Bagai Mana Bapak Bergitulah Anak, Cakap Berbelit-Belit...

PAS mendakwa tindakan sekutunya DAP menolak sekeras-kerasnya pelaksanaan hukum hudud di Kelantan ibarat telah jatuh ke dalam perangkap Barisan Nasional (BN).

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata alasan DAP yang mempertahankan sekularisme negara sebenarnya adalah usaha memperteguhkan kembali ideologi sekular BN yang semakin lemah.

"DAP telah masuk ke dalam perangkap Umno BN kerana bertegas menolak hak demokratik rakyat Kelantan.

"Apa yang mereka lakukan adalah untuk memperteguhkan kembali binaan ideologi sekular BN," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata PAS akan terus berjuang menegakkan ajaran Islam walaupun bertentangan di antara sekularisme negara dan Islam sebagai agama rasmi akan berterusan.

"PAS akan terus berjuang mengembalikan umat Islam kepada kefahaman asal dan benar bahawa Islam adalah satu agama dalam erti kata yang sebenar iaitu satu sistem kehidupan.

"Maka Islam sebagai agama rasmi mestilah difahami dari agama itu sendiri, bukan dari kaca mata penjajah barat yang memahaminya secara salah," katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac lalu meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini.

Kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan.

Sejarah tercatat apabila kesemua 12 anggota dewan daripada Barisan Nasional (BN) menyokong rang undang-undang itu yang dibentangkan kerajaan negeri pimpinan PAS melalui Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Kesemua 31 anggota dewan daripada PAS dan seorang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR-Guchil) Mohamad Roslan Puteh, menyokong rang undang-undang berkenaan.

Komen aku:Bongok seribu kali bongok, yang sokong hudud di dun kelantan tu bukan adun BN ker? 

Comments

Anonymous said…
nik abduh ni bukan ke dia sokong PASMA.
Anonymous said…
Aku kalau hukum hudud Islam aku sokong 100% tapi kalau hudud PAS aku tak sokong sebab kalau kes curi orang Islam akan mengalami kecacatan kekal manakala bukan islam, sempurna tangannya. Ini tidak adil. Bila tidak adil ini menjadikan hukum itu kejam. Dan bila tidak adil bukanlah ISLAM namanya.
Anonymous said…
Sokongan hudud 100% drpd umno kepada mereka sudah checkmate pas sebenarnya....mereka pun tahu tidak berkemampuan melaksanakan hukum berkenaan....masakan tidak,masalah air bersih pun sehingga hari ini tidak selesai sehingga kerajaan pusat masuk campur inikan pula hukum syariah!!!!aku sokong cara umno ikut sahaja kata mereka mengenai hudud....tengok game mereka mcm mana!!!!
Anonymous said…
SALAM BRO,SEDIKIT MASA DULU AKU AGAK PERCAYA DENGAN NIK ABDUH NI.TAPI BILA KENYATAAN INI YANG KELUAR DARI MULUTNYA,AKU MULA BIMBANG SEBAB PAS DAH MULA NAK MEMBELA DAP DAN MELETAKKAN KESALAHAN ITU KEPADA UMNO.KITA JANGAN TERKEJUT AKHIRNYA PAS AKAN SEMBAH DAP DAN `INI SEMUA SALAH UMNO`
Anonymous said…
PAS guna hudud untuk raih undi.. sekarang ni dah terperangkap dgn tindakan sendiri. Menyalahkan org lain memang dah jadi mainan mereka.. anak nik ajis ni pun tak terkecuali.. bodoh tak berilmu!
Anonymous said…
Bekas kominis melayu..KMM
Anonymous said…
tak payah kusut2 fikir pasal PAS ni..dah tahu dah mind game dia org..semua bodoh2 belaka..lebih2 lagi geng ulamak..sbb tu pasma bengang..tapi kalau pasma yg rasa dia cerdik pun tak dpt tarbiah geng ulamak,maknanya pasma pun bodoh gak..elok la dua2 bodoh..ko jgn kusut2 fikir..ko tengok je dia org terlungkup..tunggu je la bila sultan dari kelantan ni naik jadi agong..dia bagi satu titah je..bertempiran pas lari ke umno utk jadi kerajaan perpaduan..mcm dia tempik suruh nik aziz lepaskan jawatan mb dulu..kalau tidak mana nak lepas jawatan tu..
Anonymous said…
Kuah tumpah ke tahi, baru masuk dlm pinggan mp pasir mas. Cakap macam haram. Mp bongok ni lupa siapa yg sokong hudud masa dibawa dlm sidang dun. Bnyk makan najis, sbb tu mudah lupa. Kalau tak menghina umno, bukan keturunan nik aziz la tu.
Anonymous said…
Ingatkan bila ada pergolakan dalaman dalam pas, maka golongan condong agama dalam pas mula muhasabah dan insaf apa yang telah mereka dan orang sebelum mereka buat. Namun rupanya sifat sombong, bongkak, ujub, besar diri, riak dan pendendam kekal bersarang dalam diri mereka. Sayang, rupanya ujian Allah belum cukup menyedarkan mereka. Tunggu sahajalah ujian berikutnya.
Anonymous said…
Bongok tahap gaban..... buat malu kat janggut... ikut sunnnah tapi fitnah orang.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID