Posts

Showing posts from October, 2016

PERHATIAN KEPADA PENYOKONG PASUKAN SELANGOR...

Image
Kepada fans SELANGOR yang tak dapat masuk stadium tu jangan susah hati, ulat tiket masih banyak lagi berkeliaran di luar stadium, cuma harga je la keras sikit, pandai2 la korang deal rege... 
Selangor dalam MISI mengejar Piala Malaysia buat kali ke 34, bio la orang kata piala kampung ker, liga kampung ker, janji, ko hader...? sampai khiamat pon takakan ada team dalam malaysia + singapura yang boleh chelen menang piala malaysia SEBANYAK 33 kali... 
Apa pun layan lagu ni dolu. SELANGOR SAMPAI MATI.

Mampukah Geng Baju Merah Menarik Minat Pengundi Untuk Mengundi BN?

Image
Di mana ada baju kuning, di situ akan ada baju merah... (kuning, merah adalah warna selangor kehhh)...
Ok... soalnya? adakah tindakan jamal md yunos, yang juga ketua umno bahagian sungai besar itu mampu menarik minat pengundi untuk memberikan undi mereka kepada barisan nasional...???
Bolehkah tindakan jamal dan geng baju merahnya merampas balik negeri selangor...???
Kalau ada yang kata, 'ya apa yang jamal buat itu mampu memberi undi kepada bn" aku jawab, bagus teruskan lah, no problem...
Geng baju merah cukup marah dengan bersih (geng baju kuning) kerana pada hemat mereka, geng baju kuning cuba menghasut rakyat bencikan kerajaan (bn).

Dah nama pun pembangkang, mestilah dia benci dengan kerajaan, kan?
Tindakan geng baju kuning (bersih) bermula sekitar tahun 2007, mereka turun ke jalanraya dengan kekuatan 10-30 ribu peserta, apa yang mereka dapat setelah berlakunya demo itu? pada pru12, bn hilang 5 negeri dan kerusi parlimen bn menyusut dari 198 kerusi pada pru11 ke 140 kerusi…

VIDEO: Lawyer "Middle Finger" Kena Sekolah Dengan Pegawai Jabatan Perhutanan...

Image
Aku ingat dia nie hebat sangat, semua perlembagaan, akta dan undang-undang dia khatam, rupanya dia nie pon benak jugak macam aziz bari rupanya...
Sudahnya malu sendiri, bila mana pegawai jabatan perhutanan sekolahkan dia...
Betul la pesan orang tua-tua, dalam hutan ni jangan dibuat main, hutan ada rule nya, hutan ada penjaganya, kan dah malu sendiri...
Ko suruh viralkan video tu, so aku viralkan...

Berapa Majoriti Yang Menteri-Menteri Kabinet Kita Dapat Pada PRU Lepas...?

Image
Kita ada 35 orang menteri, tolak 2 orang senator jadi 33, dalam 33 orang menteri tu, ada 4 orang menteri yang pada pilihanraya lepas dapat majoriti bawah 1000 undi dan menteri yang dapat majoriti bawah 3000 pulak ada 7 orang...
So kepada pak-pak menteri tu, jangan dok seoronok sangat yer...
Kerusi kamu belum tentu selamat...
HITAM = Atas 3000
BIRU = Bawah 3000
MERAH = Bawah 1000

Sumber: Laman Web SPR...






PAS Perak Setuju Gabung Dengan Bersatu Untuk Tumbangkan BN...

Image
Pas Perak bersetuju bergabung dengan parti Bersatu bagi menumbangkan BN pada PRU akan datang.
Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria berkata, gabungan itu adalah bersyarat iaitu perlulah menghormati prinsip dan perjuangan Pas dalam menegakkan Islam dari semua segi termasuk kepimpinan.
Menurutnya, Pas tidak akan tunduk terhadap kehendak mana-mana pihak yang mengetepikan prinsip perjuangan hanya untuk memenangi PRU.
“Pendirian itu adalah ketegasan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang meminta parti yang mahu bergabung perlulah melakukan perubahan untuk menegakkan Islam.
“Pas tetap memperjuangkan Islam dan gabungan itu perlulah menghormati prinsip perjuangan parti masing-masing. Kalah itu perkara biasa tetapi kami setia kepada perjuangan,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui bahawa bukan mudah untuk menumbangkan sebuah parti kerajaan seperti BN yang terdiri daripada gabungan 14 parti yang saling menyokong antara s…

Ali Hamsa Dah Bagi Green Light, Kalau Nampak Penjawat Awam Hidup Mewah, Report SPRM...

Image
Ketua setiausaha negera, ali hamsa dah bagi green light kepada rakyat untuk melaporkan kepada pihak sprm sekiranya terdapat mana-mana kakitangan kerajaan yang dilihat hidup mewah...
"Saya rasa gaji penjawat awam adalah lumayan dan cukup untuk hidup dalam kesederhanaan tetapi bukanlah dalam kemewahan. Jadi kalau nampak golongan yang terlalu mewah tu, tolonglah sama ada lapor SPRM atau keluarga nasihatlah sikit supaya bertaubat,"  katanya...
Tapi bagai mana pula dengan pegawai-pegawai menteri yang hidup mewah bak jutawan kosmetik?
Mereka berkerja di kementerian, tapi mereka bukan dilantik memalui suruhanjaya perkhidmatan awam (spa) mereka adalah lantikan politik tapi menggunakan grade seperti penjawat awam...
Apa pun terima kasih kepada ali hamsa kerana dah bagi green light kepada rakyat...
Jangan terkejut kalau lepas ni ramai yang kedalam...

Tidak Patut Nazri Kata Bergitu Kepada Jamal Yunos...

Image
Pada aku la, apa yang dibuat oleh jamal yunos semata-mata mahu membantu umno...
Macam ali tinju la, dia pernah kata "kalau dia mati siapa nak jaga najib dan rosmah"
Bergitu jugalah halnya dengan jamal, kalau umno sendiri perlekehkan usaha dia, siapa lagi yang boleh diharap...? pemuda? wanita? puteri?
Jamal buat semua tu untuk megembalikan sokongan orang melayu kepada umno...
Salah ke jamal buat macam tu?
Tak salah pada aku...
Jamal cuba megembalikan kegemilangan umno seperti waktu almarhum datuk harun idris...
Jamal cuba megembalikan cara umno seperti dizaman almarhum datuk onn jaafar...
Janganlah kata, apa yang jamal buat bukan mewakili umno...
Cara jamal berjuang itulah cara umno...
Cuma jamal silap, dia tak pakai baju berlogokan umno...
Sepatutnya jamal mengikut cara dan style datuk aziz sheikh fadzil sewaktu menghantar memorandum bantahan kepada SUQIU di dewan perhimpunan cina selangor sekitar tahun 2000-2001 dulu, dia datang lengkap berbaju melayu putih, bersampin mera…

SPRM Jangan Hanya Tumpu Penjawat Awam Sahaja, Ahli Politik Juga Perlu Di BERSIHKAN...

Image
Setinggi-tinggi ucapan tahniah aku ucapkan kepada pihak sprm kerana menumpaskan penyangak rasuah...
Inilah kes terbesar dalam malaysia dalam sejarah penubuhan bpr hingga ke sprm...
Tahniah sekali lagi...
Tidak dinafikan, ada penjawat awam yang kaki songlap duit projek ini dan banyak juga yang berkerja secara jujur dan amanah...
Tetapi harapan aku kepada sprm, jangan lah hanya di tumpukan kepada penjawat awam sahaja, sprm kena selidiki siapa dalang di sebalik berlakunya rasuah itu...
Kalau tiada backup yang kuat di belakang perasuah itu, aku yakin dia sendiri tak berani nak buat...
Cuba siasat taukei-taukei besar juga...
Cuba siasat juga ahli-ahli politik...
Pada aku kalau sprm betul-betul nak bersihkan rasuah di malaysia ni, bersihkan sehingga ke akar umbi...
Ahli politik perlu di siasat, kes-kes dulu yang melibatkan ahli politik perlu di sungkit semula oleh sprm...
Kemewahan ahli politik yang baru sepenggal dua menjadi ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri boleh juga dijadika…

WOII Geng, Ada Orang Sakit Otak Kata Bumi Ini Leper...

Image
Aku ingatkan dalam filem "god must be crazy" yang mana seorang "bushman" dalam filem tu pergi mencari hujung bumi untuk buang botol coke yang jatuh dari langit...
Rupanya ada makhluk yang bergelar profesor dan doktor pon terpengaruh juga dengan filem tu...
Adehh... la, apa nak jadi la dengan dunia sekarang ni...
Hebat sungguh pengaruh filem hollywood nie, sampaikan ada prof dan doktor pon kata planet bumi ini leper macam tikar mengkuang...
Bingai...bingai...

Annuar Musa Kata Selangor Mungkin Milik BN - Kahhhkahhhkahhh...

Image
Tergelak bila aku baca kenyataan ketua penerangan umno malaysia dalam web astro awani, kenyataan annuar musa berbunyi "kelantan, selangor mungkin milik bn pada pru 14", 10 sept 2016...
Adoii la, aku tak mau komen pasal kelantan, pasal aku tak tau apa jadi kat sana, yang aku nak komen kat sini pasal selangor...
Apa penanda aras yang annuar musa bergitu kofident bn kembali memerintah negeri selangor?
Pada aku, peluang terbaik untuk bn kembali merampas kembali selangor adalah pada pru lepas, kenapa aku cakap macam tu? nanti aku berikan dalil-dalilnya...
Jangka waktu dari tahun 2010- 2013 (pilihanraya) adalah waktu-waktu emas umno/bn selangor untuk kembali merampas negeri ini...
Ketika itu najib menjadi panglima perang bn di selangor, gerak kerja bn dan umno pada aku cukup cantik dan tersusun, pelbagai program yang di anjurkan oleh bn/umno, malah banyak juga program-program pusat di adakan di selangor...
MEDIA...
Ketika berdepan dengan pru 13, media arus perdana banyak membantu…