Sebab Utama 30 Pekerja PKNS Dipecat Tanpa Sebab...
Sebelum korang baca artikel ini sampai habis, perlu aku ingatkan korang, cerita ini aku keluarkan berdasarkan dari sumber geng-geng pkr yang memberitahu aku semalam dan ini tidak bermakna aku siarkan cerita ini bermakna aku nak kipas azmin, aku sekadar nak berkongsi cerita apa yang sebenarnya berlaku pada kerajaan pkr selangor...
Antara punca utama 30 kakitangan pkns di pecat semalam ada kaitannya juga dengan kes pemecatan azmin ali sebagai ahli lembaga pengarah pkns hari tu...
Umum tahu, khalid menjadi menteri besar selangor atas ehsan dap, kerana dap sebulat suara menyokong khalid dari pkr menjadi menteri besar kerana tidak mahu jawatan itu terlepas kepada pas, untuk pengetahuan semua, di selangor pkr hanya ada 14 kerusi, dap 15 dan pas 15.
Kalau korang semua perasan, sejak pkr perintah negeri selangor, segala projek perumahan pkns di buat secara usaha sama atau "joint venture", bermakna, pkns sediakan tanah dan pemaju akan keluar modal untuk buat bangunan, keuntugan nanti akan di kira 30% pkns dan pemaju 70%, sebab itu harga rumah di selangor naik mendadak, pasal kalau dulu ia di urus oleh pkns engineering and construction sendiri dan pkns holdings menguruskan jual beli rumah-rumah itu, kini di zaman pemerintahan pkr, semua projek di JV dengan pemaju dan kontraktor luar bukan anak syarikat pkns.
Siapa pemaju dan kontraktor itu? pemaju dan kontraktor yang mendapat keuntungan dari pkns terdiri dari kontraktor dan pemaju cina kroni dap, azmin masuk kedalam pkns dan dia mengetahui hal ini, dia melihat tanah pkns terus tergadai, pkns tak ada untung, harga rumah melambung naik dan orang melayu tak mampu beli rumah yang di bina atas tanah pkns, jadi azmin menggunakan beberapa orang dalam pkns holdings untuk menekan dan menyingkirkan pemaju dan kontraktor cina kroni dap ini dari menjalankan projek di atas tanah milik pkns.
Perkara ini telah mendapat perhatian dap, lalu dengan kuasa yang ada di tangan dap, mereka menekan khalid supaya memecat azmin dari ahli lembaga pengarah pkns, dap melihat azmin sebagai batu penghalang kepada mereka untuk meraih kekayaan berlipat kali ganda di atas tanah free milik pkns yang pada asal penubuhan pkns ini adalah untuk membantu menaikan taraf kehidupan orang melayu di bandar.
Contoh terbaik tanah milik pkns yang kini telah di usahakan oleh pemaju dan kontraktor cina ialah detum jelatik, asal-asalnya tanah dan projek itu adalah untuk perumah mampu milik untuk orang melayu yang tinggal di sekitar kawasan ampang dan kampung datuk keramat, tapi kini projek itu telah bertukar menjadi perumahan dan komersil super mewah bernilai jutaan ringgit yang tak mungkin orang melayu di kawasan sekitar itu mampu beli.
Lagi satu contoh ialah, projek perumahan di seksyen 18 shah alam, apa logiknya kawasan yang 80% peratus melayu di kelilingi rumah teres kos sederhana yang di bina oleh pkns sekitar tahun 1985 tiba-tiba di bina 60 unit apartment 13 tingkat dengan harga 400 ribu lebih setiap satu unit.
Jadi apa kaitannya dengan pemecatan 30 orang staff pkns holdings?
Menurut sumber, pemecatan 30 orang staff pkns holdings itu adalah salah satu "ethnic cleansing" orang-orang yang membantu azmin ali dalam menekan dan menyingkirkan pemaju dan kontraktor cina kroni dap dari menjarah tanah-tanah milik pkns, itu sebab sehingga ke pagi ini, pkns tak mampu beri sebab-musabab kenapa mereka di pecat, takan pihak pengurusan tertinggi pkns nak kata " ini arahan dap" nak mampos... so pecat sahaja, buat bodoh jangan jawab apa-apa dengan harapan seminggu dua lagi perkara ini akan senyap, kerana "melayu mudah lupa"...
Comments
janji melayu terjamin...
http://en.wikipedia.org/wiki/Ethnic_cleansing
Mcm mana pemecatan 30 org ni dicategorikan sebagai "ethnic cleansing"?
Tapi bagi aku senang je, mereka2 yang kene pecat tu atau yang kene ditamatkan kontrak tu dulu pun penyokong kuat Pakatan Rakyat kat Selangor tu, jadi apa la salahnya terima je buah tangan dari pemimpin kesayangan mereka tu sendiri....
Atau dalam bahasa berlapik aku pulak bunyinya begini..PADAN MUKA KORANG...
Ye tak 9:12pm?