Posts

Showing posts from December, 2015

PAS Beri Cadangan Pada Najib, Buang Menteri Dan Timbalan Menteri Yang Mengarut...

Image
PAS mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuang menteri dan timbalan menteri yang sering memberikan cadangan kontroversi kepada rakyat supaya perbelanjaan mengurus kerajaan dapat dikurangkan.
Cadangan itu diletakkan paling atas dalam senarai 16 perkara yang disyorkan kepada kerajaan dan Najib bagi mengatasi kemelut ekonomi, kenaikan kos sara hidup dan membebaskan rakyat daripada terpaksa menanggung beban kerajaan yang dikatakan boros.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata beban yang dihadapi oleh rakyat sekarang ini sudah mencapai tahap mencekik leher.
Katanya, laporan pemberhentian pekerja oleh pelbagai sektor membabitkan ribuan kakitangan, serta kenaikan kos hidup kini memuramkan suasana sosio politik negara.
“Ombak kemelesetan ekonomi sudah dirasai meskipun kerajaan yang suka bermain dengan nombor-nombor statistik dengan rakyat enggan mengakui secara terbuka.
“Tapi sekurang-kurangnya ada seorang timbalan menteri yang secara tidak langsung me…

VIDEO: Tolong Orang Pun Kena Tangkap....

Image
Menurut mangsa, polis terpaksa gari dia...
Soalan, siapa yang paksa polis gari mamat tu???
Kenapa polis minta tahan reman 7 hari...???
Pelik jugak kes nie...
Tengok video nie pulak...
Betul ke kompleks kota raya KEBAL...???


Wanita Sempat Tulis Wasiat Mohon Pertolongan Uruskan Jenazahnya...

Image
MERUNTUN jiwa… seorang wanita warga emas sempat meninggalkan surat wasiat memohon pertolongan daripada orang ramai untuk menguruskan jenazahnya apabila dia meninggal dunia.
Ini kerana, anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) bisu, tidak mampu berbuat demikian.
Surat milik, Bibi Meherniga Abdul Hamid, 71; yang menetap di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Kangar 1, Perlis ini sekali gus menjadi viral menerusi laman-laman sosial.
Lebih menyayat hati, Bibi yang meninggal dunia pada Selasa lalu tidak diketahui anaknya, Imran Jhinkur, 53; dan hanya memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa ibunya sedang sakit pada Khamis lalu.
Penduduk kampung yang kemudiannya melawat ke rumah arwah mendapati wanita itu telah meninggal dunia.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Indera Kayangan, Muhamad Zulkefli Mokhtar, 52; berkata nota terbabit ditemui di dalam beg tangan milik arwah semasa petugas Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar mencari dokumen pengenalan diri mengen…

Usaha Mengesan MH370 Dijangka Selesai Jun 2016...

Image
Walaupun semakin dilupai oleh penduduk dunia... namun usaha untuk mengesan kehilangan pesawat MH370 giat dilakukan.
Sejak ia hilang pada 8 Mac 2014 berbagai cara telah digunakan untuk menjejak pesawat malang tersebut.
Usaha pencarian pesawat tersebut di dasar laut di Lautan Hindi dijangka selesai sekitar Jun 2016, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) hari ini.
JACC berkata daripada kawasan pencarian seluas 120,000km persegi, lebih  80,000km persegi kawasan di dasar laut berkenaan sudah diterokai dalam misi pencarian, setakat ini.
"Usaha mencari pesawat MH370 akan dijalankan walaupun semasa Krismas dan Tahun Baru," menurut agensi itu dalam satu kenyataan.
Mengenai operasi terkini pencarian, JACC berkata kapal Fugro Discovery menjalankan misi pencarian menggunakan peralatan tunda jauh ke dasar laut serta kapal Havila Harmony yang menggunakan Kenderaan Bawah Air Autonomi (AUV).
Kapal Fugro Equator telahpun tiba di pelabuhan Freemantle, Australia untuk mengha…

Fahami Kerjasama Yang Hendak Di Lakukan Oleh UMNO Dan PAS...

Image
Sejak tercetusnya isu kerjasama PAS-Umno, nampaknya semakin galak pula pengkritik yang dipercayai cuba melemahkan sebarang usaha untuk kerjasama ini untuk menaikkan parti sokongan mereka ia itu PAN. Kita semua tahu PAN bekerjasama dengan DAP dan ternampak tanda mereka agak bimbang dengan usaha kerjasama yang hendak dijalin.
Namun begitu ternyata mereka agak kurang faham bagaimana kerjasama yang hendak diusahakan diantara PAS dan Umno, sehingga ada yang mendakwa PAS bergantung dengan penyamun untuk terus hidup dan ada pula yang membuat andaian bahawa Ust Idris Ahmad dan TITM sedang berkira untuk mufarakoh dengan PAS kerana tidak bersetuju dengan kerjasama ini padahal mesej Ust Idris cukup jelas apabila dia berkata sesiapa ahli PAS yang mahu bergabung dengan Umno sila keluar parti.Begitu juga ingatan TITM kepada Umno untuk memulakan tindakan kembali kepada Islam juga jelas dan kedua dua kenyataan mereka ini adalah selari dengan apa yang dikatakan oleh TGHH. 
Statistik keahlian Umno sep…

Isu Vape: IKHLAS Akan Saman Ketua Polis Negara, Kementerian Kesihatan Dan KPDNKK...

Image
Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) telah memfailkan permohonan injuksi berhubung tindakan sesetengah negeri yang mengharamkan penjualan ‘vape’.
Injunksi tersebut difailkan oleh Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah bagi mendapatkan kepastian berhubung status perniagaan tersebut.
Menurut Peguam mewakili peniaga-peniaga Vape, Zulhazmi Zakaria berkata sepanjang isu vape ini timbul dan berlakunya rampasan, tiada pendakwaan dilakukan.
“Injuksi ini dibuat bagi meminta kepastian kerana masing-masing tidak tahu mana yang haram.
“Hanya dua kompaun, di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan dan kesalahan di bawah undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor Bahru,” katanya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, Zulhazmi berkata beliau perlu mengetahui kata putus muktamad berhubung isu vape.
“Undang-undang negeri dan Pusat pun tidak boleh bertentangan. Pusat tak haramkan vape, tapi ada sesetengah negeri yang haramkan vape.
“Kalau keputus…

Kenapa NOW Gila-Gila Fitnah YaPEIM...???

Image
Pertama sekali kita perlu tahu siapa dibelakang ngo NOW...
Sudah tentu mereka-mereka yang iri hati dengan orang melayu dan islam....
Tahukan siapa...???
Ok, kenapa NOW gila-gila fitnah YaPEIM...???
Pasal YaPEIM banyak membantu umat Islam di malaysia...
Puak-puak di sebelah sana gunakan NOW untuk tibai YaPEIM habis-habisan...
NOW tak suka YaPEIM bantu anak-anak umat islam...
NOW tak mahu lihat, anak-anak umat islam di bantu dan di bela...
Kerana baru-baru ini pihak YaPEIM telah mengumumkan akan membantu kanak-kanak yang kehilangan ibu-bapanya dalam insiden air terjun di hulu terengganu dua minggu lepas...
Menurut YaPEIM, pihak mereka akan membantu persekolahan anak mangsa selama 2 tahun bagi meringankan beban waris...
Lagi yang membuatkan NOW lebih sakit hati ialah, YaPEIM telah membantu 407 keluarga dan 1252 anak-anak yatim...
Jadi kesimpulan yang boleh kita buat ialah, NOW cukup benci YaPEIM bantu anak-anak yatim...
Tiada jalan lain untuk menghentikan YaPEIM dari membantu anak-anak …

Alangkah Baiknya Kalau Keperluan Sekolah Tak Kena GST...

Image
TERKESAN dengan kenaikan harga barang selepas pelaksanaan GST, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan mempertimbangkan untuk mengecualikan keperluan sekolah daripada dikenakan GST.
Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman berkata, kenaikan kos sara hidup sudah cukup membebankan, kini ditambah pula dengan kenaikan harga keperluan sekolah yang pastinya membebankan lagi kewangan ibu bapa.
Katanya, saban tahun berlaku kenaikan harga barang dan perkhidmatan dan ia memberi kesan terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan mempunyai ramai anak bersekolah.
“Suasana sekarang ini dirasakan lebih sukar bagi ibu bapa memenuhi keperluan sekolah anak-anak, dengan kenaikan harga barang sedangkan pendapatan tidak meningkat.
“GST diketahui membebankan, ditambah pula dengan kos menyediakan keperluan sekolah,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, pelbagai cara dan alternatif diguna pakai oleh kebanyakan ibu bapa dalam menjimatkan perbelanjaan persekolahan anak, n…

Ini Namanya Politik GAMPANG...

Image
Ini apa punya bangang puak-puak nie main nie...

Beria-ia mangkok nie desak pihak PLUS suruh tukar nama exit tanjung malim kepada nama ulu bernam...

Siap berdemo bagai...

Tapi dalam isu cat pintu gerbang kota darul ehsan yang azmin sebat sampai 9.7 juta, tak mau pulak ko berdemo bagai ekk...

Inilah namanya politik gampang...

Benda yang tak guna duit rakyat selangor korang bising, benda yang sebat duit rakyat korang diamkan...

Tak ke gampang namanya tu...


Lepas Nie Tiada Lagi Isu Vape Haram, 2 Kilang Besar Akan Dibina...

Image
Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa terdapat dua lokasi kilang pembuatan perisa vape yang dipercayai milik individu berkepentingan di dalam kerajaan akan dibina tidak lama lagi.Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya percaya pembukaan kilang itu bertujuan memonopoli industri yang membawa pulangan RM2.8 bilion setahun kepada pengusaha sedia ada.“Kilang berkenaan akan dibina di Johor dan juga Shah Alam, kita (Ikhlas) percaya ia akan beroperasi sebaik sahaja Kementerian Kesihatan mewujudkan satu akta baharu mengenai penjualan perisa vape.“Menurut sumber, kilang di Shah Alam dimiliki oleh seorang ketua bahagian parti politik ma­nakala di Johor pula merupakan jalinan kerjasama antara pelabur luar dengan rakyat tempatan,” ka­tanya dalam sidang akhbar me­ngenai unsur rasuah dan salah gu­na kuasa untuk mensabotaj pengusaha vape, di sini hari ini.Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan pengusaha vape sekitar Lembah Klang bagi membincang…

Kerana Si BODOH Ni, Habis Semua Trolly Kena Samak...

Image
Sampai bila kita nak tinggal dalam persekitaran yang di penuhi dengan manusia-manusia bodoh...???
Sampai bila kita nak bertolak ansur atas kebodohan mereka...
Mereka bukan tak tahu, binatang peliharaan tak boleh di bawak masuk ke mana-mana shooping mall..
Bukan tak ada papan tanda yang melarang perbuatan itu...
Tapi mereka tetap juga melanggar arahan...
Mungkinkah mereka ini adalah spisis 50 ribu pelancung yang hilang seperti yang pernah pak lah risaukan dulu tu...??? 


VIDEO: Melayu Langgar Kompleks Kota Raya Cari Peniaga Penipu....

Image
Kenapa jadi macam nie...?
Pasal penguatkuasa tak de telo...
Walau dah berkali-kali di laporkan, kat sana banyak berlaku penipuan jual beli handphone, tapi penguatkuasa buat deek je...
Bila dah tak di ambil tindakan...
Maka inilah yang berlaku...
Lihat video ini...
Mereka datang bukan seberono...
Mereka ada target dan target mereka adalah satu kedai sahaja....
Maknanya mereka buat bersebab, bukan sengaja atau suka-suka nak cari gaduh... 
SUMBER VIDEO: KLIKSINI

Benarkah Pembeli Kena Bayar RM.15 Ribu Sebelum Ambil Borang Permohonan...???

Image
Menurut sumber, Borang Rumawip adalah rumah mampu milik KL dibawah Kementerian Wilayah. nak tolong rakyat atau tekan rakyat? 
Borang Prima kita boleh je isi tanpa perlu bayar apa apa. 
Prima bawah kerajaan, RumaWip juga bawah kerajaan. 
Kenapa borang RumaWip nak dapat kena bayar dulu RM15ribu? 
Kenapa tak ikut macam Prima? 
Adakah ini kesan apabila tanah kerajaan diberi kepada pemaju swasta? 
Dah elok ada pemaju agensi kerajaan nak bantu bina rumah, nak juga amik pemaju swasta. 
Pemaju swasta ni syarikat yang ada duit atau tidak untuk bangunkan RumaWip?
Sumber: FB Boikot Barangan Cina DAP Ori.

Banyak Laporan Kumpulan Kristian Cuba Murtadkan Orang Islam - Ketua Polis Negara

Image
Banyak laporan diterima pihak polis mengenai cubaan kumpulan Kristian memurtadkan umat Islam dan perkara ini adalah sesuatu yang membimbangkan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya mempunyai laporan yang difailkan oleh individu-individu dan organisasi di seluruh negara.
“Saya tidak perlu memberitahu anda bagaimana sensitif isu ini. Undang-undang adalah jelas mengenai perkara ini dan kita mesti akur,” katanya dipetik portal liberal, Malaysiakini.
Khalid juga berkata ada laporan diterima bahawa pendakwah Kristian menyamar bagi memurtadkan umat Islam.
“Awak perlu faham, sesetengah pendakwah asing tidak mempunyai pemahaman undang-undang Malaysia dan mendekati semua orang, termasuk umat Islam.
“Terdapat juga penduduk tempatan yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti itu (memurtadkan umat Islam) tanpa mengambil kira undang-undang negara. Semua ini menyebabkan ketegangan di kalangan umat Islam,” katanya.
Sebelum ini Khalid mengulas penglibatan anggota polis sebagai pe…

Akhirnya Kapal Coast Guard China Berambus Keluar Dari Perairan Negara Kita...

Image
laporan awal oleh Dzirhan di IHS Jane's
Kapal Coast Guard China yang berlabuh di Beting Patinggi Ali akhirnya terpaksa meninggalkan kawasan tersebut disebabkan rondaan TLDM dan APMM dan juga bantahan diplomatik yang berterusan. Perkara ini di kesan berlaku semasa Sidang Kemuncak ASEAN baru2 ini. 
Tentera kita juga dah musnahkan struktur kayu yang China dirikan di atas beting tersebut.
Datuk Seri Dr. Shahidan Kasim menyatakan TLDM dan APMM meningkatkan operasi rondaan dari 269 hari pelayaran pada 2014 ke 345 hari pada tahun 2015. 
Aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bagi melakukan rondaaan untuk mencegah pencerobohan kapal pengawal pantai China di kawasan Beting Patinggi Ali juga akan di tambah.
MMP cadangkan mana2 nelayan dan pelaut awam yang singgah ke Beting tersebut... bawak simen dan pacak tiang bendera Malaysia di situ. 
Jangan tunggu gomen dan jangan takut jika kapal2 china datang mengganggu. Ini kerana buat ketika ini, sebanyak 17 kapal Maritim M…

Kristianisasi Ada Di Mana-Mana...

Image
Kristianisasi bukan sahaja bermaksud menukarkan agama seseorang yang beragama Islam kepada agama Kristian, malah yang kerap dan mudah berlaku ialah menukar fahaman seseorang muslim terhadap agama Islam menjadi seperti fahaman orang-orang Kristian terhadap agama mereka.
Orang-orang Kristian berpegang kepada fahaman bahawa negara tidak boleh menguatkuasakan apa-apa undang-undang agama ke atas rakyatnya. G25 dalam cadangannya untuk memansuhkan undang-undang khalwat secara tidak langsung membawa satu aspirasi yang sama seperti fahaman orang-orang Kristian terhadap agama mereka, bahawa dosa itu adalah hal peribadi, negara tidak boleh campurtangan. Ini juga merupakan intipati fahaman sekular dan liberal.
Hakikatnya, kuasa dalam negara Islam digunakan untuk menjaga kepentingan agama individu dengan menyekat penularan maksiat, sebagai contoh dalam konteks ini ialah zina dan khalwat, daripada menjadi fenomena masyarakat yang membarah, yang akhirnya akan meruntuhkan moral individu, institusi k…

Ramai Yang Tak Senang Duduk Bila Terbaca Kenyataan Ini...

Image
Hahahahah... ramai yang tak senang duduk dan ramai pulak yang panas bontot bila terbaca kenyataan ini...
MARA DIGITAL MALL AKAN DIPERLUAS KE SELURUH NEGARA BERMULA TAHUN DEPAN...
So jangan pulak ada yang dengki yer...
Orang melayu akan menguasai perniagaan digital lepas nie...
Cukuplah penguasaan satu bangsa je...
Dunia digital di cipta untuk di kongsi oleh semua...

Kalau Tak Mau Sokong Jangan Cuba Gagalkan - Ismail Sabri

Image
Apabila saya melancarkan mara digital yg khusus utk usahawan melayu/bumiputra sambutan dari org melayu/bumiputra amat menggalakkan.
Sekurang2nya usahawan bumiputra yg selama ini tdk mendpt tempat di it mall lain dpt diberi peluang. Wbmanapun 'pihak lain' menentangnya sejak dari awal low yatt2 diumumkan lebih2 lagi bila mara digital diumumkan.
Ada yg beri 3 bulan shj utk mara digital ini survive. Saya menjangkakan rintangan2. Tapi paling menyedihkan bila ada di kal org melayu yg menghentam saya mengenai mara digital ini.
Saya dipersalahkan apabila beri pengecualian sewa 6 bulan kpd penyewa. Tujuan saya utk kurangkan bebanan kpd penyewa sbb biasanya tempat baru perlukan masa utk dikenali & maju.
Org ini bimbang jika free rental peniaga akan turunkan harga &:tentu akan beri saingan kpd peniaga2 di mall lain. Lagi pun kononnya harga hp dah fix jadi tk mungkin turun harga..ini pun kenyataan beliau yg bercanggah.
Dia lupa bahawa bukan hp semata2 dijual di sana tetapi juga accesso…

Harga Asal Handphone RM800 Tiba-Tiba Jadi RM 10 Ribu, Tak Bayar Kena Kurung...

Image
Seorang lelaki ‘dikurung’ dalam sebuah bilik kecil selama empat jam oleh beberapa lelaki tidak dikenali akibat tidak mahu meneruskan pembe­lian empat telefon bimbit di sebuah kedai yang tiba-tiba mencecah RM10,000 berbanding harga asal dipersetujui iaitu sebanyak RM800.
Mangsa, Dipres Nasution Mohd. Arifin, 28, berkata, pada awalnya, dia berminat untuk membeli seba­nyak empat telefon bimbit berikutan tawaran menarik oleh penjual terbabit iaitu pada harga RM200 setiap satu.
Katanya, selepas membuat bayaran, penjual tersebut enggan menyerahkan telefon bimbit yang dibeli dan mengarahkan dia memasuki sebuah bilik kecil di sebuah premis lain yang terletak berdekatan.
“Setelah menunggu selama kira-kira sejam di dalam bilik itu, seorang lelaki lain datang membawa bil dan apabila melihat bil tersebut, saya terkejut kerana harga pembelian telefon bimbit mencecah RM10,000.

“Saya bertanya kepada lelaki itu, kenapa harganya lain daripada yang dipersetujui iaitu RM800 tetapi dia memberi pelbagai …

Kumpulan G25 Di Pengaruhi Illuminati - Ridhuan Tee

Image
Pendakwah terkenal, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata ahli kumpulan G25 amat merbahaya jika dibiarkan berleluasa kerana mereka boleh menyesatkan manusia.
“Kenyataan mereka semakin lama, semakin menyesatkan. Peliknya, perkara batil dan jahat tidak pula dibantah. Orang mahu menjadi baik, menjadikan dia marah,” tegas pensyarah itu di dalam blognya, ridhuantee.blogspot.com
Ridhuan berkata demikian mengulas cadangan G25 supaya sebuah jawatankuasa pakar perunding untuk menyelaraskan undang-undang syariah dengan Perlembagaan Persekutuan, antara lain untuk melihat isu ‘moral policing’ seperti undang-undang berkenaan khalwat.
Beliau turut menyifatkan kumpulan itu sebagai jahil, dan menggelar jurucakap G25 Datuk Noor Farida Ariffin sebagai wanita ‘gondol’.
“Si jahil ini banyak terpengaruh dengan ajaran sesat seperti Illuminati dan Freemason, perosak agama. Kumpulan ini mempercayai kepada satu kuasa yang mereka puja. Kuasa itulah yang mereka kenali sebagai ‘tuhan’ atau ‘god’,” kata Ridhuan.

Alhamdulilah Kerajaan Berjaya Kutip 30 Billion Hasil GST...

Image
Sejak di perkenalkan cukai GST pada bulan April lepas, kerajaan berjaya mengutip sejumlah RM30 billion melalui 400 ribu syarikat yang berdaftar...
Aku harap duit cukai GST tu boleh la di salurkan kepada penduduk miskin bandar atau pun perbanyakkanlah projek-projek perumahan mampu milik di bandar-bandar besar...
Boleh jugak aku tumpang sekaki beli rumah...

Tak Dapat Jawatan Exco Kerajaan Negeri Dapat Jawatan Ahli Majlis PBT Pon Jadi Lah - PAN

Image
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, gesaan Parti Amanah Negara (Amanah) agar wakil mereka dilantik ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri ini akan dipertimbang sebelum perkhidmatan ahli majlis tamat tempoh hujung bulan ini.
Menurutnya, perbincangan mengenai perkara itu akan dilakukan dalam masa terdekat.
Timbalan Presiden PKR itu berkata,  rundingan bagi kuota pelantikan ahli majlis baru sedang dilakukan.
“Ada parti sudah hantar nama dan kita akan bawa dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) .
“Kita akan buat keputusan dan majlis pelantikan akan dibuat segera,” katanya ketika diminta mengulas berhubung gesaan Amanah terhadap pelantikan ahli majlis turut melibatkan parti itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Istiadat Penganugerahan /Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena Hari keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-70 yang berlangsung Balairung Seri, Istana Alam Shah, semalam.
Berken…

IPP Kita Depa Dah Dapat, Kini Laut Kita Pun Depa Nak Sebat...???

Image
Pengawal pantai negara china telah menceroboh masuk ke dalam perairan negara kita...
Perkara ini bukan baru berlaku, dah dekat 2 tahun puak-puak nie buat kerja menceroboh laut kita... baca sini
Kalau dulu mereka hanya berlabuh di sekitar beting patinggi ali kira-kira 84 batu nautika (155.6 kilometer) dari perairan miri sarawak...
Kini mereka semakin hampir dengan pantai bintulu sarawak...
Kalau dulu kehadiran mereka tak nampak pasal jauh, kini mereka sudah ada depan mata kita...
Sudah la menceroboh laut kita, nelayan kita yang nak tangkap ikan pon di sekitar kawasan itu pun mereka halau, seolah-olah perairan malaysia milik mak bapak dia...
Apa nak jadi nie... sampai bila kita nak biarkan negara asing ceroboh negara kita...
Apa tindakan kementerian luar dan wisma putra? takan nak hantar memo bantahan tiap-tiap minggu lagi kot?
Apa tindakan TLDM, TUDM dan APMM? 
Negara china kini di percayai dalam proses untuk claim semua pulau dalam kawasan laut cina selatan, asal ada pulau atau darat…

Wajibkan PBT Guna Tulisan Jawi - PSM Perlis

Image
Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) cawangan Perlis menyarankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini untuk mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda selain tulisan rumi.
Pengerusinya Datuk Yazid Mat berkata ini penting sebagai usaha untuk memartabatkan semula tulisan jawi yang kian dilupai sekali gus dapat diperkasakan oleh generasi akan datang.
“Hanya dengan pendekatan sebegini, ia akan membantu menghidupkan tulisan tersebut apabila masyarakat dapat membacanya di merata-rata tempat,” katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PSM di Chuping, dekat sini hari ini.
Menurut Yazid, penggunaan tulisan jawi disaran digunakan pada papan tanda nama jalan, nama bangunan, nama tempat atau papan maklumat tertentu yang boleh  dibaca oleh orang awam.
Katanya, PSM juga mahu agar kerajaan lebih tegas dalam mendaulatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sejajar dengan 58 tahun usia kemerdekaan negara.
Justeru, katanya semua pihak khususnya para pe…

Juara 33 Kali, Tahniah FAS, Tahniah Bangsa Selangor Darul Ehsan...

Image
Tahniah kepada pemain yang bukan dalam level star...
Tahniah kepada pengurusan FAS yang tidak memiliki wang berjota-jota untuk beli player level star...
Tahniah kepada bangsa selangor yang memberi sokongan padu...
Walau pun tiada player berkelas bintang, walau pun tiada duit berjota-jota, walau pun tak upgrade stadium, walau pun tiada usaha sama dengan kelab luar negara, selangor tetap selangor, piala malaysia berjaya juga di bawa balik ke shah alam...
Kini sudah tiba masanya untuk selangor menyusun 33 butir bintang tanda 33 kali juara piala malaysia pada jersi mereka pada musim depan, biar orang nampak sikit, yang kamu tu sudah jadi juara 33 kali...
Selama ini orang tak pandang selangor, orang anggap selangor macam tak wujud, habis semua pemain kamu kena rembat...
Baru takat 2-3 kali juara piala malaysia dah aksen susun bintang kat jersi, orang langsung tak hormat pada kamu wahai selangor...
Sekali lagi...
Tahniah kepada para pemain dan pengurusan fas...
Tahniah kepada bangsa selang…

Bawak Anjing Masuk KFC, Mereka Dah Tak Hormat Hak Orang Islam...???

Image
Bila kita tegur, mereka kata kita rasis...

Bila kita tegur, mereka kata itu hak mereka bawa pet jalan-jalan...

Tapi lihatlah perbuatan mereka...

Kalau kena pelangkong, tak pasal-pasal kita pulak masuk penjara...

Sampai bila nak diam...?

Mereka langsung tiada rasa hormat pada orang Islam...


Adakah PAS Menolak Tali Silaturahim Yang Di Hulur UMNO...???

Image
Menurut hadi, dalam mesyuarat majlis syura pas, telah membuat keputusan untuk kekal bersama atau ber tahaluf siyasi dengan pkr...
Walau apa pun yang berlaku, pas dan pkr tetap berkerja sama...
Dengan kenyataan yang di keluarkan oleh hadi itu, adakah pas menolak tali silaturahim yang di hulurkan oleh umno...???
Pas tolak silaturahim yang dihulurkan oleh umno yang sama-sama menyokong hudud, tetapi pas bersetuju untuk berkerja sama dengan pkr yang menentang keras pelaksanaan hukum hudud...

Siapa La Agaknya Yang Nak Rogol Nenek Nie Ekk...???

Image
Nenek nie kata ada orang nak rogol dia...
Hemm... siapa la agaknya nak rogol di tu ekk...
Tak waras barangkali orang tu...
Apa pun siapa-siapa boleh sahkan berita orang nak rogol nenek nie...
SUMBER.

Wujudkah Kongsi Gelap Melayu...???

Image
Ramai yang menganggap bahawa kongsi gelap atau pertubuhan rahsia dikalangan orang Melayu hanya bermula apabila orang-orang Melayu menyertai kongsi gelap Cina yang sedia ada selepas Merdeka.
Namun begitu ada catatan sejarah yang menunjukkan bahawa orang-orang Melayu telah mempunyai pertubuhan rahsia sendiri sejak dari tahun 1850-an.Penglibatan orang-orang Melayu di dalam pertubuhan rahsia telah dicatatkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang (1851-1856) J.D. Vaughn.Melalui risikan beliau,ia menunjukkan bahawa kebanyakkan daripada ahli-ahli pertubuhan rahsia ini adalah mereka yang berpengaruh di dalam komuniti kampung orang-orang Melayu.Ini termasuk Imam-imam Masjid,guru-guru agama,pekerja kerajaan dan juga ketua-ketua kampung.
Pertubuhan Rahsia Melayu amat berkait rapat dengan pertubuhan rahsia orang Cina pada satu ketika dimana mereka akan menjalankan perniagaan sebagai rakan kongsi bersama-sama.Ini menunjukkan bahawa kekuatan orang Melayu pada ketika itu tidak dipandang enteng oleh ketua-k…

UMNO Hulur Tali Silaturahim Kepada PAS

Image
UMNO hari ini secara rasmi menghulur ‘tangan persahabatan’ kepada PAS bagi membina dan membangunkan Malaysia mengikut syariat Islam selepas parti Islam itu tidak lagi bersama pembangkang, khususnya DAP.
Tali silaturahim itu dihulurkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Najib melahirkan kegembiraanya kerana PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas ‘disepak dan diterajang keluar’ oleh rakan-rakan pembangkangnya.
“Maka saudara dan saudari…kita di dalam UMNO, berasa lega, malah gembira, pabila PAS kini tidak lagi bersama dengan parti pembangkang.
“Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturahim, kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya,” katanya.
Mengenai kenyataan yang mahukan negara menjurus kepada sistem dua parti, Najib dengan tegas menyatakan ia tidak akan berlaku dan UMNO t…

VIDEO: Lagi Peniaga Melayu Di Halau Oleh PBT...

Image
Makin banyak sekarang nie kes peniaga melayu di halau di kacau oleh PBT, kenapa ye..?
Aku tak pulak pernah tengok video-video yang menunjukan PBT halau peniaga cina...
Sedangkan banyak juga peniaga cina yang meniaga buka gerai macam peniaga melayu buat...
Kenapa hanya melayu je yang PBT kacau, tak peniaga cina...
Kenapa semakin ramai orang berniaga...?
1. Kos sara hidup makin tinggi, jadi orang meniaga nak cari income lebih sikit, supaya boleh menangung kos sara hidup...
2. Mungkin di antara mereka yang telah di berhentikan kerja, kerana syarikat dah gulung tikar, jadi sementara nak dapat kerja baru, meniaga la kecil-kecilan dulu...
Janganlah tutup periuk nasi orang, kalau dia salah pun, saman je la...

Agak-agak korang la, kejadian nie berlaku kat mana...???

Anak Penjual Pisang Dedah Cerita Sebenar...

Image
Anak kepada seorang penjual pisang yang mengamuk dan videonya menjadi viral di media sosial memberi penjelasan kenapa dia bersikap demikian.
Menerusi Facebook, Roslan Alan mendakwa, dia tidak mampu mengawal emosi apabila melihat tengkuk ayahnya dipaut oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP).
Insiden bermula apabila sekumpulan penguatkuasa MPSP mahu merampas peralatan berniaga milik ayahnya serta pisang yang hendak dijual.
“Saya memang tak boleh kawal emosi lagi bila tengok penguatkuasa itu paut tengkok ayah saya. Ayah saya pula ada penyakit lelah (susah nafas),” tulisnya.
Katanya lagi, dia dan keluarganya berasa sangat sedih dengan kejadian yang berlaku dan menyifatkan tindakan anggota penguatkuasa MPSP itu sebagai satu tindakan zalim dan jahil.
Menceritakan mengenai jualan pisang oleh ayahnya di situ, Roslan berkata, tauke hotel yang juga pemilik tapak tempat ayahnya berniaga membenarkan mereka menjalankan perniagaan pisang.
Katanya, ayahnya menjual pisang untuk me…

ISU KAMPUNG DATUK KERAMAT: DBKL Jual Pada Syarikat Pemaju Yang Tiada Lesen Pemaju...

Image
Untuk mengetahui keadaan sebenar isu tanah kampung datuk keramat ini, aku sarankan korang tengok video ini dulu...
Kompom korang akan paham, penjelasan ahli parlimen titiwangsa cukup mudah difahami...

Atas kreteria apa dbkl memilih syarikat yang tidak ada lesen pemaju perumahan...?
Kenapa pihak dbkl tidak menawarkan kepada agensi-agensi kerajaan lain seperti PR1MA dan SPNB...
Menurut ahli parlimen titiwangsa, dbkl sudah menjual tanah kampung datuk keramat kepada satu pemaju swasta, tetapi bila di semak di pejabat tanah dan galian wilayah, tanah itu masih belum di jual kepada pemaju swasta, masih lagi milik dbkl...
Jadi kenapa dbkl kata tanah itu sudah di jual...???
Apa yang berlaku sebenarnya dalam isu tanah kampung datuk keramat ini sebenarnya...???
Baca, jawapan yang diberikan oleh datuk bandar kuala lumpur disini...

Tian Cuak Kata, Lanun Sulu Yang Serang Sabah Bukan Pengganas...

Image
Kalau dulu dia kata, serangan di lahad datu adalah sandiwara umno...
Kini dia kata pulak, lanun yang mengaku dirinya sultan sulu itu bukan pengganas...
Adehh... yang dia beria-ia pertahankan lanun tu apa hal...???
Dengan beria-ia mempertahankan lanun sulu itu, bermakna tian cuak bersetujulah dengan pembunuhan 10 anggota keselamatan kita agaknya...
Baca sini, Siapa Jamalul Kiram iii, Sultan Sulu Atau Lanun Sulu...???
Harap tian cuak boleh betulkan fakta, kiram 3 tu bukan sultan sulu...