Breaking News
Loading...
September 16, 2011

Info Post
Ada yang kata, najib hapuskan isa kerana nak tarik undi rakyat terutama penyokong pembangkang supaya mengundi bn dalam pru akan datang.

Pada aku pendapat tu silap, pembangkang tetap pembangkang, kau buat apa pun depa tetap bangkang, pasal depa ni dah tok-tok, yang najib perlu jaga ialah pengundi atas pagar.

Pengundi atas pagar ni depa tak fikir sangat pasal akta isa tu, pasal depa tahu, kalau kau tak buat salah takan kau nak di tangkap.

Pengundi atas pagar ni yang najib nak kena jaga, bn hampir terlungkup pada pru lepas pun pasal pengundi atas pagar, mereka mengamuk dengan bn pasal isu duit poket mereka makin berkurangan, harga barang makin melambung naik minyak nak berkali-kali ganda di zaman pemerintahan pak lah, ada depa kesah dengan isa? tak de.

Kalau najib boleh jaga harga barangan tak melambung naik, harga petrol stabil, kebajikan rakyat di utamakan, perkara itu yang membuatkan pengundi atas pagar mengundi semula bn, isa bukan isu besar pada mereka.

Yang dok risau dengan isa ni, pembangkang je, depa yang canang kata isa ni zalim, pasal depa yang banyak buat salah.

Korang rasa adakah pengundi atas pagar akan terpikat untuk mengundi bn setelah najib hapuskan isa?

Hapusnya isa bukti kemenangan di pihak pembangkang.

12 comments:

Anonymous said...

Saya berpendapat bahawa UMNO/Bn yakin,setelah mentelaah pada kajian mereka bahawa:
selepas PRU13,kerajaan akan bertukar.
akibat peralihan kuasa dari UMNO/BN, yang akan menjadi pati pembangkang kapada kerajaan ...,
Pati kerajaan ketika itu, akan menguna apa saja undang undang yang ada untuk mengekang dan kongkong musuh politik..
Dengan unjuran senario itu, dalam kajian UMNO/BN, maka lebih baik kita mansuhkan undang undang semacam ISA dll.Kalau UMNO BN menjadi pati pembangkang,
SEkurang2 nya ada mahkamah ,UMNO harap harap begitu.
Ini strateji pre emptive strike...
Yang lain lain itu populist dan nak jaga hati kerabat anak cina muar tu.
Saya tidak sokong keputusan Najib
arjuna waspada
changkat lobak.

Anonymous said...

saya ni pengundi atas pagar tetapi tetap akan emngundi BN d pru13 wpun ISA dihapuskan,buat ape sy nk undi pembangkang sb mereka ni lg x boleh diharapkan untuk memerintah negara ni,asyik2 pk tntng politik sj,langsung x pk tntng kesusahan rakyat,selama memerintah beberapa negeri ni x nmpk perubahan yg di buat utk rakyat,tp nmpk perubahan utk diri mereka sj,semakin kaya pembangkang2 ni.jd lebih baik sy sokong BN wpun sy ni bukan ahli mana2 parti

Mohd said...

Siapakah yg menentang dan takut kpd ISA?
Sudah tentulah mereka yg begitu gemar utk menabur fitnah dan bertindak mengancam keselamatan negara.
Sebenarnya ISA melindungi rakyat jelata dari anasir2 jahat spt ini yg ada dlm negara ini.
Tindakan Najib ini tidak mendahulukan rakyat tetapi memberi ruang yg lebih luas kpd anasir2 jahat yg selalunya berada dlm parti2 pembangkang spt PAS, PKR dan terutamanya DAP.
Rakyat jelata sudah tentu tidak akan berasa selamat bila Najib memansuhkan ISA. Ini akan memberi kesan yg negatif kpd BN di PRU13 nanti.
Inilah akibatnya apabila Najib mendengar nasihat2 sumbang dpd penasihat2 yg ada di sekelilingnya yg sebenarnya adalah gunting dlm lipatan.
Najib sendiri tidak akan kalah di Pekan, Pahang. Sebab dia dlm diam2 telah membawa masuk beribu2 orang Melayu dari Kedah, diberi tanah dan diberi pembangunan infrastruktur di kawasan Nenasi. Mereka ini akan memberi sokongan undi yg kuat utk Najib kekal sbg MP. Tetapi apakah Najib hanya akan jadi Ketua Pembangkang selepas PRU13?
Nampaknya Najib sudah menggali kubur utk BN. Maka betullah Teori R.A.H.M.A.N yg mengatakan Najib akan jadi PM yg terakhir bagi Malaysia.
Bila Pakatan Rakyat sudah berkuasa, Perlembagaan akan dipinda. Malaysia akan dijadikan sebuah Republik dgn sistem raja-raja dihapuskan yg dgn sendirinya akan menghapuskan kuasa politik kaum Melayu. Jadilah The Republic of Malaysia spt The Republic of Singapore. Kaum Melayu yg bodoh dan yg mudah lupa akan mengemis di tanah air sendiri!
Nauzubillah ........

Anonymous said...

jangan cepat membuat kesimpulan..sebenarnya strategi menghapuskan ISA ini adalah untuk menutup mulut pembangkang mengenai isu ini..ini strategi psikologi. tapi kita harus igt, PM dah kata akan ada dua akta baru yang akan digubal. kalau kerajaan dapat check mate kan isu ini, kerajaan bolehlah memberi tumpuan kepada isu ekonomi terutamanya isu 'poket rakyat' pula selepas ini tanpa perlu menjawab dan mempertahankan diri berkenaan isu ISA ini.

Anonymous said...

Aku tidak malu untuk mengaku bahawa adalah salah seorang daripada puluhan atau mungkin ratusan ribu pengundi atas pagar, yang dek kerana marahkan pentadbir kerajaan yang terlalu lemah sebelum ini, aku, keluargaku serta kawan kawan ku telah mengundi pembangkang, tak kiralah siapa calun nya!! Namun apakan kerajaan sedar akan perkara ini?? Dengan memansuhkan ISA, aku percaya pembangkang serta pengikut tegarnyanya tetap tidak akan berpuas hati selagi mereka tidak berjaya menumbangkan kerajaan BN.

Pokoknya siapakah yang akan menentukan undi berpihak kepada kerajaan BN?? Konco pembangkang atau pengundi atas pagar atau yang sering dirujuk sebagai SILENT MAJORITY? Apakah mereka ini yang melaung laung disegenap jalanraya agar ISA dihapuskan? Pernah pihak pemerintah membuat kajian sedalam-dalam di atas senario ini? Diharap Dato Seri Najib serta barisan penasihat yang "bijaksana" fikir fikirkanlah.....

Kami biasanya tidak berkomunikasi dengan PM mennggunakan tweeter, facebook atau penganjuran majlis bersama pemimpin tetapi sentiasa memerhati tindakan kerajaan serta berharap sangat agar Kerajaan jangan terlalu terikut ikut dengan taktik kotor pembangkang.

Seandainya Kerajaan masih lagi tunduk kepada ugutan serta tidak menampakkan ketegasan di dalam menerajui pemerintah bumi Malaysia tercinta ini maka dikhuatiri, para pengundi atas pagar yang telah tidak berminat untuk memangkah dacing sebelum akan mengulangi tindakan yang sama, yang kita sama sama tahu tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan kepada pihak kerajaan..... Wallahua'lam.

-Independent-

Anonymous said...

Untuk teori takut pembangkang akan gunakan balik ISA untuk balas dendam, mulanya nampak betul tapi selepas fikir 2 kali tak juga sebab siapa yang naik pun boleh luluskan ISA2 dalam sekelip mata saja.

Takkan nak pancing undi pun mansuhkan ISA. Mesti ada sebab lain yang munasabah- kena percayalah PM kita.

Semua orang tahu (termasuk PM sendiri) bahawa apa yang kita buat kaum pembangkang pun takkan happy punya - dalam apa apa pun issue pun dema mesti score lebih - ini lah Guerilla warfare. Bagi salah tak bagi pun salah.

Lagipun dah lama tak dengar ISA digunakan oleh polis. Betul juga- buat apa simpan senjata bahaya yang tidak perlu dipakai lagi. Nanti memudaratkan diri

Mungkinkah PM nak kurangkan issue yang boleh dipakai oleh siSALIMBIBU
nanti naik PRU13. Bersih sudahpun di atasi. Sekarang ISA pulak. Ekonomi sekarang pulak dijaga rapi disebalik kerundungan dunia.

Syabas PM !
Moga terus berani untuk tendang mana menteri yang underperform atau yang perform tak menentu. Kena reshuffle sikit peningggalan PM terdahulu.

Anonymous said...

sokong dgn anon 7;31..bezanya aku bkn atas pagar,tetapi bekas pengundi paspispus sudah 4 x p/raya..aku tidak lg dpt menerima cara pas yg byk autanya itu dan tidak lagi dpt menaruh harapan sbg pembela agama dan bangsa di tanah melayu nih..
terdetik di hatiku utk beralih arah kpd umno..malangnya berbagai isu spt isu2 kebajikan n maruah melayu/b.putera(k'jaan nampaknya lbh melayan@takut?kpd bukan bumi),bahasa melayu,agama,raja dll lg..isu spt nemewee contohnya begitu menunjukkan kelemahan k'jaan..dan yg terkini isa..aku taktau lg apa masalah yg timbul slps ini..bangsa asing akan terus membuat berbagai onar dan pas akan terus dgn kebodohannya..masalahnya skrg k'jaan seolah-olah tidak faham bahawa bangsa2 asing ni akan terus mengundi pembangkang w/pun diberi/dilayan apa sekalipun sehingggalah dpt berkuasa..mca,mic,gerakan hanyalah liabiliti dlm bn..mrk hanya menjadi gol penerima shj..mca dan gerakan lbh bahaya dr dap krn mrk gunting dlm lipatan krn mrk berada dlm bn..
dgn keadaan sedemian rupa,seolah-olah umno sengaja tidak mahu menang p.raya..
k'jaan sepatutnya menarik smula keyakinan org melayu spt aku yg jumlahnya sbenarnya sgt ramai dan jgn dilayan bangsa asing yg tak bawa faedah itu..begitu juga dgn kerenah/komplen/putar alam melayu pas yg bodoh itu!!!

Anonymous said...

Lepas ni apa yg dia org nak..jgn mintak mansuh kuasa raja2 melayu dah la...aku pun tak setuju isa d mansuhkan.kita kena ingat si nuar tu pandai main akal..pakar putar..kita nantikan kejutan terbaru si nuar tu..

anti bohmau said...

sepatutnya yg menentang kerajaan krn ISA ni dulu kembali menyokong. kalau tidak jadilah mrk ini MUNAFIK NOMBOR WAHID!!!!

Anonymous said...

Betul komen anda itu,ISA tak beri makna kepada pembangkang.tengoklah sejak merdeka pembangkang, hingga sekarang semakin lantang bersuara dan semakin bertambah jumlah pengundi mereka.dah silap,yang penting keperluan rakyat mesti dijaga.rakyat tak bangkang kalau keperluan mereka itu cukup dan kenaikan barang keperluan harian mereka dijaga.naik harga petrol telah mengundang kenaikan harga barangan lain.bagi sesetengah rakyat yang kaya isu ini tidak memberi apa apa kesan tetapi penduduk yang ramai berkerja sendiri,pekerja kilang, buruh yang ramai berpendapatan rendah, pasti terhimpit hidup mereka.semua perbelanjaan nak IPTA meningkat saban tahun.Isa itu tidak melibatkan rakyat biasa hanya sekelintir rakyat pembangkang berani menelusi undang undang tersebut.pokoknya sekarang kerajaan BN tolong cuba uruskan perihal keperluan rakyat agar mereka boleh hidup dengan sedikit selesa.sudah menjadi trend peniaga di malaysia,bila kakitangan kerajaan dinaik sedikit gaji,esok barang naik.20 sen naik pun barang misalnya tetap membebankan hidup harian rakyat yang berpendapatan rendah.tiap kali naik gaji,naiklah harga barang keperluan.begitu juga isu DSAI digembar gemburkan rakyat tak berapa suka isu pemimpin Islam tersebut ditimbulkan tak henti henti,seolah olah tiada madah lain tentang Anwar.Kalau BN mahu meneruskan agenda politik mereka, haruslah isu mengelirukan ini dihentikan.tak pasal pasal rakyat turut terjebak dengan dosa yang pemimpin mainkan terutama melalui internet dan media lain.Anwar itu manusia biasa juga ada anak, cucu dan isterinya yang cukup tinggi kesabarannnya. apakah nak diperjuangkan dengan menghentamkan keluarga itu sedemikian hina.semakin meletakkan Anwar sebegitu hina, semakin itulah kacau bilau dan perpecahan terjadi.Di samping itu rakyat memang tidak suka cerita hasut menghasut/rekaan keterlalaun berluap dipermainkan kerana ia amat bertentangan dengan naluri orang Islam.saya masih ingat zaman zaman pemerintahan BN sebelum ini, tidaklah seteruk sekarang.Oleh yang demikian semua pihak hendaklah muhasabah diri dan banyaklah beristifar dan tidak mengulangi perkara yang ALLAH bencikan itu.Allah bencikan rasuah sedangkan masalah ini semakin menjadi.kalau masalah rasuah tidak dibendung, inilah jalan kehancuran kepada masyarakat dan negara khususnya.APa yang mustahak sekarang supaya memikirkan ekonomi rakyat dan negara terus berkembang pesat.isu pendatang juga hendaklah diketatkan agar negara kita aman tanpa pengaruh kurang sihat yang dibawa masuk oleh mereka.misalnya baru baru ini betapa rakyat iran telah membawa masuk dadah sedemikian banyaknya ke Malaysia. inilah perkara utama yang pihak berwajib mesti tangani yang boleh merosakkan bumi bertuah ini.anasir jahat itu hendaklah dihalangkankan mencerobohi keamanan di negara ini.

BECA MESIN said...

ISA ITU BAGUS DILAKSNAKAN KERANA MENYELAMATKAN NEGARA DARI KEGANASAN DAN POLITIK KOTOR YG KITA LIHAT SEKARANG TAPI PM ADA CARA NYA SENDIRI MUKING UNDANG UNDANG GANTI ISA LEBEH MENJAMIN KESELAMATAN RAKYAT DAN NEGARA MUKING SELEPAS INI SIAPA SIAPA RAKYAT MALAYSIA CUBA MENGGANGU GUGAT KESEJATERAAN RAKYAT AKAN DIBUANG NEGARA MUKING LEBEH DARI ITU DILUCUT KERAKYATAN NYA APA APA PUN AKU MEMANG SAYANGKAN UMNO DAN BN KERAJAAN YG BERWIBAWA.

BECA MESIN said...

ISA ITU BAGUS DILAKSNAKAN KERANA MENYELAMATKAN NEGARA DARI KEGANASAN DAN POLITIK KOTOR YG KITA LIHAT SEKARANG TAPI PM ADA CARA NYA SENDIRI MUKING UNDANG UNDANG GANTI ISA LEBEH MENJAMIN KESELAMATAN RAKYAT DAN NEGARA MUKING SELEPAS INI SIAPA SIAPA RAKYAT MALAYSIA CUBA MENGGANGU GUGAT KESEJATERAAN RAKYAT AKAN DIBUANG NEGARA MUKING LEBEH DARI ITU DILUCUT KERAKYATAN NYA APA APA PUN AKU MEMANG SAYANGKAN UMNO DAN BN KERAJAAN YG BERWIBAWA.