Tolong Bersihkan Nama Anak Saya, Ibu Aminulrashid




Semalam det, gap dan parpukari bersama rombongan PERKASA melawat keluarga Aminulrashid yang menjadi mangsa tembakan polis di seksyen 11 shah alam malam kelmarin, keluarga allahyarham aminulrashid ketika kami sampai masih lagi dalam sedih, ye la siapa yang tidak sedih, sudah lah anak bongsu dalam keluarga ini pergi dalam keadaan bergitu, allahyarham di label pula sebagai seorang penyamun atau pun penjenayah. melihatkan foto-foto dan perbualan det dengan rakan-rakan sekolah allahyarham, label penyamun dan penjenayah itu keterlaluan. ye lah mungkin suratkhabar ingin mensensasikan berita itu tampa pikir perasaan keluarga, saudaramara dan sahabat mangsa. sebaiknya pemberita bertanyakan sendiri kepada keluarga mangsa dari mengambil cerita ini sembrono dari pihak lain.


Rombongan PERKASA yang diketuai oleh Dato' Ibrahim datang pada sebelah pagi
Rombongan Wira PERKASA yang di ketuai oleh Sdr. Arman datang pada sebelah petang

Memang tidak masuk akal, budak yang baru berusia 15 tahun bertubuh kecil, suka main bola sepak dan kerap ke surau ini di charge sebagai penyamun, ya.. mungkin dia bersalah kerana memandu kereta tampa lesen memandu dan lari ketakutan bila dikejar oleh dua buah kereta peronda polis, tetapi apakah berbaloi dia dihujani berdas-das tembakan sehingga keempat-empat tayar kereta itu bocor dan kesalahan dia memandu kereta tampa lesen dibayar dengan nyawa? det bukan nak sensasikan cerita ini dan bukan juga untuk menggangu siasatan polis, tapi det cuma membawa permintaan ibu mangsa supaya tidak menggelar anaknya penyamun atau penjenayah atau apa sahaja gelaran. sebagai seorang ibu, dia lebih mengetahui siapa anaknya jadi tidak adil untuk orang lain menggelar anaknya penyamun sedangkan siasatan polis masih belum selesai dan segala bukti-bukti yang melibatkan anaknya dengan jenayah masih kabur.

Antara koleksi gambar Allahyarham Aminulrashid ketika dia berumur setahun.

Allahyarham cukup aktif dalam pasukan bola sepak.Suasa sedih masih lagi dirasakan ketika kami datang menziarah keluarga Allahyarham.

Gambar Allahyarham bersama rakan dan guru kelasnya.

Det percaya yang polis malaysia ini cukup profasional, det harap pihak polis buatlah siasatan seadil-adilnya pada kes ini, kalau ada bukti aminulrashid itu seorang penjenayah, det minta polis kemukan semua bukti-bukti yang dia pernah terlibat dalam kes jenayah itu, setakat sebilah parang belum boleh dijadikan bukti kukuh yang dia seorang penjenayah, tetapi kalau terbukti polis silap, det minta ketua polis negara atau ketua polis negeri segeralah BERSIHkan nama aminulrashid, berikan hukuman yang setimpal kepada anggota polis yang membuat kesalahan itu tolong jangan cover up, yang salah tetap salah dan yang paling penting polis harus minta maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa.

Comments

mat di said…
``ya.. mungkin dia bersalah kerana memandu kereta tampa lesen memandu dan lari ketakutan bila dikejar oleh dua buah kereta peronda polis, tetapi apakah berbaloi dia dihujani berdas-das tembakan sehingga keempat-empat tayar kereta itu bocor dan kesalahan dia memandu kereta tampa lesen dibayar dengan nyawa?``

Saya nak komen tentang komen saudara seperti di atas.Mungkin dari satu sudut kita rasa polis membabi buta dalam kerja mereka,tetapi adakah kita terfikir juga macam mana polis berkenaan menghadapi situasi sedemikian.Letak diri saudara pada tempat anggota polis yang terlibat.Bayangkan jika anda terjumpa sebuah kenderaan yang mencurigakan.Apatah lagi jika kenderaan berkenaan seolah tergesa2 melarikan diri bila ternampak anda.Apa yang anda fikir?Adakah anggota polis berkenaan boleh menafsir umur seseorang didalam kenderaan tersebut.Apakah yg mereka lakukan dalam kereta itu?Jika anggota polis dapat kesan dan sahihkan siapa didalam kenderaan tersebut saya yakin,kejadian menimpa adik aminulrasyid takkan terjadi.

Bayangkan pula jika kenderaan itu yg dipandu orang lain(bukan Aminulrasyid) dan mereka berniat jahat.Jika ada anggota polis yang tercedera.tertembak mati.Adakah kita semua akan ambil peduli?Adakah akan menjadi liputan meluas? Paling kurang pn akan timbul cerita dua tiga kali di media.Lepas tu senyap sepi.

Jadi biarlah polis buat kerja mereka.Jangan disebabkan emosi kita lupa untuk memberi komen yang adil.Andai polis tersalah penilaian mereka,hukumlah mereka dengan setimpal.Ibubapa yang lain juga belajar dengan kes ini.Tentu anda semua taknak anak anda yang memandu tanpa lesen dan keluar lewat pagi ditembak!!!
Anonymous said…
Ibu arwah kena menerima hakikat yg anaknya memang bersalah kerana melanggar undang2. Cuba bayangkan kalau arwah memandu kereta tanpa lesen dan merempuh kereta anda dan mengakibatkan kematian ahli keluarga anda. Apakah yg akan anda lakukan?...Bersimpati kerana dia baru berumur 14 tahun? Fikirkan.
Nasionalis1982 said…
aku setuju dengan komen MAT DI dan anon di atas..
Anonymous said…
Assalamualaikum....
Al-Fatihah untuk Allahyarham adik Aminulrashid Amzah... semoga beliau ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman...
benarlah janji Allah s.w.t.... apabila tiba ajal seseorang anak Adam, maka tidak terlewat atau tercepat walau sedetik pun... jadi siapalah kita untuk menolak takdir Allah... telah tercatat dari luth mahfuz lagi Allahyarham meninggal cara begitu... apa pun kita berdoalah yang terbaik untuk Allahyarham... kebenaran akan mengatasi kebatilan jua akhirnya...
Anonymous said…
kewajaran bagi seorang pelajar ialah tidak merayau-rayau hingga lewat malam
ibu wajib mengetahui kemana anaknya
bapa tidak membenarkan anak memandu tanpa lesen
Anonymous said…
Salam semua dari saya.
bro semua,biarkan dahulu pihak berwajib menjalankan sisatan.

Polis dan tentera memang dilatih 'sentiasa alert'.Dalam situasi kes ini,manalah polis yang berkenaan tahu yang pemandu kereta itu seorang budak 14 tahun,pandai main bola,bersukan,selalu pergi surau.Ini berlaku pantas 'split second'.Tahap profesionalisma kena tinggi.bukan semua orang boleh buat buat keputusan pantas dan tepat.Kalau benar-benar penjenayah 'hard core' bagaimana?.

Memang kita bersimpati akan kejadian ini terutama kepada keluarga arwah. Al- Fatihah.
Anonymous said…
Ibu dia minta bersihkan nama dia??? apa ni? mcm polis pulak yg salah dlm perkara ni...kalau bersih nama ank dia..maknanya polis dah confirm salah...isk...

dlm perkara ni...dlm kes kematian anak dia ni...mereka dan keluarga mereka yg salah. knpa benarkan dia kuar mlm2..bwk keta xde lesen...lari dari penguatkuasa undang2 adalah salah. dah kena tembak kat kereta masih xberhenti...pastu nak langgar polis...dah kena tembak kat org..jd salah polis pulak...hampehhh
Anonymous said…
salam IMAN pd semua pembaca, takdir adalah hakikat jadi sama2 samalah kita tunggu siasatan yg sebenarnya dan xperlu kita menganalisis dgn pemikiran atau pun kepakaran yg ada pada kita..yg batil tetap batil dan haq tetap haq.. wallahuallam..

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID