Penduduk Saujana Utama Sambut Meriah Kedatangan PM Najib...

Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan tinjauan mesra di Saujana Utama Mall dekat sini Sabtu dan kehadiran beliau disambut beribu-ribu orang, kebanyakannya memakai pakaian rasmi Barisan Nasional (BN) dan kemeja T 1Malaysia For Youth (1MFU).

Perdana Menteri berkata beliau amat menghargai kesabaran orang ramai menanti ketibaan beliau ke situ serta terharu dengan sambutan yang diterimanya.

Kegembiraan jelas terpamer pada wajah setiap hadirin dan ramai daripada mereka berebut-rebut untuk bersalaman dan bergambar dengan pemimpin utama negara itu.

Dalam ucapannya, perdana menteri berkata sekiranya terdapat tanah, kerajaan akan membina sebuah sekolah menengah di Saujana Utama.

Kata Najib beliau akan mengkaji kemungkinan melebarkan jalan raya di situ untuk keselesaan penduduk seperti yang mereka mohon.

Apabila Najib bertanya: "Boleh BN menang kali ini?", para hadirin menjawab dengan bergemuruh "Boleh!". sumber: Bernama















Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID