Guan Eng Mungkin Ke Kabinet Lepas PRN Johor Atau N.Sembilan

Aku berada di beberapa tempat di Johor, kali ni aku datang bukan untuk bertugas, tapi sebagai pelancong politik, tugas politik dah bertahun aku tinggalkan. Korang pun boleh tengok sendiri aku dah jarang-jarang update blog aku, ada le hari tu, masa tu gian nak menulis aku update la kejap.

Selama aku diluar politik ni, aku ada ramai kawan-kawan baru, ada kawan meniaga, ada kawan hora horey dan ada kawan politik, kawan memancing dan kali ni aku berkawan dengan semua parti, make connections dengan PKR, DAP, BERSATU, PAS, AMANAH sampaikan ahli HINDRAF pun jadi geng memancing aku.

Cerita yang aku dapat dari PRN Johor ni agak mengejutkan. Ada beberapa kawasan Dun yang aku pergi melepak dengan kawan-kawan PH sudah tersebar cerita kononnya Anwar akan membawa masuk semula Lim Guan Eng kedalam kabinet. Haaa gempak kan berita ni..

Ya... Itu lah berita yang bertebaran di beberapa kawasan Dun yang majoriti pengundi Cina, antara sebabnya ialah, Anwar merasakan yang dia keseorangan dalam kerajaan kerana menteri-menteri PH yang lain dia nampak macam tak backup dia.  Dua orang Timbalan Perdana Menteri juga dilihat macam nak jatuhkan dia, so dia perlukan seorang side kick to cover his ass.

Menurut kawan aku dan beberapa orang yang aku jumpa membawa cerita yang sama, Guan Eng berkemungkinan akan dilantik menjadi Menteri Ekonomi, jawatan yang kini di sandang oleh Akmal Nasrullah, pada aku ada logiknya juga, jawatan Menteri Ekonomi ni adalah jawatan menteri kanan, si akmal tu hanya MPP PKR je, nak banding dengan Guan Eng yang berpuluh tahun pengalaman dalam politik dan kini menjadi penasihat DAP, sudah tentu Guan Eng lebih layak.

Jadi menurut mereka, keberadaan Guan Eng dalam kabinet akan menguatkan lagi kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri, ada juga yang secara sinis cakap kat aku, itu pun kalau DAP tak bungkus dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan, sambil gelak...

Di tempat lain pun sama juga jalan ceritanya, malah ada yang marah-marah dekat Zahid Hamidi pasal BN bertanding solo dan tak mau berpakat dengan PH, malah ada yang kata "siap la kau Zahid, tunggu Guan Eng masuk balik kabinet" pada aku Wow... ni sudah nampak macam dendam kesumat terhadap UMNO dan Zahid.

Aku nampak macam betul-betul Anwar perlukan side kick dan partner in crime dalam kabinet untuk sekat pengaruh BN.

Dulu aku nampak Anwar perlukan Umno untuk tidak di cekik oleh DAP, pasal Anwar tidak mahu melayan permintaan-permintaan DAP, kali ni dah jadi terbalik pulak.

Aku sengaja kongsikan cerita ni untuk korang semua tahu apa yang berlegar dalam Kem PH di PRN Johor, pasal korang bukan pergi sana pun, so aku tau cerita ni aku share la dan aku yakin bukan aku sorang je yang tahu cerita ni, silap haribulan kem BN, PN, PAS, MUDA pun dah tahu dan aku berani tulis dalam blog ni pasal mereka bukan tahu blog ni aku punya. Hahahahaha.

Agaknya kalau betul la Guan Eng kembali menjadi Menteri kabinet, perghh makin naik tocang la DAP lepas ni. Tokong sudah marii maa... 

KEPADA PENGUNDI DI JOHORE, AKU UCAPKAN SELAMAT MENGUNDI DAN BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK.

Comments

Popular posts from this blog

Naratif Baru PN, YDP AGONG Lantik Orang Tidak SAH Jadi PM

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra