PAS Tidak Sertai Himpunan Anti Najib...


Apa jua perhimpunan atau demonstrasi membabitkan pembangkang akan gagal jika PAS tidak turut serta.

Sebab itu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sudah goyah kerana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya kepada Sinar Harian menyatakan partinya tidak akan menghadiri perhimpunan anti Najib, 27 Mac ini.

“Saya harap Datuk Seri Hadi Awang juga akan turut sama, supaya rakyat tidak terkeliru seolah-olah beliau/PAS mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak pada kala kemarahan rakyat terhadap Perdana Menteri makin memuncak,” katanya dalam Facebook hari ini.

Rafizi berkata, beliau jarang mengulas mengenai PAS atau Abdul Hadi kerana menghormati sumbangannya kepada pembangkang sejak puluhan tahun, tetapi beliau dihujani dengan pertanyaan mengenai kenyataan terbaru pemimpin PAS itu.

Ahli Parlimen Pandan itu berharap kenyataan Hadi bukan menghantar isyarat mengelirukan bahawa parti Islam itu menyokong Perdana Menteri.

Rafizi menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan pendirian terbaru Hadi iaitu “menolak parti UMNO, tetapi berkawan dengan orang (pemimpin) UMNO”.

Najib dan Hadi kini mempunyai hubungan yang baik demi penyatuan Islam

Menurut Rafizi, beliau sendiri menyatakan persetujuan supaya perdana menteri meletakkan jawatannya pada himpunan tersebut.

Pembangkang dengan pihak tertentu yang tidak puas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri selama ini berharap perhimpunan anti Najib adalah tindakan terbaru mereka bagi menjatuhkan Perdana Menteri setelah usaha-usaha sebelum ini tidak berhasil.

Ini termasuk menolak Bajet 2016 bagi menggambarkan undi tidak percaya terhadap Najib di Dewan Rakyat tahun lalu.

PAS sebelum ini tidak menyertai pembangkang pada perhimpunan Haram Bersih 4 sekaligus mengagalkannya kerana bilangan penyertaan yang sedikit.

Rafizi harus sedar dan ingat jangan kerana PAS masih bekerjasama dalam politik terutama di Selangor, ia bukan bermakna PKR boleh memaksa Hadi berkomplot dengan mereka untuk menjatuhkan Najib seperti sebelum ini.

Lagipun, siapa Rafizi untuk meminta Hadi mengikut kemahuannya. SUMBER

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID