Posts

Showing posts with the label Prk Sungai Limau

PRK Sungai Limau. Keputusan Tak Rasmi BN Menang.

KEPUTUSAN TAK RASMI MENGIKUT PUSAT MENGUNDI... 1)PDM Batu 16,, Sek Keb Padang Lumat   Jum pengundi  - 1149 org BN - 522  / PAS - 627 BN kalah 105 undi. 2)PDM Sungei Limau, Sek Keb Sg Limau Jum pengundi - 1,305 org BN - 700 / PAS - 605 BN menang 105 undi. 3)PDM Sungei Kering, Sek Keb Sg Kering Jum pengundi  - 358 org. BN - 272 / PAS - 86 BN menang 202 undi. 4) PDM Simpang 3, SRJK (C) Aik Min, Spg 3 Sg Limau. Jum pengundi : 1242 org BN : 645 / PAS : 597 BN menang 48 undi. 5)PDM Selengkoh, Sek Keb Hj Kasim Jassin Jum pengundi  - 1006 org. BN - 601 / PAS - 405 BN menang 195 undi. 6) PDM Kabu 10, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau Jum pengundi  - 1950 org. BN - 1030 / PAS - 920 BN menang 55 undi. 7)PDM Matang Buloh, Sek. Keb. Permatang Buloh. Jum pengundi - 1,949 org. BN 45%(877) / PAS 55%(1071) PAS menang 194 undi.                 ...

Kerana Kasihkan DAP, Jentera PAS Bergaduh Sakan...

Image
Prk Sg Limau - lokasi Kg Pulau Emas Sungai Daun. Jentera pas kedah dilaporkan bergaduh dengan jentera pas luar. Maklumat diperolehi ketua pemuda pas cawangan di kampung Pulau Emas dimarah dan dicerca oleh jentera Pas luar dalam isu kempen tolak DAP.  PAS sama PAS kini di Sg Limau bergaduh akibat jentera pas dari luar yang cuba mengawal anak tempatan. Kejadian tersebut juga menyebabkan jentera Pas dari luar telah mengarahkan jentera Pas Kedah mengutip semula risalah yang diedarkan oleh Pas sendiri berkaitan dengan DAP. Untuk makluman rata rata ahli Pas di Sg limau menolak DAP.

Provokasi Bodoh PAS, Gantung Patung Kaki Kudung...

Image
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perang saraf dan provokasi yang dilakukan oleh pihak tertentu pada saat-saat akhir kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak akan berjaya mempengaruhi pengundi di kawasan itu. "Sungai Limau adalah satu kawasan yang tenteram. Saya lihat pasukan polis yang ada di sini lebih daripada mencukupi dan kita tempatkan mereka semata-mata untuk menjaga kepentingan rakyat. "Kita harap di saat akhir ini kedua-dua pihak tidak melakukan provokasi dalam berbagai-bagai bentuk," katanya selepas majlis pecah tanah Pusat Khidmat Komuniti Rela Dulang Besar, dekat sini hari ini. Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas mengenai patung-patung provokasi yang digantung berhampiran beberapa pusat gerak kerja BN. Difahamkan patung dari paras pinggang ke bawah dengan sebelah kaki dipotong serta tertera perkataan 'kaki ustaz', seolah-olah menggambarkan keadaan bekas wakil rakyat...

Ini Aku Senaraikan Dosa-Dosa PAS Selama Perintah Kedah...

Image
Janji yang ditabur 5 tahun dulu satu pun tak tertunai, mai mahposs dia buat janji-janji baru pulak, pengundi sungai limau mau kena tipu hidup-hidup lagi kaa...

Datuk Azeez Rahim Jawab Fitnah Mahposs Pasal Susu Tamat Tempoh...

Image
Kenyataan Akhbar  YB Datuk Hj Abdul Azeez Abdul Rahim  Ketua Umno Bahagian Baling merangkap  Ahli Parlimen kawasan Baling  - Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berhubung pemberian Susu Tamat Tempoh adalah merupakan satu pendekatan terdesak parti itu dalam menagih sokongan dan simpati rakyat di Sungai Limau menjelang hari pengundian pada 4 November ini.  - Ia merupakan satu isu yang sengaja diadakan untuk mewujudkan sentimen kebencian pengundi. Ini kerana saya dimaklumkan hanya seorang sahaja tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang  mengandungi satu tin susu yang telah tamat tempoh.  - Saya turut dimaklumkan aduan tersebut datangnya dari mereka yang mempunyai hubungan keluarga dengan salah seorang kakitangan media pembangkang, Harakahdaily.  - Di dalam pilihan raya macam-macam perkara boleh terjadi. Perkara yang tak ada pun boleh diadakan. Contohnya gambar-gambar ‘superimposed’ menggunakan...

KELUARGA ARWAH TAN SRI AZIZAN DAKWA CALON PAS BERBOHONG

Image
CALON PAS PRK DUN Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat didakwa tidak mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebaliknya beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah. Azam dikatakan anak sepupu kepada Phahrolrazi, iaitu tokoh yang menjadi musuh politik Allahyarham semasa menjadi Menteri Besar Kedah. Semalam dah mula kecoh apabila ada adik beradik arwah Azizan mempertikaikan tindakkan calon PAS tergamak berbohong kepada wartawan Sinar Harian kononnya beliau ada pertalian saudara dengan keluarga arwah, walhal beliau tidak langsung mempunyai sebarang pertalian keluarga dengan arwah. Keluarga arwah juga kesal kerana calon PAS mengaku yang beliau merupakan anak didik arwah, padahal semasa arwah hidup, calon PAS ini merupakan salah seorang yang menentang arwah dan sanggup bersekongkol dengan musuh arwah secara diam-diam. PAS nampaknya sudah terdesak untuk meraih undi dengan menggu...