Angkatan Tentera Malaysia Di Kedudukan 38 Tentera Terkuat Di Dunia...


Angkatan tentera malaysia berada di kedudukan 38 tentera terkuat di dunia meninggalkan singapura...

Negara asean lain yang berada kedudukan lebih tinggi di dunia adalah, indonesia (19) vietnam (23) thailand (24) philipina (37)...

Tak pasti bagai mana laman web Global Fire Power, boleh meletakan ATM di kedudukan 38...

Aku tak ada data pasal tentera vietnam, so aku tak boleh nak tulis...

Kalau aset pertahanan di ambil kira oleh website itu, singapura sepatutnya berada di kedudukan tangga ke 15, kerana kelengkapan persenjataan dan aset pertahanan singapura tiada tolok bandingnya di rantau asean ini...

Bajet pertahanan singapura sahaja 13 bilion, menyamai jumlah peruntukan BR1M tahun 2015...

Dari segi taktikal dan operasi, tidak logik untuk negara filipina berada di atas negara kita, kerana pada awal tahun ini, seramai 44 orang komando elit negara itu terbunuh dalam satu petempuran dengan puak milf di pulau mindanao...klik sini

Takan lah dengan menggunakan kapal karat dan reput dijadikan sea basing berbanding kita yang menggunakan pelantar minyak boleh laras di jadikan sea basing, ranking filipina lebih tinggi dari kita...


Malah kecekapan tentera indonesia yang di beritakan menembak mati 4 orang lanun somalia pada tahun 2011 juga boleh di pertikaikan kerana tidak ada satu mayat pun lanun somalia itu di temui di atas kapal mv sinar kudus, kononnya menurut tni, kesemua mayat itu kemungkinan jatuh ke laut... klik sini...

Lain hal pula dengan operasi PASKAL yang berjaya menumpaskan 7 lanun somalia yang merampas kapal MT Bunga Laurel, walau pun 3 dari 7 lanun itu hanya cedera, tetapi wajah lanun-lanun yang merampas kapal itu berjaya di rakam oleh pihak media antarabangsa, malah tv indonesia juga memuatkan berita kejayaan paskal itu dalam slot berita mereka...klik sini.

Malah tentera thailand juga mengalami kesukaran untuk membebaskan kapal milik mereka yang di tahan oleh lanun somalia, pihak berkuasa thailand terpaksa mengambil masa selama setahun untuk membebaskan anak kapal dan membelanjakan USD 4.77 juta untuk wang tebusan... klik sini

Tetapi PASKAL dan negara malaysia tidak mengeluarkan sesen pun wang tebusan dan kesemua anak kapal dan lanun dalam keadaan selamat, siapa lagi hebat...???

Mungkin kedudukan tentera kita jauh kebelakang dari negera-negara di atas adalah kerana pemilikan aset, baru-baru ini, indonesia mengumumkan untuk membeli sejumlah jet pejuang sukhoi-35 untuk membentuk satu skuadron tentera udara mereka (satu skuadron lebih kurang ada 12-24 jet pejuang) dan dalam beberapa laman web indonesia juga ada menyatakan pihak tni ada membeli beberapa lagi aset-aset baru...

Kalau aset lah yang menjadi kayu pengukur, maka silap kita juga me-pencenkan pesawat MiG-29MKM sebelum dapat pengganti yang baru, malah sehingga kini, tidak nampak lagi bayang-bayang pesawat MRCA yang mana sebagai pengganti MiG-29 MKM itu...

Bagai mana pula dengan singapura, bajet pertahanan mereka sahaja sama seperti bajit BR1M 2015, aset mereka tip-top di rantau ini? pada aku mudah, singapura masih belum terbukti kehebatan ketenteraan mereka, mereka tidak pernah pergi operasi seperti yang di lakukan oleh PASKAL, GGK dan lain-lain formasi angkatan tentera malaysia, bak kata seorang pesara GGK mengenai tentera singapura "THEY ARE NOT IN THE LEAGUE"

Mungkin laman web Global Fire Power terpengaruh dengan beberapa kenyataan media yang keluar dari mulut pemimpin pembangkang negara kita yang kerap kali memperlekehkan keupayaan angkatan tentera kita, jadi terus mereka cop ATM langsung tidak mempunyai keupayaan... 

Comments

zari said…
Jumlah askar
Tentera Thailand mampu ambil alih kerajaan sementara.

Tentera filipina sentiasa berperang dengan pemberontak di mindanao

Tentera Indonesia sering memasuki perairan kita tanpa sergahan tentera malaysia

Tentera kita tahu ada objek menghampiri MH370 tetapi hanya sekadar melihat di rada

Tentera Malaysia mengambil masa begitu lama untuk tangani isu pencerobohan tentera amatur di lahad datu

Menteri Pertahanan Malaysia? No komen...
Anonymous said…
It better regards as underdog.
In battle fields should not and must not levels.
Anonymous said…
tentera filipina sentiasa berperang, tapi tak pernah menang, 44 komando kena kitai buta2 je.
Anonymous said…
Ok kluangman u je jdi pegawai pertahanan msia
Lepas tu tgk u di barisan dpan atau blakang atau jdi pengarah stratejik tanpa turun pdg.
Anonymous said…
Ok kluangman u je jdi pegawai pertahanan msia
Lepas tu tgk u di barisan dpan atau blakang atau jdi pengarah stratejik tanpa turun pdg.
KZSO said…
Antara sebabnya ialah menteri pertahanan Malaysia jenis kerismuddinpondan... hulur keris tapi bila kena jergah terkial kial masukkan balik dengan secepat mungkin..
Anonymous said…
Tentera amatur??bro,kalau xtau cite jgn pndai2 komen.perang dengan pengganas suluk tu ibarat perang dengan zombi.kalau bagi askar amerika pun diorang pun surrender.
Anonymous said…
Kluangman klw dihantar berdepan pangganas sulu tu..kompom terkencing dlm seluar...cpk je pandai...
Anonymous said…
Sejarah kita hanya pada zaman melaka..jer yg terkuat. Lepas tu semua jadi Pak Turut jer termasuk dijajah Umno sekrg ni..
Lepas Melaka...
Portugis
Belanda
Inggeris
Siam (belah utara)
Jepun
Inggeris
Merdeka...sebab Inggeris tak larat nak layan Komunis dan bagi kat tali barut dia, Umno sehingga kini.

Mujur Singapura dan Brunei keluar......automatik jadi antara negara terkaya di dunia. Nilai duit 3 kali ganda dari Ringgit. Kerja kilang pun mampu beli rumah dan kereta...kat Malaysia kerja kilang dah tak boleh sebab Indo dan Bangla jer sapu...maka jadilah penjilat selamanya..huhu
Anonymous said…
number berapa tak penting, yang penting teruskan usaha menambah apa yang kurang, yang tak canggih di canggihkan, yang huruk dibarukan, selamat sejagtera kepada anggota tentera yang berusaha siang dan malam menjaga keselamatan negara malaysia.
Anonymous said…
Biasalah Komunis RBA mana mahu mengaku hebatnya ATM kerana lebih dari 90% adalah bangsa Melayu. Jika 90% geng mata sepet silap tak silap dia punya gah kena BOM pun tak mati.

Ilmu KEBAL TAIK KLUANG.
Anonymous said…
inilah hasil pemerintahan umno......dan beli kapal selam yang tak boleh selam....tkan ni pun nak heran....
Anonymous said…
BUSUKNYA BAU RAKYAT MALAYSIA YANG HINA TENTERA SENDIRI. APA NAK HERAN PENJILAT TEGAR DAPIGS SEMUANYA
Anonymous said…
Siapa buat senarai tuh? Boleh caya ke? Ngapa North Korea ada nuclear bombs tapi renfah di bawah?
Algojo said…
Tentera Malaysia tak lari di Somalia walaupun dikepung ratusan militia utk selamatkan delta force US xmcm tentera Indon lari naik taksi di Lebanon hahaha
Anonymous said…
Kluang man setakat sembang boleh la. Puak2 bacul pembangkang kalau time perang confirm semua lari keluar dari Malaysia. Tak payah nk sembang panjang la.
Anonymous said…
Btul tu
Unknown said…
mujahidin al qassam baru layak digelar tentera islam ,,, ikut syariat ,,, ikut sunnah ,,, x mkn yg haram ,,, x berpecah belah sesama saudara seiman ,,,

Anonymous said…
Jangan lihat rangking tentera sbb itu subjektif, dalam perang apa pun boleh berlaku. Tapi biarlah diletakkan pada kedudukan ke100 pun apa peduli, sebab sebaiknya kita rahsiakan kekuatan dan aset yang ada dan tingkatkan secara rahsia. Kalau semua nak tunjuk, beli jet, bina senjata, bina kapal dan mcm2 yang canggih maka lebih mudahlah musuh cari kelemahan yang kita ada. Sbb tu aku percaya Angkatan tentera kita lebih banyak berahsia, dan biar je orang lain tunjuk apa yang mereka ada. Jangan terikut2kan negara lain. Kalau korea utara tunjuk senjata mereka, tapi sebenarnya mereka dah buka ruang utk negara lain cari kelemahan mereka. Tapi yang penting kita tidak perlu berperang, kalau berperang yang ada senjata hanya tentera, tapi rakyat biasa pasti ramai tiada senjata dan ramai yang akan terkerban, jadi tidak ada apa yang membanggakan. Senjata yang lebih baik adalah bertolak ansur, hormat menghormati supaya tidak ada yang menjadi mangsa peperangan.
Unknown said…
Askar malaysia Kenya tembak dithailand tu mcm mana
Unknown said…
Ye betul tu
Unknown said…
Tentera thailand lawan orang melayu pattani agama islam

Tentera filipina komando tak boleh pakai

Tentera indonesia masuk ke kawasan malaysia training so tak boleh halang

Tentera malaysia lagi hebat sebenarny paskal kalahkan lanun 2j lepas bot ditawan...GGK dkg tan duo xsampai 3week...paskau bantuan kpd anggota yg meminggal kejap je smpai ape yg xkuadny malaysia ni...ATM gagah perkasa

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID