Breaking News
Loading...
December 14, 2015

Info Post

Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) cawangan Perlis menyarankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini untuk mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda selain tulisan rumi.

Pengerusinya Datuk Yazid Mat berkata ini penting sebagai usaha untuk memartabatkan semula tulisan jawi yang kian dilupai sekali gus dapat diperkasakan oleh generasi akan datang.

“Hanya dengan pendekatan sebegini, ia akan membantu menghidupkan tulisan tersebut apabila masyarakat dapat membacanya di merata-rata tempat,” katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PSM di Chuping, dekat sini hari ini.

Menurut Yazid, penggunaan tulisan jawi disaran digunakan pada papan tanda nama jalan, nama bangunan, nama tempat atau papan maklumat tertentu yang boleh  dibaca oleh orang awam.

Katanya, PSM juga mahu agar kerajaan lebih tegas dalam mendaulatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sejajar dengan 58 tahun usia kemerdekaan negara.

Justeru, katanya semua pihak khususnya para pemimpin harus menjadi contoh kepada rakyat dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa terlalu mengagung-agungkan bahasa Inggeris dalam kehidupan harian, termasuk majlis rasmi.

“Kalau ada dalam kalangan tokoh-tokoh bukan Melayu begitu mengambil berat tentang kedaulatan bahasa Melayu, adalah tidak wajar sekiranya terdapat orang Melayu sendiri membelakangi kepentingan tersebut,” tegasnya.

Bernama

Mungkinkah saranan persatuan sejarah malaysia ini akan mendapat tentangan hebat dari DAP? sama-sama kita tunggu dan lihat...

1 comments:

Anonymous said...

Promosi tulisan Jawi....Hapuskan tulisan cina yang dah terlalu bersepah!!!!