Breaking News
Loading...
February 18, 2016

Info Post

Syarikat Melayu juga lebih cenderung memilih permohonan pekerjaan daripada seorang Cina berbanding Melayu meskipun kedua siswazah kejuruteraan itu sama layak, menurut satu tinjauan.

Fakta mengejutkan itu ditemui dalam kajiselidik pensyarah kanan Universiti Malaya, Dr Lee Hwok Aun, bersama Pengarah Penyelidikan Institut Penyelidikan Khazanah, Muhammed Abdul Khalid.

“Bagi kerja kejuruteraan, kemungkinan syarikat milik Melayu memanggil pemohon Melayu untuk ditemuramah adalah lebih rendah berbanding syarikat milik Cina,” kata Hwok.

Kajiselidik itu juga mendapati kemungkinan individu yang fasih dialek Cina dipanggil untuk ditemuramah adalah lebih tinggi – samada pemohon Cina ataupun Melayu.

“Fasih berbahasa Cina merupakan ciri penting dan merupakan kelebihan kepada pemohon Melayu dan Cina.”

Hwok mendapati menetapkan fasih berbahasa Cina sebagai salah satu syarat kelayakan kerja mengurangkan peluang pemohon Melayu mendapat kerja.

Justeru, beliau mencadangkan pihak berkuasa supaya mengharamkan majikan meletakkan syarat sebegitu rupa untuk jawatan-jawatan kosong kerana ia merupakan satu amalan diskriminasi.

Maka, penemuan kajiselidik yang menunjukkan pemohon Cina lebih berkemungkinan untuk dipilih bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan kejuruteraan di syarikat-syarikat kejuruteraan swasta berbanding pemohon Melayu meskipun sama layak adalah tidak mengejutkan.

“Diskriminasi yang berlaku sangat khusus hinggakan apabila permohonan kerja pemohon-pemohon yang sama layak diserahkan, majikan lebih cenderung memanggil pemohon Cina untuk temuramah,” kata Hwok di satu kuliah di Universiti Nottingham.

Menjelaskan alasan disebalik diskriminasi pekerjaan itu, Hwok berkata ia barangkali angkara praanggapan di dalam syarikat-syarikat Cina.

“Syarikat yang rata-rata kakitangannya Cina merasakan calon Melayu dari segi sosial dan budaya tidak dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran tempat kerja mereka.

“Syarikat terbabit juga merasakan calon Melayu diberi keutamaan untuk kerja-kerja di sektor awam, lantas, sektor swasta perlu memainkan peranan sebagai pengimbang.”

Hwok juga mendapati kebanyakan syarikat Cina dan syarikat asing lebih cenderung memilih pemohon Cina.

2 comments:

Anonymous said...

bukan syarikat kejuruteraan je, hampir semua sektor swasta sama jer, sektor perbankan lagilah, islamic bank pun sama peringkat pengurusan pertengahan dan tertinggi kurang sgt org melayu...kenapa ya?

Anonymous said...

Dah lama dah.....