Breaking News
Loading...
October 26, 2015

Info Post

Azmin Ali berkata tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebab senario politik di kedua-dua negeri berbeza.
    
Timbalan Presiden PKR itu berkata mesyuarat majlis tertinggi PKR dua minggu lepas telahpun meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan semua parti pembangkang termasuk di Sabah dan Sarawak.
    
"Tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti di Pulau  Pinang sebab senario politik berbeza.  
    
"Kita telahpun meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan Pas, Parti Sosialis Malaysia dan semua parti pembangkang di Sabah dan  Sarawak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.
    
 Mohamed Azmin diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Ummah  Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi yang meminta kerajaan negeri Selangor membentuk Pakatan Harapan dengan segera di negeri itu.
    
Phahrolrazi dilapor berkata penubuhan Pakatan Harapan, membabitkan Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP di Selangor, merupakan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14.
    
Menurutnya, penubuhan Pakatan Harapan itu tidak akan menggugat kedudukan kerajaan negeri Selangor kerana majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri dikuasai PKR dan DAP. - Bernama

Kalau betul la jadi "langkah rawang" tu jadi,  bermakna azmin ali akan mencatat sejarah sebagai manusia pertama di selangor yang paling singkat memegang jawatan menteri besar...

1 comments:

KZSO said...

Bila langkah rawang berlaku, sekali lagi rafizi buat blunder dan jijah melopong lagi! Azmin yakin langkah rawang akan jadi langkah kajang 2