MENTERI UMNO BERDEPAN TUGAS SUKAR DALAM KABINET.
Ramai melihat menteri Umno/BN dan Pas akan menghadapi tugas sukar didalam kabinet Perikatan Nasional PN nanti.
Maksud sukar disini bukanlah mereka menghadapi kesukaran menjalankan tanggungjawab mereka sebagai menteri, aku yakin, mereka tiada masalah menjalankan kerja-kerja menteri kerana kebanyakkan dari mereka adalah bekas menteri dan pengerusi agensi kerajaan sewaktu Umno berkuasa dahulu.
Yang menjadi kesukaran kepada mereka ialah, untuk mempertahankan PN itu dari serangan PH, kerana menteri-menteri PN ni ada yang bermasalah dari segi moral dan membuat keputusan sewaktu mereka menjadi menteri dalam PH dahulu.
Contoh klasik yang aku boleh bagi ialah, Azmin Ali yang kini menjawat jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Menteri Kanan), kita semua sudah maklum yang Azmin ada satu kes yang melibatkan seksual diluar tabie manusia yang masih belum selesai, aku yakin dipihak PH mungkin ada lagi peluru simpanan untuk dilepaskan kepada Azmin suatu masa nanti.
Apa akan berlaku sekiranya peluru simpanan itu dilepaskan oleh PH, mampukah menteri-menteri dari Umno/BN dan PAS mempertahankan Azmin? Sedangkan kes beliau sebelum ini pun masih belum selesai, tak pasal-pasal menteri dari Umno/BN dan Pas pun terpalit sama, nak backup ke tak nak, "ditelan mati mak, diluah mati bapak, tak telan tak luah mati katak.
Contoh kedua, Datuk Seri Ismail Sabri Yakop, Menteri Pertahanan, lihatlah siapa yang menjadi timbalan beliau, Datuk Seri Ikmal Hisham, beliau adalah ahli parlimen Tanah Merah Kelantan, pada 16 Februari 2019, beliau dan lima lagi ahli parlimen Umno melompat menyertai PPBM.
Secara jujur saya bertanya kepada pembaca semua, adakah anda sanggup berkerja dengan seorang pengkhianat seperti itu? Guna jentera Umno/BN selama dua penggal untuk mendapat kedudukan sebagai ahli parlimen, bila Umno dalam saat-saat sukar, untuk melepaskan tengkuk dia lari meninggalkan Umno.
Agaknya apa pula perasaan Datuk Seri Ismail Sabri bila mendapat tahu, orang yang lari meninggalkan Umno kini menjadi timbalan dia pula. Kalau tanya saya, sudah tentu ada sekelumit perasaan bengkak dan dan sakit didalam hati, semoga Allah memberi ketenangan kepada Datuk Seri Ismail Sabri dalam menjalankan tugas beliau sebagai Menteri Pertahanan.
Begitu juga dengan Tan Sri Annuar Musa, bayangkan orang yang beliau kalahkan di parlimen Ketereh boleh diangkat menjadi menteri kanan, sedangakan yang menang hanya menjadi Menteri Wilayah, tak ke lawak punya lantikan tu.
Malah ada seorang menteri yang ingin menjemput kuasa asing untuk mencampuri hal ehwal dalam negara melalui perjanjian ICERD, kini menjawat jawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia, siapa lagi kalau bukan Saifuddin Abdullah.
Berat sungguh tugas menteri-menteri dari Umno/BN dan Pas, mereka seolah-olah mencuci najis yang di tinggalkan oleh PH, malangnya mereka tidak dapat mencuci keseluruhan najis yang ditinggalkan oleh PH itu kerana yang berak merata-rata itu masih lagi ada bersama-sama mereka.
Comments