GELABAH HILANG KUASA, MAHATHIR MACAM SEMBUNYIKAN SESUATU


Tidaklah kita ketahui apakah jenis syaitan atau Iblis yang telah merasuki otak Tun Mahathir, kegilaan beliau untuk menjadi Perdana Menteri sudah mengatasi kegilaan Anwar Ibrahim.

Tak pernah kita tengok Mahathir se-kelam kabut bergini, gelagat Mahathir yang hilang kuasa seolah-olah seperti ada sesuatu yang beliau sembunyikan dari pengetahuan rakyat.

Kenapa Mahathir kelam kabut? sepatutnya beliau terima dengan berlapang dada atas keputusan YDP Agong, bukankah beliau sendiri yang menyerahkan kuasa melantik PM baru ke tangan Agong?

Krisis ini bukan dimulakan oleh rakyat atau parti pembangkang, tetapi beliaulah yang memulakan krisis ini, sudah elok-elok Malaysia ada kerajaan dia pula letak jawatan dengan alasan kononnya untuk melantik barisan kabinet baharu.

Kabinet baharu yang beliau bakal lakukan itu amat bertentangan dengan semangat demokrasi di negara kita, ye lah mana mungkin parti-parti yang memiliki kerusi terbanyak tidak diambil kira dalam pembentukan kabinet baharu Mahathir, semua kuasa hanya berpusat kepada beliau seorang, menjadikan menteri-menteri kabinet yang beliau lantik sebagai "Yes Man" rakyat menolak sistem "Diktator" seperti itu.

Rasanya tidak perlu lagi untuk diulas apa implikasi yang akan dan bakal berlaku sekiranya sistem yang ingin dilakukan oleh Mahathir itu berjaya, tetapi yang akan ditulis di sini ialah kenapa Mahathir seolah-olah menggelabah kerana hilang kuasa.

Baiklah mari kita toleh ke belakang, kejadian berlaku pada tahun 2003, tepatnya pada 31 Oktober 2003 ketika Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri ke-5.

Kita lihat, peralihan itu berjalan cukup lancar, mungkin akan ada yang kata, Pak Lah dan Mahathir satu parti dan ketika itu Barisan Nasional memperolehi majoriti yang cukup selesa untuk melakukan peralihan kuasa, ya memang betul, mereka satu parti dan BN ada majoriti besar, tetapi apa yang orang tidak tahu, ialah perjanjian antara Pak Lah dan Mahathir.

Kalau rakyat masih ingat, sebelum Mahathir serah kuasa kepada Pak Lah, Mahathir ada menjalankan satu projek mega jambatan bengkok, projek itu adalah idea Mahathir, jadi sebelum Mahathir letak jawatan, beliau telah meminta Pak Lah untuk meneruskan projek itu, maka Pak Lah pun pada asasnya bersetuju, jadi berlakulah peralihan kuasa Perdana Menteri.

Bila mana Pak Lah telah menjadi Perdana Menteri, maka terkeluarlah laporan dari beberapa portal dan akhbar milik pembangkang yang mengatakan pembinaan jambatan bengkok itu projek kroni dan kos pembinaan yang terlalu mahal tidak setara dengan fizikalnya. (boleh search balik laporan pembangkang mengenai jambatan bengkok) ya semua orang tahu, pemilik syarikat Gerbang Perdana itu kroni Mahathir.

Jadi sebagai Perdana Menteri, tidak salah untuk Pak Lah "review" semula kos pembinaan jambatan itu, setelah di buat semakan mengenai kos, maka Pak Lah dan kerajaan ketika itu berpendapat ada kebenaran seperti apa yang dilaporkan oleh pembangkang, maka Pak Lah buat keputusan untuk menghentikan pembinaan jambatan bengkok.

Disini kita dapat melihat peranan parti pembangkang didalam atau diluar parlimen, pembangkang menjadi "check and balance" kepada kerajaan, kalau nak ikut model kerajaan yang Mahathir bakal buat, dalam parlimen tidak ada pembangkang jadi siapa yang akan semak dan imbang "check and balance" tindakkan kerajaan? 

Sejak dari hari pembatalan projek jambatan bengkok itu, Mahathir setiap hari menghentam kepimpinan Pak Lah, Mahathir melakukan "road show" ke seluruh Malaysia memburukkan Pak Lah, dengan mengatakan Pak Lah lembik, lembab dan pelbagai lagi. habis cerita-cerita peribadi Pak Lah dari dia menjadi ketua Pengakap sekolah sehinggalah yang terkini (ketika itu) di bongkar dan didedahkan oleh Mahathir dan para Operatif-nya. di pendekkan cerita, Pak Lah pun letak jawatan.

Najib Razak pun menggantikan Abdullah Ahmad Badawi, seperti biasa, pada mulanya Mahathir menyambut baik pelantikan Najib menjadi perdana menteri, maka dalam perkiraan Mahathir, sudah pasti Najib akan meneruskan projek jambatan bengkok idaman beliau itu, tetapi malangnya Najib melihat projek jambatan bengkok itu tidak banyak membawa keuntungan kepada negara lalu Najib tidak melaksanakan hajat Mahathir itu.

Bukanlah perangai Najib yang suka bertegang urat dengan negara lain, tetapi Najib memikirkan apa keuntungan yang boleh memberi menafaat kepada rakyat, cara itu tidak disukai oleh Mahathir.

Kemuncak kemarahan Mahathir terhadap Najib berlaku apabila syarikat milik Kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad 1MDB membeli beberapa buah stesen janakuasa milik kroni Mahathir, pada Najib, untuk apa beri keuntungan atas angin kepada kroni Mahathir sedangkan semua stesen janakuasa itu boleh dimilik negarakan, lalu Najib ditubuhkan satu syarikat Edra Energy membeli stesen janakuasa milik kroni Mahathir.

Maka bermulalah episod peperangan antara Mahathir dan Najib, malah Mahathir memfitnah Najib menjual stesen janakuasa itu kepada negara China tanpa mengetahui atau sengaja Mahathir buat-buat tak tahu yang Edra Energy itu sudah menjadi milik negara, hanya beberapa operator dalam Edra Energy itu dari syarikat negara China.

Begitu juga dengan Proton, Mahathir cukup marah bila mana Proton memohon geran sebanyak 2 Billion kepada kerajaan dengan alasan untuk membangunkan kereta elektrik tidak diluluskan oleh Najib, kalau kita fikir secara logik, Proton ditubuhkan pada tahun 1983, sudah 31 tahun (dikira sehingga tahun 2014) Proton beroperasi, takanlah untuk buat R&D pun masih lagi mahu meminta Geran dari Kerajaan, ingat ye Proton minta Geran bukan Pinjaman.

Kesimpulan yang boleh kita lihat di sini ialah, Mahathir cukup-cukp setia menjaga kroni dan kepentingan dia.

Adakah punca Mahathir kelam kabut hilang jawatan Perdana Menteri kerana gagal memberi semula kekayaan yang kroninya telah hilang sewaktu pemerintahan Pak Lah dan Najib?

Anda boleh nilaikan sendiri beginikah perangai NEGARAWAN???

p/s. Semua maklumat yang ditulis ini ada dalam internet, boleh cari sendiri untuk pengesahan, artikel ini hanya rangkuman sahaja.

Comments

BSP said…
Memang nampak dia mengelabah...
Hari2 memberi ucapan yang mengelirukan rakyat...
Nak mencetuskan krisis dalam negara..
Kroni2 dia sedang dalam kepanasan seperti cacing....
silap2 ada yg nak bunuh diri..
Semua takut di siasat..
AG penakut tu dah letak jawatan awal2..
Kali ni dia tumbang akhirnya.....

Pesanan kpd Tun M : Sila undur diri dari politik, Ingat Allah, Jgn nanti bala Allah yang lebih besar akan menghinakan diri sendir....
Kepada Anak2 Tun M: Nasihatlah bapak kamu.....Bersara dari politik dengan cara terhormat...Jgn mati dengan kejian dan caci rakyat

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

VIDEO Memperingati 46 Tahun Peristiwa 13 Mei 1969...