Posts

Showing posts with the label PRK Sungai Besar

Mampukah Budiman Bersihkan Maruah Najib & Barisan Nasional...???

Image
Sepanjang 20 hari aku berada di sugai besar ini, pertama kali aku melihat parti komponen bn terutama mca buat kerja bersungguh-sungguh untuk calon umno... sebelum ni pon bukan depa tak buat kerja, tapi kerja mereka hanya suam-suam kuku... kalau bergini lah gaya gerak kerja mca, aku yakin undi kaum cina boleh bertambah... jujur aku cakap, budiman boleh menang dengan majoriti 2000 keatas... pemilihan calon bn cukup tepat... budak sungai limau-, anak tempatan yang cukup sempoi dan di kenali oleh orang, baik dewasa, remaja, budak-budak, lelaki atau wanita, semua kenal dengan budiman... malah dalam siri-siri walkabout di sekitar pasar pagi di beberapa tempat terutamanya di sekinchan, cina-cina peniaga di sana menaruh kepercayaan kepada budiman untuk membantu mereka menyelesaikan masaalah seperti kenaikan sewa tapak pasar pagi, kenaikan sewa kedai di pasar sekincahan, nelayan pula mengadu hal kenaikan cukai jeti dan lain-lain masaalah... di sebelah pengundi m...

PAS Tempelak Perangai Tak Senonoh PAN Dan Pakatan Harapan...

Image
Pas menggesa kepada parti-parti politik yang bertanding pada prk sungai besar ini agar berusaha mengekalkan keharmonian di kalangan penduduk tempatan. prk akan berakhirpada 18 jun ini dan pas berharap selepas pilihanraya hubungan akrab di kalangan anggota masyarakat akan terus kekal. Pilihanraya tidak seharusnya mengorbankan keharmonian masyarakat. maka diatas semangat tersebut pas menolak sebarang budaya politik melampau atau ekstrim.  Kempen hendaklah berdasarkan fakta-fakta yang jelas dan bukan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. spekulasi berdasarkan andaian-andaian atau persepsi semata-mata hendaklah dielakan. bergitu juga serangan peribadi perlu dijauhkan sama sekali. Selain dari itu, cara hidup dan tradisi penduduk tempatan tidak seharusnya diganggu.  Semoga prk sungai besar akan menjadi prk yang bersih dan telus sepertimana pilihanraya di negara-negara maju. Kenyataan ini di keluarkan oleh iskandar abdul samad, pengarah prk pas sungai besar.

Nizar Biadap - Hishammuddin...

Image
Hishammuddin menemplak bekas menteri besar 9 bulan perak, nizar jamaluddin kerana mempolitikan isu kemalangan helicopter yang melibatkan bekas menteri peladangan dan komoditi tan sri noriah kasnon yang juga ahli parlimen sungai besar dan ahli parlimen kuala kangsar datuk wan khairil bulan lepas... Kata nizar, kemalangan helikopter itu patut diambil pengajaran oleh umno kerana merampas kerajaan perak semasa dia menjadi mb dulu. Sumber

Mana Perginya Calon PAN dan PAS...?

Image
Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Ramadan bertukar hiba apabila rumah mereka musnah hampir 70 peratus dalam kebakaran di Jalan Haji Haron di sini, malam tadi.   Kejadian pada jam 8.30 malam itu berlaku ketika pemilik rumah yang juga bilal Masjid Hashimiah, Musolli Resad, 63, pergi menunaikan solat tarawih, sebelum ia dimaklumkan oleh penduduk mengenai kejadian berkenaan.  Musolli ketika ditemui pemberita, berkata beliau sekeluarga tinggal sehelai pinggang apabila semua kelengkapan rumah musnah, termasuk dokumen penting.   "Saya hanya mengetahui kejadian daripada penduduk kampung yang bergegas ke masjid. Ini adalah dugaan berat ketika umat Islam hendak mula berpuasa. "Ketika kejadian hanya dua orang anak perempuan saya yang berada di rumah, manakala saya, isteri dan seorang menantu berada di masjid," katanya.  Bagi isterinya yang juga tukang jahit, Juminah Rusli, 60, beliau buntu kerana semua pakaian yang ditempah pelanggannya musnah. "Saya t...

Gambar-Gambar Sekitar Penamaan Calon PRK Sungai Besar...

Image
Jujur aku cakap, inilah penamaan calon yang paling best yang pernah ada di semenanjung, penyokong semua rilek je, tak tegang sangat, mungkin pasal esok nak pose kot... Calon-calon pulak, macam adik beradik je lagaknya... Kekalkan keadaan macam ni, baru rakyat dapat tengok politik dan ahli politik negara dah matang...