Breaking News
Loading...
November 27, 2015

Info Post

Najib Tun Razak menyampaikan rasa kesal dengan kejadian seorang pelajar Tingkatan Lima yang bunuh diri selepas tidak dapat menjawab kertas peperiksaan Matematik Tambahan Kertas 1, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau menyampaikan ucapan takziah kepada ibu bapa pelajar berkenaan dalam satu muat naik di laman sosial Facebook milik beliau.

“Saya amat sedih membaca mengenai pelajar tingkatan 5 yang membunuh diri akibat kecewa tidak dapat menjawab soalan SPM.

“Saya ucap takziah kepada ibu pelajar tersebut atas kehilangan anak tersayang.

“Sebagai seorang bapa, saya berkongsi perasaan sedih keluarga mangsa. Meskipun penting, peperiksaan bukan segala-galanya. Perkara yang paling utama adalah ikatan kekeluargaan.

“Saya harap Kementerian Pendidikan dan yang berkaitan memandang berat isu ini. Bantuan dari sudut bimbingan dan kaunseling perlu diperbanyakkan bagi menghindari kejadian sebegini daripada berlaku lagi,” tulis beliau.

Menurut laporan, pelajar yang bersekolah di SMK Raja Abdullah itu ditemui dalam keadaan tergantung dengan menggunakan tali leher di lehernya, di dalam biliknya di sebuah pangsapuri di Taman Jinjang.

Pelajar itu yang juga seorang pelakon dalam beberapa siri televisyen tempatan berbahasa Cina dikatakan seorang pelajar cemerlang oleh gurunya.

3 comments:

Anonymous said...

Cepat respond....

Anonymous said...

Cina der.. melayu mati ada di kisah

Pak Beny Sutomo said...

Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.