Breaking News
Loading...
July 3, 2015

Info Post

Adik Dalili memerlukan RM300 ribu untuk buat pembedahan hati di negara china...

Ibu bapa adik ini bukan orang senang, kalau mak bapak dia orang senang, sudah tentu dia tak merayu bantuan dari orang ramai...

Semalam di beritakan, adik ini telah muntah darah affect dari penyakitnya itu...

RM 300 ribu tu bukan sikit jumlahnya, tak tau la bila tahun boleh dapat kumpul jumlah sebanyak itu...

Adakah adik ini mampu bertahan sementara duit itu berjaya di kumpul???

Pada pandangan aku, sepatutnya pusat zakat boleh terus memberikan bantuan...

Tak perlu isi borang atau apa segala mak nenek, hantar dulu adik dalili buat pembedahan, pastikan budak itu dapat rawatan sewajarnya, baru cerita pasal isi borang atau apa pun...

Kalau tak silap aku adik nie tergolong dalam Asnaf Gharimin, jadi tak salah untuk pusat zakat mengeluarkan RM 300ribu dari RM 582.1 juta yang di kutip pada tahun 2014, itu tahun 2014, tahun 2013, 2012 takan semuanya dah habis di pakai? ... rujuk sini

Apa pun aku berharap sangat la, pusat zakat dapat membantu adik ini, berilah dia peluang untuk mendapat rawatan terbaik...


1 comments:

Anonymous said...

Mana pergi duit zakat...aku tak pernah tgk audit report zakat. kutipan banyak tp org islam ramai yang susah.menteri yg berkaitan mintak tgk2 sikit jgn nanti kena siasat mcm Mara, Felda 1Mdb pulak....bye SELAMAT HARI RAYA