Hampir 2000 orang datang ke ceramah hasan ali di dewan rukun tetangga di seksyen 17 shah alam, ingat!!! seksyen 17 adalah kubu kuat khalid samad dan dia menang undi tertinggi di kawasan itu, rata-rata yang hadir semalam adalah penduduk tempatan. Hasan ali semalam berganding dengan datuk aidit ghazali dan ustaz hasan basri, bekas ketua penerangan pas selangor, dalam ceramah semalam buat pertama kalinya hasan ali mengakui fahaman liberalisme, pluralisme dan amalan sex songsang memang dibawa oleh anwar ibrahim. Dan juga hasan ali memberikan pesanan kepada seluruh penduduk shah alam supaya jangan berikan walau satu undi pun kepada khalid samad, kerana khalid samad lah menjadi batu penghalang dalam menguatkuasakan syariat Islam di selangor.