Operasi Lalang: Kegiatan Memperalatkan Agama Islam.


Hasil Tulisan Abba...

Golongan-golongan ajaran sesat Islam telah terus dikesan dalam beebrapa tahun kebelakangan ini (sekitar 1987). Di antara golongan-golongan ini ialah golongan ajaran Ahmadiah atau Tarikat Zikirullah atau ajaran Hassan Anak Harimau. Ajaran ini telah diasaskan oleh Hassan Yaacub@ Hassan Anak Harimau@ Tok Ayah Hassan dan jumlah pengikutnya lebih kurang 300 orang . Antara lain, Hassan Yaacob telah mendakwa kononnya jasad dan rohnya bersebati dengan Nur Ilahi dan bahawa dirinya diresapi oleh Roh Nabi Muhammad s.a.w. dan telah sampai waktunya beliau menjadi Imam Mahadi .

Satu lagi kumpulan ajaran sesat yang telah dikesan ialah kumpulan yang dipimpin oleh Muhamad Yusof Abdul Karim @ Salleh Abd.Karim @ Salleh Kulop Karim. Kumpulan ini telah diasaskan pada bulan Januari 1987 oleh Muhamad Yusof Abdul Karim. Pusat kegiatanya ialah di FELDA Trolak Selatan, Slim River, Perak. Jumlah pengikutnya dianggarkan seramai 40 orang. Antara aktiviti kumpulan ini ialah mendirikan sembahyang Aidil Fitri dan Adil Adha secara berasingan dengan umat Islam tempatan yang lain .

Selain daripada kumpulan-kumpulan di atas, sebuah pertubuhan sulit yang dikenali sebagai kumpulan "Jundullah" atau "Tentera Allah" telah ditubuhkan oleh sebilangan besar ahli-ahli PAS pada 29 Ogos 1987 di Pantai Cinta Berahi, Kelantan. Penubuhannya antara lain didorong oleh keadaan ketegangan kaum yang berlaku ketika itu.

Menurut Che Kamaruzaman Che Ismail, Naib Pengerusi "Jundullah", penubuhannya adalah untuk mengwujudkan pemerintahan Islam di Malaysia melalui tindakan militan dan menjadi benteng kepada orang-orang Islam sekiranya berlaku rusuhan kaum .

Pertubuhan ini mempunyai seramai lebih kurang 150 orang ahli yang terdiri daripada ahli-ahli serta penyokong PAS. Ianya tidak direstui oleh pihak PAS Kelantan dan PAS Pusat tetapi pihak PAS tidak pula menghalang penubuhannya .

Rancangan pertubuhan ini ialah untuk memberi latihan keagamaan dan ketenteraan kepada anggota-anggotanya,termasuk menghantar mereka menjalani latihan bersama dengan pihak Gerila Pembebasan Islam di Selatan Thailand (PULO) serta mendapat bekalan senjata api.

Bersambung esok jam 1 petang...

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID