Breaking News
Loading...
May 20, 2015

Info Post
Pada awalnya ia berkaitan perabot lama, sekarang kerana kekurangan kelengkapan tandas didakwa sebagai antara faktor Tan Sri Pandikar Amin Mulia ingin meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad berkata perkara itu mungkin menjadi antara faktor yang mendorong kepada niat Pandikar untuk berundur.

"Itu mungkin perkara terakhir. Bagaimana anda tidak memberi penghormatan (kepadanya)?," kata Shahrir ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen di sini, Selasa.

Bagaimanapun, Shahrir berkata rungutan Pandikar telahpun diketahui dan sebuah tandas dibina di pejabat baharunya.

Pada awal tahun ini, pejabat Pandikar dipindahkan ke tingkat dua bangunan Parlimen sementara kerana bangunan utama sedang menjalani pengubahsuaian. MSTAR ONLINE

2 comments:

Anonymous said...

Alasan macam tahi!!!!.....Cuba bagi alasan yang kelas sikit!!!!....contohnya bertumbuk dengan azeez tabung haji sebab berebut portrait gambar rosmah baru rakyat gumbila!!!!ceit

Anonymous said...

Kes khalid gereja ngintai bini lim guan eng lg bagus... pandikar bengang sb mahkamah buang kes....