Breaking News
Loading...
October 5, 2015

Info Post

Apa yang tak dihadap oleh Long Nan selaku Menteri Besar Pahang..! dari isu nadir bumi lynas sebelum PRU13 yang lalu hingga la isu pencerobohan tanah di Cameron Highland, lombong bauksit, hutan, sungai dan banyak lagi semuanya dihadapi secara tenang oleh Long.

Bukan main bersilat lagi pembangkang memainkan isu Lynas..! Tak cukup pembangkang, pemimpin UMNO di Pahang dan KL pun turut serta memerah limau bagi mewangikan bara isu tersebut. 

Malah orang politik rata rata tahu terutama rakyat Pahang boleh menghidu siapa sebenarnya yang menjadi dalang dalam isu tersebut..! 

Utusan bukan main berselera menggasak Long dalam isu tanah di CH...sehingga sanggup disaman..! Juga rakyat tahu ketika itu siapa orang kuat UMNO dan Kerajaan yang memonitornya..!

Rakyat sebagai pemerhati politik tegar ingatkan dendam kesumat dan fitnah terhadap Adnan sudah mati..! sudah berakhir..! rupanya semangat untuk menjatuhkan Nan tetap subur dan hidup dikalangan pemimpin UMNO sendiri..!

Kenapa semangat tersebut masih hidup? tak lain tak bukan kerana Long Nan bukannya pemimpin yang boleh dibeli dengan wang ringgit..! Adnan bukan pemimpin murahan yang mabuk dengan duit dan bukannya pemimpin boneka yang boleh di arah sesuka hati..! Beliau ada prinsip..!

Itu yang memedihkan sesetengah pemimpin..! Terbaru dalam satu mesyuarat tertinggi  diberitakan seorang pengampu telah di bentak oleh Nan kerana cuba menjilat nakhoda dengan membawa fitnah..! Cara Long yang tegas ni yang menyebabkan kutu penjilat terkujat terkulat kulat..!

Itu sebab para penjilat tidak akan berselera dan bergumbira selagi Nan masih MB..! Bagi pemimpin Pahang yang rakus dan haloba...selagi Nan MB selagi itu kerja jahat ini perlu diistiqamahkan..!

Terbaru isu melaga lagakan Long Nan dengan Najib..! Fitnah murahan sebegini begitu cepat boleh ditangkap dari mana datang corong asapnya..! Rentikan lah..!!!

Setpol Menteri Besar Pahang..Dato Shamsuddin Hj Nawawi dilaporkan berkata... 

Baca selanjutnya di sini







INFO HARI SUKAN NEGARA (klik sini)

0 comments: