Aiyoo... Budak Darjah 4 Pun Tau Kira Laa...



Kesilapan pengiraan undi semasa pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas, merupakan pengajaran kepada parti itu yang sebelum ini sering menjaja kelemahan Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata pindaan keputusan berikutan kesilapan itu yang sekaligus mengembalikan wakil Melayu dalam CEC, juga menunjukkan DAP tertekan dalam usaha membuktikan ia sebuah parti pelbagai kaum.

"Memang mereka mengakui kesilapan, manusia tidak lari dari membuat silap, tetapi yang sedihnya apabila berlaku kesilapan pada pihak BN riuh sekampung dijajanya, bukan sehari tetapi berhari-hari.

"Mereka tidak tahu kira walaupun tidak sampai 2,000, budak darjah empat pun tahu kira. Ini Tuhan nak tunjuk," katanya

Semalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC yang diumum 15 Dis, dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20.

Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID