangan negeri sarawak telah bertambah, kalau dulu ada 71 kerusi setelah di buat persempadanan semula, menjadi 82 kerusi iaitu penambahan 11 kerusi dun baru di sarawak... Disini ada sedikit info mengenai 11 nama-nama kerusi baru dan ia terletak di dalam kawasan parlimen mana... 1. N.13 Batu Kitang dalam Parlimen Stampin. 2. N.17 Stakan dalam Parlimen Samarahan 3. N.18 Serembu dalam Parlimen Puncak Borneo 4. N.23 Bukit Semuja dalam Parlimen Serian 5. N.26 Gedong dalam Parlimen Batang Sadong 6. N.40 Kabong dalam Parlimen Saratok 7. N.57 Tellian dalam Parlimen Mukah 8. N.63 Bukit Goram dalam Parlimen Kapit 9. N.66 Muram dalam Parlimen Hulu Rajang 10. N.70 Samalaju dalam Parlimen Bintulu 11. N.78 Mulu dalam Parlimen Baram Manakala terdapat 4 dewan undangan negeri yang telah dipinda namanya iaitu, 1. N.19 Mambong nama dahulu Bengoh 2. N.34 Batang Ai nama dahulu Batang Air 3. N.41 Ku...

BN Sarawak Ketengah 4 Muka Baru Untuk Tentang Pembangkang...

Image
Barisan nasional sarawak mengetengahkan 4 muka baru dalam pilihanraya negeri kali ini... Empat muka baru itu di pilih dari pada parti supp, mereka akan bertanding di kerusi-kerusi panas yang menjadi sasaran dap dan pkr... Mereka ialah, Peter Pau, 38, yang akan bertanding di kerusi (DUN Padungan) Milton Foo Tiang Wee, 38, (DUN Pending); Chieng Buong Toon, 63, (DUN Bukit Assek) dan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, 60, (DUN Piasau).  Dengan memberi peluang kepada muka-muka baru ini, rakyat sarawak melihat kesungguhan ketua menteri adenan satim untuk melihat bn sarawak menang besar kali ini... Sejak menjawat jawatan ketua menteri, rakyat sarawak dilihat selesa dengan gaya pentadbiran beliau, idea-idea yang dibawa oleh adenan satim memikat hati rakyat negeri itu...

SPR Telus Dalam Mendaftar Pengundi Muda...

Image
Kira-kira 136,755 pengundi muda mendaftar pada suku ke4 tahun 2015... Ini menunjukan tuduhan pembangkang yang mana mereka menuduh SPR cuba menghalang orang muda untuk mendaftar sebagai pengundi tidak berasas dan mengarut... Ternyata ini adalah bukti yang SPR benar-benar telus dan adil dalam menjalankan proses pendaftaran.. Malah dalam siri-siri penerangan yang dibuat oleh SPR, kerap spr mengingatkan supaya orang muda mendaftar awal, jangan tunggu di saat-saat akhir baru nak mendaftar...

Amanah Ibarat Khadam DAP - Hadi Awang...

Image
Menurut presiden pas itu, Amanah bukanlah sebuah parti yang boleh memberikan saingan kuat kepada PAS pada pilihanraya negeri sarawak yang akan datang... Hadi mengatakan PAN adalah khadam DAP... "Kita tidak menganggap Amanah sebagai satu saingan yang mencabar pada pilihan raya ini. Khususnya apabila rakyat, terutama yang beragama Islam (dan) kaum Bumiputera, menyedari bahawa Amanah merupakan khadam kepada DAP,"  Untuk rekord, pada pilihanraya negeri sarawak kali ini, PAS bertanding 11 kerusi dan Amanah pula bertanding 13 kerusi... Menurut hadi lagi, PAS mampu memberi saingan kepada barisan nasional dan parti-parti lain dan berkeyakinan PAS mampu memenangi beberapa kerusi kali ini... PAS membariskan 11 calon pada pilihanraya negeri kali ini, diantara 11 calon itu, 5 darinya adalah anak muda dari pelbagai latarbelakang profasional dan pas juga meletakan seorang calon wanita pada pilihanraya kali ini... PAS akan bertanding di Samariang, Pantai Damai, ...

Tiada Tempat Untuk PAN Dan PAS Di Sarawak...

Image
Menurut profesor dr. janiri amir, PAN dan PAS bukanlah parti yang sesuai untuk bertanding di sarawak, kerana kedua-dua parti itu dilihat sebagai parti yang ekstrem dan tak kena langsung dengan budaya masyarakat sarawak yang mempunyai pelbagai etnik... PAN dijangka akan bertanding 13 kerusi pada pilihanraya negeri itu nanti dilihat tidak akan berjaya mencuit hati pengundi sarawak untuk mengundi parti mereka... PAN juga tidak mempunyai rangkaian akar umbi yang kuat dan tidak keterlaluan dikatakan, masih ramai lagi rakyat sarawak yang tidak menyedari kewujudan parti PAN itu... Begitu juga dengan PAS yang bercita-cita untuk bertanding 11 kerusi disana, mereka dilihat sebagai parti ekstrem, sudah banyak kali PAS mencuba nasib di sarawak, tetapi semuanya bungkus... Jadi pilihanraya negeri sarawak kali ini bukanlah pilihanraya untuk PAN dan PAS, tapi kalau nak hilang juga wang deposit, sila lah masuk bertanding...

BN Yakin Kuasai Dua Pertiga Majoriti - Adenan Satim...

Image
Barisan Nasional yakin berupaya mengekalkan pemerintahannya di negeri ini menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11 yang kian hampir selepas Ketua Menteri Adenan Satem mengumumkan Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan pada 11 April ini. Adenan yang begitu popular di kalangan rakyat susulan lebih 50 prinsip dan tindakannya diperkenalkan sejak dua tahun mengambil alih jawatan Ketua Menteri berkata, fokus BN sekarang ialah berusaha untuk menang lebih besar. “Menurut Adenan, persoalan sekarang bukan berkisar sangat tentang siapa (parti) akan membentuk kerajaan, tetapi berapa majoriti yang bakal kita perolehi,” katanya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia. Keyakinan yang cukup tinggi BN untuk menguasai dua pertiga majoriti daripada 82 kerusi dipertandingkan. PRN Ke-11 akan menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan berbanding sebelum ini, 71 kerusi menerusi PRN Ke-10 yang diadakan pada 16 April 2011. Pertambahan 11 kerusi itu adalah susulan persempadanan semula kawasan ...

Sarawak Akan Bangunkan Bandar Usahawan - Najib Razak

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan penubuhan Bandar Usahawan Lautan Biru di Borneo 744, Bintawa di sini. Pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri ketika berucap melancarkan Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat (GREAT) 2016 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Usaha ini menurut Najib adalah dilaksanakan hasil kerjasama kerajaan negeri dan kerajaan pusat melalui Kementerian Kewangan (MOF). “Buat kali pertama kita hendak jadikan bandar ini sebagai hab kreativiti dan inovasi untuk golongan muda menjalankan perniagaan dan menghasilkan produk-produk baharu. “Melalui usaha ini juga kita akan jadikannya sebagai satu model keusahawanan yang bersifat kreatif,” katanya sambil menambah, ia akan menggalakkan penglibatan golongan muda dan usaha. Pada program itu semalam, Najib turut mengumumkan Pertandingan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Pertandingan ini katanya, ditetapkan untuk mencari...