Bila Mana Empat Orang Boleh Saksikan Perbuatan Rogol, Liwat

Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang menyarankan agar empat saksi dikemukakan dalam kes pertuduhan liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak lebih sekadar cakap politik yang tidak berpijak di bumi nyata.

Alasan pemimpin kanan Pas itu bahawa dengan kaedah tersebut mampu mengendalikan kes tersebut dengan adil dan telus sebenarnya mengundang pelbagai persoalan.
Kenapa Husam menuntut empat orang saksi dalam kes ini tetapi tidak menuntut syarat yang serupa kepada banyak lagi kes rogol dan liwat yang berlaku sebelum ini.

Apakah perbicaraan serta hukuman yang telah dijatuhkan oleh pihak perundangan sebelum ini tidak adil dan tidak telus?
Menyebut soal empat saksi seperti yang diperkatakan oleh Husam, perkara itu bukanlah satu perkara yang amat mudah kerana ianya perlu mempunyai syarat-syarat tertentu seperti tidak munafik dan sebagainya. Adakah hari ini kita mampu mencari saksi-saksi berkenaan dengan mudah.

Seperkara lagi, perbuatan maksiat seperti liwat dan rogol bukanlah dilakukan ditempat terbuka dan ini sudah pasti menyukarkan pihak perundangan untuk mencari saksi untuk tampil ke depan.
Kalau ada pun saksi pada ketika itu apakah saksi-saksi tersebut berperanan sebagai pengintip sahaja tanpa sebarang tindakan.

Dalam Islam, prinsip yang diutamakan adalah keadilan. Jika empat saksi berpakat untuk mengenakan seseorang, adakah ianya dianggap adil dan telus sepertimana ungkapan Naib Presiden Pas tersebut. Bukankah ini satu penganiayaan kepada mangsa?
Dan seandainya Husam berpendapat hanya melalui pendekatan Islam, kes seumpama mampu dikendali dengan telus dan melihat sejauh mana kredibiliti saksi, kenapakah Pas sehingga hari ini tidak melaksanakannya.

Kesimpulannya, kaedah yang digunapakai oleh perundangan negara hari ini sebenarnya bertepatan dengan prinsip keadilan yang ditekankan di dalam Islam.
Pendakwaan yang lengkap dan disusuli dengan bukti yang mencukupi serta ruang untuk membela diri yang diberikan oleh mahkamah merupakan satu elemen yang amat munasabah untuk pihak perundangan menjatuhkan hukuman.

Comments

Anonymous said…
EZAM SESUMPAH

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.