Breaking News
Loading...
March 12, 2013

Info Post


Bilangan penceroboh militan yang terbunuh dalam Operasi Daulat membuktikan mereka sebenarnya tidak kebal, sepertimana yang diperkatakan.

"Ini terbukti apabila pasukan keselamatan menembak mati 54 orang daripada mereka," kata Penolong Ketua Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohammed Yusoff pada Isnin.

Beliau berkata, cerita mengenai kekebalan penceroboh Sulu itu menjadi percakapan ramai apabila tersebar di laman sosial gambar mereka yang terbunuh memakai tangkal dan kain berwarna kuning pada badan. Ramli berkata, penggunaan tangkal itu mungkin untuk meyakinkan pengikut kumpulan berkenaan bahawa tindakan mereka kononnya adalah jihad.

"Hakikatnya hanya ilmu pengetahuan yang mampu memberikan kita kepandaian dalam mempertahankan negara dan bukan ilmu tahyul yang menyempitkan akal kita," katanya. - BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

Telah sesat lagi disesatkan....... Mati dengan sia-sia.........

Anonymous said...

Maha suci Allah penguasa seluru alam, Ia telah bersama kita dengan bala tenteranya. Hanya berbekal keyakinan, latihan yang cukup,ilmu pengetahuan tentang persekitaran, senjata yang baik dengan pakaian yang sesuai dalam peperangan , patuh pada arahan ketua, bekerja dalam satu pasukan, tahu bahawa Negara ini ada roh dan maruahnya sendiri serta tawakkal menjadikan kita tidak di lihat musuh dan setiap musuh tidak dapat melangkah walau selangkah ke hadapan, kebelakang, ke kiri atau ke kanan. Musuh telah jatuh syirik. Sesungguhnya jika kita telah percaya pada satu-satu kepercayaan yang di miliki Allah maka tiada tangkal atau azimat ampuh melainkan pertolongan tuhan. Mereka ketakutan hingga ada yang terkencing.