Breaking News
Loading...
November 26, 2015

Info Post

Pakatan Harapan boleh memenangi pilihan raya umum akan datang - dengan atau tanpa PAS - atas gelombang sentimen anti-Umno, kata seorang bekas pemimpin parti pemerintah itu. 

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, yang kini bersama PKR, berkata sentimen Asalkan Bukan Umno (ABU) masih menjadi faktor dalam pilihan raya akan datang.

"Dalam pilihan raya umum lepas, kira-kira separuh daripada pengundi mengundi pembangkang, tidak semestinya kerana mereka mengundi pembangkang, tetapi mereka telah mengundi menolak BN. 

"Masih ingat ABU? Saya pun kena la," katanya, merujuk kepada kekalahannya di kerusi Parlimen Temerloh kepada calon PAS, Nasruddin Hassan pada tahun 2013. 

ABU adalah satu gerakan yang bermula pada tahun 2011, yang mana mesejnya ialah mana-mana parti lain, adalah lebih baik daripada Umno-BN dalam mentadbir negara. 

Saifuddin keluar parti dan menyertai PKR pada 14 Oktober, selepas beliau diberi surat tunjuk sebab kerana menghadiri meja bulat Pakatan Harapan awal bulan tersebut. 

Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu temu bual di ibu pejabat PKR pada Jumaat lepas, Saifuddin menyentuh tentang kemungkinan pakatan pembangkang yang dilahirkan semula, untuk meraih undi Melayu tanpa PAS. 

Ini, katanya, akan bergantung kepada kekuatan parti serpihan PAS - AMANAH - pada masa itu, dan juga bagaimana ia boleh meyakinkan pengundi Melayu bahawa Pakatan boleh menjaga mereka dengan lebih baik, berbanding dengan Umno.

"Kita mesti menjelaskan dengan baik dasar-dasar kita kepada pengundi bumiputera, tunjuk rekod prestasi kita di Pulau Pinang dan Selangor untuk meyakinkan rakyat bahawa kita akan menjaga kepentingan orang Melayu," katanya. -mk 

Apa pulak komen orang-orang pas...???

0 comments: