Fahami Kerjasama Yang Hendak Di Lakukan Oleh UMNO Dan PAS...
Sejak tercetusnya isu kerjasama PAS-Umno, nampaknya semakin galak pula pengkritik yang dipercayai cuba melemahkan sebarang usaha untuk kerjasama ini untuk menaikkan parti sokongan mereka ia itu PAN. Kita semua tahu PAN bekerjasama dengan DAP dan ternampak tanda mereka agak bimbang dengan usaha kerjasama yang hendak dijalin.
Namun begitu ternyata mereka agak kurang faham bagaimana kerjasama yang hendak diusahakan diantara PAS dan Umno, sehingga ada yang mendakwa PAS bergantung dengan penyamun untuk terus hidup dan ada pula yang membuat andaian bahawa Ust Idris Ahmad dan TITM sedang berkira untuk mufarakoh dengan PAS kerana tidak bersetuju dengan kerjasama ini padahal mesej Ust Idris cukup jelas apabila dia berkata sesiapa ahli PAS yang mahu bergabung dengan Umno sila keluar parti.Begitu juga ingatan TITM kepada Umno untuk memulakan tindakan kembali kepada Islam juga jelas dan kedua dua kenyataan mereka ini adalah selari dengan apa yang dikatakan oleh TGHH.
Statistik keahlian Umno seperti diumumkan pada Pau 2013 menunjukkan keahlian Umno mencecah 3.5 juta orang dengan negeri Sabah mencacat jumlah ahli tertinggi ia itu 518,773 orang kesemuanya.Jumlah keahlian Umno yang direkodkan ini jauh melebihi keahlian PAN yang baru diumumkan seramai 11,000 orang yang tertinggi di Kelantan.Dan keahlian Umno yang tinggi ini menjadi rahsia yang tidak rahsia lagi kenapa kerjasama PAS mahu dijalinkan dengan Umno.
Kata Dr. Iskandar ahli PAS harus mendekati ahli Umno bukan parti Umno dan nampaknya tanpa sedar ahli PAS sudahpun melakukannya.Trend yang berlaku sekarang ialah semakin ramai ahli Umno meninggalkan parti untuk menyertai PAS dan kalau trend ini berterusan amatlah berbaloi kerjasama yang dicanangkan.
Inilah mesej kerjasama yang semakin melebar di kalangan ahli PAS dan juga mungkin ahli Umno yang semakin bosan dengan pemimpin mereka yang diumpamakan sebagai penyamun.Bukan PAS bergantung kepada peyamun tetapi sebaliknya, PAS berusaha menyelamatkan ahli ahli Umno yang berjumlah lebih 3 juta orang itu dari penyamun.Perlu difahami bahawa yang jadi penyamun dalam Umno hanyalah para pemimpin mereka yang kebanyakkannya sudah menjadi mr.10% termasuk Muhyiddin Yasin ketika jadi MB Johor dulu.
Inilah golongan penyamun yang dijaja sebagai golongan yang menjadi sandaran kepada kerjasama PAS yang nyata tidak betul sama sekali kerana PAS tidak bergantung dengan penyamun ini.Apa yang PAS sedang usahakan ialah menghapuskan golongan penyamun ini menerusi usaha menasihati kerajaan sebagai pembangkang yang ramai pemuja pemuja PAN yang bekerjasama dengan DAP tak akan faham sampai bila bila dan masih tetap percaya bahawa kerjasama dengan DAP yang nyata kafir itu jauh lebih baik kerana PAN adalah parti Islam yang progresif sambil DAP pula sedang cuba membawa carahidup yang liberal, satu keserasian antara keduanya berbanding dengan PAS yang bergantung kepada penyamun.
Tetapi penyamun itu masih lagi orang Islam yang terbuka kepada pintu taubat sepertimana ketua penyamun yang menjadi murid kanan kepada Syiekh Abdul Kadir Jalaini hanya kerana "nasihat" yang diberi oleh Syeikh Kadir ketika penyamun itu sedang menyamunnya.
Satu lagi perkara penting ialah pertolongan ALLAH yang nampaknya tidak dihiraukan langsung oleh penyokong Islam progresif ini kerana mungkin percaya semua perkara yang berlaku itu atas usaha mereka sendiri, tidak ada ketentuan ALLAH.Tetapi ahli PAS dan penyokongnya tetap yakin dan percaya dengan kekuasaan ALLAH ke atas segala galanya.Tak siapa boleh menduga apa yang berlaku esok, tak siapa tahu kalau kalau tanpa diduga diutuskan seorang pemimpin muda dan segar untuk memimpin UMNO kembali kepada Islam, Tak siapa boleh duga apa jua kemungkinan yang akan berlaku tetapi kita sebagai orang Islam yang mendengar dan mentaati tetap yakin pertolongan ALLAH pasti akan tiba, kalau bukan semasa hidup, pasti selepas mati.Yang penting kita berusaha melaksanakan apa yang disuruh! Sumber: TKO
Comments