Khalid Jangan Campur Urusan PKR - Azmin Ali...

Azmin Ali meminta bekas MB Selangor Khalid Ibrahim tidak masuk campur urusan PKR kerana beliau bukan lagi ahli parti itu.

Beliau turut mengingatkan Abdul Khalid bahawa PKR tahu untuk menguruskan parti, memandangkan kedudukan parti itu sangat kukuh dan stabil di bawah pimpinan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Khalid bukan lagi ahli parti jadi jauhkan diri daripada PKR, kami tahu untuk uruskannya.

“Beliau itu orang luar dan seperti saya katakan PKR ketika ini sangat kukuh dan kami bersatu,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini, hari ini.

Timbalan Presiden PKR itu menafikan wujudnya gerakan penubuhan parti baharu sebagai kuasa ketiga oleh pemimpin dan aktivis PKR.

“Kalau kita bersatu tidak ada lah gerakan ketiga, keempat atau lima hanya satu parti, satu kepimpinan dan kami bercakap dalam satu suara.

“PKR percaya dengan kepimpinan Presiden parti mampu mendepani cabaran diperingkat nasional terutamanya krisis ekonomi dan  kepimpinan dalam satu pasukan untuk menentang Umno-BN pada PRU14 akan datang,” katanya.

Semalam, Abdul Khalid dalam status Facebooknya berkata, beliau tidak terlibat dalam sebarang gerakan menubuhkan parti baharu sebagai kuasa ketiga namun, tidak hairan sekiranya wujud penubuhan parti lain susulan kegagalan PKR menyelesaikan aduan ahli parti secara telus dan adil.

Dalam pada itu, Azmin turut menolak dakwaan bahawa beliau ibarat ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’ dalam urusan penstrukturan semula industri air yang selama ini diperjuangkan oleh Abdul Khalid.

“Ini adalah kerja berpasukan pegawai kerajaan negeri, Unit Perancang Ekonomi (Upen ) dan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) yang berperanan mempertahankan hak dan mewakili Kerajaan Selangor.

“Tapi sebelum ini urusan pindah milik aset air syarikat-syarikat konsesi air (Consession Companies Water Assets-CCWA) bersama dengan penyerahan tanah sepanjang 36,000 kilometer paip kepada kerajaan Persekutuan, saya tidak setuju,” katanya.

Comments

Anonymous said…

JAHATnya si PKRHOMO ni no, sampai ZAKAT pun disyaki sanggup nak TIPU! Lihat di -http://badutrakyat.blogspot.com/2015/08/kantoi-deig-azmindeig-penipuan-azminali.html , KANTOI !!! #DEIG #AZMINDEIG !!! PENIPUAN #AZMINALI DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!! August 24, 2015!

Aku HERAN betullah SPRM ni! Asyik YAB PM/UMNO/1MDB kita diSIASAT! Lepas tu BISING bila diTUDUH tak buat kerja seolah SPRM ni KEBAL undang-undang pula - letakkan SPRM ni bawah SURUHANJAYA INTEGRITI Agensi Penguatkuasaan di bawah JPM - mcm. PDRM tu! SPRM juga haris diPANTAU - jgn. pula SPRM dibiaqkan bermaharajalela seolah dia PALING berkuasa di Malaysia ni!

Dahlah ramai pekerja JPA menyokong PEMBANGKANG-KEPARAT dlm. diam, mcm. si DALANG-DUA-MUKA! Mcm-mcm SUBSIDI diberi K'jaan tapi TAK pernah berterimakasih puak DALANG ni!

Aku AKAQ UMBI dari RAKYAT Malaysia ni juga sedang menunggu SPRM/PDRM utk. MENYIASAT RM7.56 billion duit rakyat Selangor yg. lesap dalam tempoh 12 bulan ni di bawah AzminBANGANG dan isu DEIG ni yang melibatkan wang rakyat bernilai RM 30 billion! SPRM – buat KERJA betul-betul!

Lihat juga di -
http://ibm-akusayangumno.blogspot.com/2015/08/apa-mahsiswa-ni-tahu-asyik-nak-protes.html, APA MAHSISWA NI TAHU. ASYIK NAK PROTES PASAL WANG DERMA RM2.6 BILLION, BAGAIMANA DENGAN ISU DEIG YANG MELIBATKAN WANG RM30 BILLION. ITU DUIT RAKYAT. JUMAAT, 21 OGOS 2015 ; di http://theunspinners.blogspot.com/2015/08/deig-ditubuh-supaya-rm765-billion-tak.html, DEIG ditubuh supaya RM7.65 billion tak dikesan, Posted by The Unspinners at 8/23/2015; dan di http://theflyingkick.blogspot.com/2015/08/pejabat-operasi-darul-ehsan-investment.html , PEJABAT OPERASI DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG) TIDAK WUJUD!!! , May, August 27, 2015!

Nek Tempoyak.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID