Breaking News
Loading...
February 4, 2016

Info Post

Kerajaan perlu mengkaji lebih mendalam sebelum melaksanakan untuk mengehadkan penjualan projek perumahan baru berharga RM300,000 ke bawah kepada pembeli rumah pertama.


Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Shukor berkata sekiranya langkah kerajaan mengehadkan harga jualan tersebut tidak dilaksanakan dengan teliti, ia boleh menyebabkan harga rumah semakin meningkat.


“Tidak mustahil pemaju akan menaikkan harga jualan melepasi harga RM300,000 untuk membolehkan mereka menjual kepada pasaran terbuka.


“Lebih-lebih lagi, tiada sebarang peruntukan di dalam mana-mana akta yang melarang mereka menaikkan harga rumah baru. Semuanya bergantung kepada faktor tawaran,” katanya menerusi kenyataan hari ini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas langkah kerajaan mengehadkan penjualan projek perumahan baru berharga RM300,000 ke bawah kepada pembeli pertama.
Salkhuhairi dalam masa yang sama turut menyifatkan langkah yang dibuat oleh kerajaan tidak kesudahan.


“Sudah pasti pemaju tidak mahu mengambil risiko kerugian dengan pelaksanaan langkah kerajaan tersebut.


“Lebih malang lagi kita bimbang, hartanah di luar bandar juga akan dijual dengan harga melebihi RM300,000 untuk membolehkan pemaju menjual rumah mereka kepada pasaran terbuka,” katanya.


Beliau turut mencadangkan agar kerajaan menggubal satu akta khusus bagi melaksanakan harga siling untuk rumah-rumah baru mengikut lokasi dan tempat.


“Selepas penguatkuasaan harga siling dilaksanakan, kerajaan disaran agar mengenakan kadar cukai duti setem yang berbeza-beza kepada pembeli rumah bergantung kepada rumah keberapakah yang mereka beli.


“Misalnya untuk hartanah pertama, pembeli dikenakan duti setem sebanyak satu peratus daripada harga jualan atau harga pasaran (yang mana lebih tinggi).


” Manakala untuk hartanah yang kedua dan seterusnya mungkin kadar duti setem boleh dinaikkan sehingga tiga peratus atau lima peratus daripada harga jualan atau harga pasaran misalnya,” jelasnya.

1 comments:

Anonymous said...

Bahana gaji minimum makin ketara, semua org nak pendapatan tinggi, akibatnya barang barang bukan kawalan melambung lambung naik harganya.
Jadik pemimpin kena cerdik lebih sikit.