Hanya Yang Terbaik Dari Ismail Sabri...


Aku yakin, kalau mangsa banjir terbaca kenyataan dari menteri pertanian datuk ismail sabri, sudah tentu mereka akan bersyukur dan berterima kasih, ismail sabri mengumumkan beberapa peruntukan dan bantuan kepada mangsa banjir malah tak keterlaluan kalau aku kata, peniaga kecil dan petani juga akan berterima kasih kepada beliau dan kementerian pertanian, antaranya bantuannya ialah,

1. Sebanyak 3 juta telah dibelanjakan pada awal oleh MOA. Kementerian Pertanian sangat komited bantu walaupun kita patut berada di belakang

2. Penyusunan semula bajet oleh PM. Setakat ni projek rakyat tetap diteruskan, cuma mungkin operasi pengurusan daripada Kementerian dikurangkan.

3. Tambahan 100 juta untuk Tekun & 10k untuk mangsa banjir pulihkan semula perniagaan mereka. Tangguh pinjaman oleh Agrobank dan Tekun. Untuk Tekun kita beri dengan segera, tidak ada lagi borang n karenah birokrasi. Tekun juga akan menjadualkan semula pinjaman utk meringankan beban mangsa. Agrobank pula peruntukkan 50 juta untuk pinjaman kpd mangsa banjir tanpa cagaran dan penjamin.

4. Kita ada formula untuk bayar kepada mangsa banjir. Contohnya lembu rm700 seekor untuk maksimum 10 ekor.

5. Berapa kali saya dah jelaskan, mangsa tak perlu lapor polis untuk dapatkan bantuan. Cukup dengan lapor kepada Jabatan Pertanian terdekat

6. Ketegasan MOA. KADA tak perlu tunggu duit dari Kementerian Kewangan. Guna duit sendiri dulu. Sebab itu saya turun sendiri ke Kelantan. Tengok keadaan sangat teruk kpd penduduk. Kalau kita tak buat, akan memudaratkan penduduk Kelantan.

7. Ada pertindihan kerja. Contoh pengurusan Sungai. Sungai bukan di bawah MOA tapi klu kita asyik tolak-tolak kerja, rakyat yang rugi. MOA ambil tanggungjawab ini untuk baiki sungai di Morak, Kota Baru, Kelantan.

8. Bagi kenaikan harga barang pertanian, pemborong ambil kesempatan. Kelantan, Terengganu bukan pengeluar sayur.

9. Sebab tu kita buka pasar TANI khas yang harganya sehingga 60% lebih murah. Di Kelantan sahaja kita buka 11 pasar TANI khas. Kita buka di kawasan yang mengalami banjir.

10. Larangan eksport sayuran, buah-buahan dan ikan untuk menjamin bekalan mencukupi

11. Kita perlu sama-sama berkerja antara Kerajaan, GLC dan swasta dlm bidang agromakanan. Sy tidak nampak lagi keagresifan GLC yang terlibat dalam agromakanan utk sama-sama bantu gerak kerja membantu mngsa banjir.

12. Untuk bantu mangsa banjir, kita kerah sukarelawan bersih rumah. Kita beri peralatan. Kita juga turun dptkan maklumbalas. Ada kawasan perlu makanan. Ada kawasan perlu barang selimut, dapur. Semua tu kita semak dan selaraskan.

13. Sebanyak 500,000 untuk banjir di Sarawak. Tidak ada diskriminasi, kita juga bantu rakyat Sarawak.

14. Bekalan makanan tidak ada masalah buat masa sekarang.




Comments

Anonymous said…
Terima kasih DS Ismail. memang terbaik.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID