Operasi Lalang: Peranaan Pertubuhan-Pertubuhan Dan Persatuan-Persatuan Cina


Hasil Tulisan Abbas.

Kelebihannya masyarakat Cina ialah mereka memiliki paling banyak sekali berpersatuan jika dibandingkan dengan lain-lain kaum di Malaysia . beberapa pertubuhan dan persatuan Cina telah turut terlibat dalam mengeksploitasi isu-isu yang berunsur perkauman. Pada 27 Mac 1983 sebanyak 15 pertubuhan Cina termasuk Dong Jio Zong dan DPCS,telah mengeluarkan satu dokumen yang bertajuk "Joint Memorandum On National Culture" yang menyoal kedudukan kebudayaan Melayu sebagai asas kebudayaan Malaysia .

Selanjutnya pada 12 Oktober,1985 Pengisytiharan Bersama oleh 27 pertubuhan Cina Malaysia telah diumumkan dan diberi publisiti yang meluas dalam akhbar-akhbar Cina tempatan dan luar negara. Pengisytiharan ini di antara lain mendakwa bahawa orang-orang bukan Melayu telah tertindas dari segi politik,ekonomi dan kebudayaan,dan menyoal beberapa perkara yang dipersetujui sebelum Merdeka seperti soal bahasa.

Dong Jio Zong dan DPCS juga terlibat secara aktif dalam isu penempatan guru-guru tanpa kelayakan Mandarin di SRJK (C) . Eksploitasi isu ini telah berkemuncak dengan berlangsungnya perhimpunan di Kuil Thean Hou,Kuala Lumpur pada 11 Oktober 1987 yang dihadiri oleh 15 pertubuhan Cina dan 3 parti politik, iaitu MCA,DAP dan GERAKAN.

Diperhimpunan tersebut,beberapa orang ahli daripada 3 parti politik itu,termasuk Lee Kim Sai ,Timbalan Presiden MCA dan Lim Kit Siang, Setiausaha Agong DAP ,dengan lantang telah membuat tuntutan supaya isu sekolah Cina itu diselesaikan.

Pehimpunan ini serta resolusi-resolusi yang diluluskan olehnya termasuk tindakan memulau kan kelas, telah meningkatkan sentimen perkauman di aklangan orang-orang Cina dan menimbulkan reaksi daripada pertubuhan-pertubuhan Melayu terutamanya UMNO .

Bersambung esok jam 1 petang...

Comments

Anonymous said…
BUNUH SAJA CINA CINA TU.SEKARANG SEKOLAH CINA PUN RACIST.PELAJAR MELAYU DIPINGGIRKAN DAN DIHINA.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID