Breaking News
Loading...
December 1, 2015

Info Post

Tindakan beberapa pengawal keselamatan di sebuah pasar raya terkemuka di Damansara Damai, di sini, cuba menahan dua pencuri wanita bertukar cemas apabila mereka sebaliknya diserang lelaki bersenjatakan parang.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, sindiket ‘ibu mengandung’ itu dikesan mencuri beberapa barang seperti ubat gigi dan gula-gula berharga mahal yang disembunyikan di dalam baju mereka.

Pengurus operasi pasar raya itu, Mas Imran Adam berkata, beberapa pengawal keselamatan yang menyedari tingkah laku mencurigakan dua wanita terbabit cuba menahan mereka.

Menurutnya, pengawal keselamatan terbabit bagaimanapun terkejut apabila seorang lelaki dipercayai anggota sindiket itu tiba-tiba muncul sambil mengacukan parang.

“Lelaki memakai kemeja-T biru dan bertopi itu kemudian melibaskan senjata tajam itu dalam usaha menghalang dua rakan wanitanya itu diberkas.

“Beberapa kakitangan lain yang cuba membantu tidak dapat berbuat apa-apa berikutan lelaki itu bertindak agresif,” katanya.

Menurutnya, kakitangan pasar raya itu akhirnya terpaksa membiarkan kumpulan penjenayah melarikan diri berikutan bimbang dicederakan.

“Suspek melarikan diri menaiki Perodua Alza dan Toyota Innova berwarna hitam. Pemeriksaan mendapati penjenayah melarikan ubat gigi dan coklat dari dalam pasar raya ini,’ katanya yang turut membuat laporan polis di Balai Polis Sri Damansara, di sini.

Mas Imran berkata, kejadian kecurian seumpama itu sudah beberapa kali berlaku di pasar raya sama dipercayai dilakukan kumpulan terbabit.

“Modus operandi mereka juga sama. Mereka menggunakan perempuan yang menyamar sedang mengandung manakala beberapa lelaki bersedia di luar premis untuk melarikan mereka sejurus memperoleh barangan diidamkan.

“Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ini yang sering mencuri di pasar raya seluruh negara,” katanya.

Menurutnya, suspek dipercayai menjual barangan dicuri di pasaran gelap dengan harga lebih murah.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Polis kini melakukan siasatan lanjut dan mengesan suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya itu,” katanya

1 comments:

Pak Beny Sutomo said...

Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.