Operasi Lalang: Isu Bukit Cina

Hasil Tulisan Abba.

Dalam tahun 1983, apabila Tan Sri Rahim Tambhy Cik ketika itu Ketua Menteri Melaka berhasrat memindahkan kubur-kubur lama yang berada disitu dengan tujuan untuk memajukanya , ia mendapat bantahan orang ramai terutamanya dari kaum Cina, pencinta sejarah dan NGO. Mereka berpendapat Bukit Cina adalah warisan sejarah Malaysia kononnya dengan memindahkan kubur-kubur lama itu akan terpadamlah sejarah orang-orang Cina di Malaysia .

Sebilangan pertubuhan dan parti politik Cina terutamanya DAP telah menentang dan menjadikan ia satu isu perkauman. sebenarnya rancangan Kerajaan Negeri Melaka untuk membangun secara komersial 80 % daripada kawasan Bukit Cina dan menjadikan baki 20% lagi sebagai kawasan perlindungan bagi mengekalkan unsur-unsur peninggalan sejarah dan sebagai kawasan rekreasi.

DAP terus-terusan menjadikan isu ini sebagai isu perkauman untuk membangkitkan kemarahan orang-orang Cina terhadap Kerajaan dan orang-orang Melayu. Dalam satu ceramah pada 29 September,1984 di Permatang Tinggi, Bukit Mertajam, Lim Kit Siang yang ketika itu Setiausaha Agong DAP,telah menyifatkan rancangan Kerajaan untuk membangunkan Bukit Cina itu sebagai satu muslihat Kerajaan untuk melenyapkan segala jasa-jasa kaum Cina terhadap negara dan juga sebagai pencabulan terhadap kebudayaan dan agama orang-orang Cina.

DAP terus mengeksploitasi isu ini dengan beberapa kegiatan termasuk penyebaran poster diselutuh negara pada 21 Julai,1984 yang mengandungi ungkapan seperti " Bukit Cina Warisan Sejarah Cina", mengadakan upacara berjalan kaki bagi 'menyelamatkan"Bukit Cina di Kuantan, Seremban, Alor Setar dan Melaka di antara 20 dan 30 Oktober 1984, serta berusaha mengumpulkan 200,000 tandatangan sebagai penentangan kaum Cina terhadap usaha memajukan Bukit Cina. semangat perkauman yang tebal sengaja ditanam oleh DAP tanpa segan silu.

Bersambung esok jam 1 petang...

Comments

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

PRU 13: Calon BN Dun Batu Tiga Tenang Menjawab Soalan Dari Penyokong PAS...