Breaking News
Loading...
August 5, 2015

Info Post

Money all over the road at Bukit Timah Expressway (BKE) towards Tuas on 3 August 2015, evening. Malaysian Ringgits can be seen flying all over the place. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.20 petang berdekatan persimpangan Seletar Expressway (SLE) dan BKE.

Klip video yang dimuat naik hari ini menunjukkan separuh daripada laluan lebuh raya itu dipenuhi wang kertas RM50.

Klip video yang dirakam dari sebuah kereta itu juga menunjukkan beberapa penunggang motosikal dan kereta berhenti di tepi lebuh raya untuk memungut wang kertas berkenaan, tanpa menghiraukan keselamatan mereka.

Kenderaan yang bergerak di kiri lebuh raya itu pula terpaksa diperlahankan bagi mengelak kemalangan.

Seorang Pembantu Tadbir yang hanya dikenali sebagai Annie memberitahu, dia ketika itu berada di dalam bas dua tingkat apabila melihat banyak wang kertas melayang di udara.

Katanya, sesetengah penumpang meminta pemandu supaya memberhentikan bas kerana mereka juga mahu mengutip wang berkenaan.

“Sekurang-kurangnya terdapat RM10,000 wang kertas yang bertaburan itu,” katanya.

Bagaimanapun, tidak pasti bagaimana wang kertas berkenaan boleh bertaburan di lebuh raya itu.

Sumber: IsmaWeb

5 comments:

Anonymous said...

hantu mana ni gi campak RM di singapore??

Anonymous said...

yalar..mb duit RM dah xde nilai..geram..buang larrr...atau duit 2.6b tu kot

Anonymous said...

Xder nilai? Yg manusia bersusah payah pi kutip smpai x ambik kira keselamatan diri sendiri tu pasai apa? Jgn angkuh bro! Buruk2 duit RM duit tue la jgk yg aku beli pampers susu anak aku. Kalau ko rasa duit RM tue dah xder nilai pi la pakai duit rupiah indonesia. Bukan seringgit dua, berjuta rupiah kp buleh pakai.

Anonymous said...

Ringgit dah tak de nilai, kalau kau ada stok yg byk, buang dlm pagar rumah aku tak pe, yg dlm bank tu kau pegi ambik semua sbb dah tak bernilai, lps tu buang dpn rumah aku, aku belanja kau sehari suntuk.

Anonymous said...

wang derma yamg diterbangkan