Breaking News
Loading...
September 4, 2015

Info Post
Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Mohamed Aziz menasihati Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO supaya tidak menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada jawatan mereka.

Kata beliau, tindakan memecat atau menggantung dua tokoh itu disifatkan sebagai langkah tidak bijak.

"Tentunya keputusan tersebut akan menimbulkan perpecahan dikalangan ahli parti, seterusnya melemahkan parti," kata Mohamed Aziz yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Tambahnya, keadaan sekarang sudah mewujudkan suasana tidak selesa di peringkat akar umbi parti

"Tindakan menggugurkan Muhyiddin dan Shafie daripada kabinet sudah mewujudkan suasana tidak selesa dan meruntuhkan semangat ahli parti," ujar beliau.

Video Sidang Media Klik SINI

2 comments:

Anonymous said...

langkah terbaik buat najib dan rosmah ialah pecat muhdin dan sapiee. baru boleh tenang sikit. sebab kedudukan PM ditentukan oleh MT umno shj, bukan rakyat....

Anonymous said...

Langkah yang terbijak ialah najib undur diri dari jawatan PM.