Wujudkah Kongsi Gelap Melayu...???
Ramai yang menganggap bahawa kongsi gelap atau pertubuhan rahsia dikalangan orang Melayu hanya bermula apabila orang-orang Melayu menyertai kongsi gelap Cina yang sedia ada selepas Merdeka.
Namun begitu ada catatan sejarah yang menunjukkan bahawa orang-orang Melayu telah mempunyai pertubuhan rahsia sendiri sejak dari tahun 1850-an.Penglibatan orang-orang Melayu di dalam pertubuhan rahsia telah dicatatkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang (1851-1856) J.D. Vaughn.Melalui risikan beliau,ia menunjukkan bahawa kebanyakkan daripada ahli-ahli pertubuhan rahsia ini adalah mereka yang berpengaruh di dalam komuniti kampung orang-orang Melayu.Ini termasuk Imam-imam Masjid,guru-guru agama,pekerja kerajaan dan juga ketua-ketua kampung.
Pertubuhan Rahsia Melayu amat berkait rapat dengan pertubuhan rahsia orang Cina pada satu ketika dimana mereka akan menjalankan perniagaan sebagai rakan kongsi bersama-sama.Ini menunjukkan bahawa kekuatan orang Melayu pada ketika itu tidak dipandang enteng oleh ketua-ketua kongsi Cina kerana mereka begitu berminat untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan rahsia Melayu.Terdapat teori yang mengatakan pertubuhan kongsi gelap Melayu adalah berasal dari kongsi gelap Cina,namun teori ini tidak dapat dipastikan dengan jelas.
Namun sekalipun ianya berasal dari kongsi Cina,kuasa yang dipegang oleh orang Melayu pada ketika itu sememangnya digeruni oleh semua.Pada era 1850-an hanya dua pertubuhan rahsia Melayu yang dikenali dan amat popular dikalangan penguatkuasa British,iaitu Kumpulan Bendera Merah dan Kumpulan Bendera Putih.Kedua-dua kumpulan ini menjadikan masjid dan surau sebagai tempat perjumpaan dan perbincangan mereka.
Perkara ini amat ditakuti oleh Kerajaan British kerana ianya bakal menguatkan lagi orang Melayu untuk menentang mereka.Walhal pada dasarnya pertubuhan rahsia Melayu ini adalah berteraskan dari sudut ekonomi dan survival orang Melayu di Pulau Pinang. Pertubuhan rahsia orang Melayu bukan sahaja ada di Pulau Pinang,malah terdapat juga pertubuhan-pertubuhan yang tidak berdaftar yang wujud di negeri-negeri seperti Kedah,Johor,Pahang,Perak dan Melaka.
Namun begitu kebanyakkan pertubuhan-pertubuhan ini adalah berasaskan sekolah-sekolah persilatan. Silat merupakan medium utama penyatuan bangsa Melayu pada ketika itu kerana ianya diperlukan untuk menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.
Di sinilah berkembangnya semangat perpaduan di kalangan orang Melayu kerana pada ketika itu penguatkuasaan undang-undang yang diperolehi dari penjajah British adalah tidak memadai dan selalunya berat sebelah.Setelah beratus tahun pertubuhan rahsia Melayu ditubuhkan, kita tidak tahu samada ianya masih lagi wujud hingga kini atau tidak.
Ini kerana apa yang kita dapat lihat sekarang adalah pertubuhan baru yang tidak dapat dipastikan keasliannya.Mungkin ianya ada kaitan dengan pertubuhan-pertubuhan dahulu atau mungkin juga tidak.Sejak dari tahun 1957 apa yang kita sering dengar adalah ramai anak-anak Melayu yang bertuankan kongsi-kongsi Cina pula.
Perkara ini amat memalukan kerana anak-anak Melayu yang menyertai kongsi gelap Cina dianggap tidak lebih dari “kuli” atau “khadam” yang menjalankan tugas-tugas kotor untuk “boss” mereka.Selebihnya adalah kumpulan-kumpulan Melayu yang berlagak seperti samseng walhal mereka tidak langsung mempunyai apa-apa kekuatan dari sudut ekonomi mahupun kekuatan anggota sepertimana yang pernah dikecapi oleh kumpulan Bendera Merah dan Bendera Putih pada tahun 1850-an dahulu.
Apa yang pasti,dengan tekanan yang diterima oleh orang Melayu Semenanjung pada ketika ini, tidak mustahil kumpulan-kumpulan seperti Bendera Merah atau Putih ini akan muncul semula. Orang Melayu semakin hari semakin ditindas oleh bangsa lain.Keupayaan untuk berniaga pun dihadkan oleh sesetengah penguasa negeri.Mungkin sudah tiba masanya untuk orang Melayu bangkit dan menghadapi masalah ini dengan berani.
Apa yang penting ialah maruah dan kesinambungan legasi orang Melayu wajib dipertahankan, walau dengan apa jua keadaan sekalipun.
Comments