6P, Projek Ratusan Juta KDN Yang Gagal...
Khabarnya NERS dimiliki bersama oleh menantu seorang menteri paling kanan. nilai projek ialah RM1.2 bilion. jika kerajaan sudah membayar atau akan membayar sejumlah itu kepada syarikat ini, bermakna segala peralatan yang digunakan dalam program 6P adalah hakmilik kerajaan dan KDN/imigresen.
Malangnya, NERS atau pihak tertentu mengambil kesempatan menyewakannya kepada lebih 300 ejen yang dilantik KDN pada kadar RM14,750 bagi setiap set. setiap ejen pula menyewa di antara 5 hingga 10 mesin. ejen yang tidak mampu terpaksa bergolok bergadai untuk membayar deposit yang tinggi ini kepada KDN.
KSU yang pada mulanya tidak terbabit dengan program ini tiba-tiba muncul di saat-saat akhir dan 'merosakkan' segala-galanya. daripada ejen dibenarkan mengutip RM335 daripada setiap PATI, beliau mencurahkan pasir ke dalam periuk nasi mereka akan mengumumkan ianya boleh dibuat secara percuma di pejabat imigresen, MYEG, pejabat pos dan tempat lain. akhirnya, hampir semua ejen mengalami kerugian besar.
Ingat lagi bagaimana kes hisham menerima kiriman peluru? ia bersabit dengan rasa tidak puas hati ejen 6P ini.
KSUlah punca segala-galanya, merosakkan semua rancangan yang sudah disusun dari awal. apa guna KDN melantik ejen terbabit jika akhirnya mereka sendiri menjadi mangsa kepada keputusan berat sebelah KDN, terutamanya KSU?
Ini semua akan menjejaskan kedudukan hisham pada PRU akan datang, malah pada pemilihan Umno hujung tahun ini. NERS adalah parasit yang membunuh ejen 6P yang dilantik KDN.
Sistem ini memang gagal kerana masih ada 2.6 juta warga asing yang belum mendaftar. malah, tidak ada usaha untuk mewajibkan majikan mendaftar agar kita dapat data lengkap mengenai berapa sebenarnya keperluan bagi tenaga asing ini. ia perlu dirombak semula dan satu sistem baru harus diperkenalkan.
tulisan dipetik dari seorang komentar dalam blog GAP...
Soalnya macam mana projek ratusan juta ini boleh gagal? kenapa mula-mula projek ini agen yang handle tapi last minit kdn pulak yang nak buat sendiri? siapa orang dari pihak kdn yang memantau sistem ini? ini semua perlu dijawab oleh kdn, RAKYAT NAK TAHU...
Comments