Breaking News
Loading...
March 25, 2016

Info Post

Kira-kira 100 bot dan kapal dari China dikesan menceroboh perairan negara dekat Beting Patinggi Ali di Laut Cina Selatan hari ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata ekoran pencerobohan itu kerajaan telah mengerahkan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk memantau keadaan di kawasan itu.

"Kita telah kerahkan tiga buah kapal APMM, dua sudah bergerak, aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga ada di sana. Kapal (pesawat) Bombadier telah terbang membuat tinjauan di kawasan itu tadi dan mendapati terdapat sekumpulan nelayan China berada di sana.

Ia satu jumlah yang agak besar dan kapal kita dijangka sampai pada malam ini," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan penguatkuasaan undang-undang akan diambil jika kapal-kapal berkenaan dikesan memasuki zon ekonomi ekslusif negara. Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Bila najib tau dia ckp biarkan saja sb Malaysia Ni dah kawan lama dgn china sejak zaman bapak dia lagi.

Anonymous said...

Najib dan kena beli kan...biarlah luncai terjyn dgn labu2nya