Breaking News
Loading...
December 2, 2014

Info Post
GAMBAR HIASAN

Polis sedang menyiasat acara makan malam yang diadakan pada Sabtu lalu dikatakan telah diadakan untuk mengembangkan semula ideologi komunis di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata, mereka setakat ini telah menerima 24 laporan daripada pelbagai pihak, terhadap acara tersebut.

“Kami sedang mencari penganjur acara itu.

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, kerana berniat untuk menyakiti, atau yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang ramai.

“Polis menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” kata Thaiveegan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang hari ini.

Semalam media melaporkan di sebalik kebimbangan orang ramai ada usaha mengembangkan semula ideologi komunis di negara ini, laporan polis yang dibuatoleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penafian jawatankuasa
Dewan Orang Ramai Chai Leng Park, di Perai bahawa ada tempahan untuk menggunakan pada malam 29 Nov, majlis itu tetap berlangsung.

Dianjurkan oleh persatuan Setiakawan Malaysia Abad ke-21 dan dihadiri kira-kira 900 orang, apa yang terhasil adalah satu kenyataan menggesa Putrajaya membenarkan abu mendiang ketua PKM itu dibawa pulang ke tanah air, sempena menyambut ulangtahun ke-25 tamatnya pemberontakan komunis.

Bagaimanapun dalam satu sidang media di Ayer Keroh Melaka, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerajaan sama sekali tidak akan membenarkan abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaysia (KPM), Chin Peng dibawa balik ke negara ini. sumber

7 comments:

Anonymous said...

Buang je abu kat Sungai Golok atau dalam hutan Thailand.

Anonymous said...

Cucu cicit saki baki kominih dah semakin tunjuk taring...almaklumlah isa dah tak de...

Anonymous said...

Salah siapa yang hapuskan ISA?

Anonymous said...

Aku dah tak PERCAYA - apahalnya hanya bawah kanun Keseksaan; letakkan juga bawah Akta Hasutan kerana ini MENGHASUT kpd. PEMBERONTAKAN kaum PENGGANAS KOMUNIS Cina! Ini memang MENGANCAM keselamatan negara serta rakyatnya serta MENGHINA PENGORBANAN dan PENDERITAAN BUMIPUTERA yg. TERKORBAN dlm. GENOSID - oleh puak PENGGANAS Komunis Cina ni, yg. mana MAJORITI mangsa adalah BUMIPUTERA Islam/Melayu MISKIN dari kpg., termasuk para PERAJURIT kita serta ALIM-ULAMA/TOK PENGHULU kita!

Dan j8ga, sebelum dianjurkan acara awam memuja PENDATANG KAPIRDAJAL PENGGANAS KOMUNIS CINA ni - juga kenapa PDRM tak ambil tindakan?! Itu yg. mengherankan tu! Dan NGOSIAL, Setiakawan Malaysia Abad ke-21 tu, mungkin HARAM mcm. PPS tak?! Baik KDN ambil alih siasatan dan juga siasat PENAJA NGO ini!

Aku tengok MO biasa si PENGGANAS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM serta TUAN Barat-Zionisnya, letakkan PENYAMAQ-PENYAMAQ Islam-pakai-tudung atau pakai kopiah/songkok!

Patutnya KDN juga MENYIASAT yg. pakai tudung dlm. gambaq kat majlis BINATANG-BUAS tu - siasat IC mereka; betulkah mereka ni Islam: kerana kalau mereka ni asyik MENYAMAQ sbg. Islam, maka MO ini boleh MENGANCAM Keselamatan ISLAM/umatnya; cepat laksanakan Akta Hasutan yg. terbaru!

Bahkan MO DAJAL serta RASIS ini juga disyaki menggunakan si Bukan Islam-muka-Melayu dari Filipina/Indonesia/Thailand - berapa agaknya dibayaq. Jadi ini juga boleh diSIASAT oleh SPRM! SPRM kat P. Pinang tu - siapa ketuanya; JANGANlah mcm. BUTA dan TULI! Dahlah kes elaun PPS HARAM dan penjualan Tanah Negeri/Tanah Rizab kat P. Pinang (termasuk kat Temasik yg. juga dikuasai rejim S'pura yang menjadi pusat MOSSAD/CIA/NATO terbesar di Asia Tenggara; yg. mahu memisahkan Sabah/Sarawak yg. amat kaya minyak-gas, dari Malaysia in) - tak dak lansung SIASATAN mahupun kalau siasat; lepas tu HILANG berita; GERAM betul aku!

Nenek TUA Sambal Petai.

Anonymous said...

makcik sambal belacan udah jadi nenek tua pulak....Sudaa tukarr kaa???

Anonymous said...

Aku rase pelik sikit bab polis ni.Kenape tak halang sebelum majlis tu berlangsung? Nak tunggu dah jadi baru nak bertindak? Kalau gitu orang kampung pun boleh buat.

By:Pak Mat Kampung Hulu

Anonymous said...

Ya lah...
Dah dapat cucu agaknya.
Tapi berapi tetap sama.