Breaking News
Loading...
April 27, 2016

Info Post

Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Hai Hung melahirkan kekecewaannya terhadap Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy yang mengaitkan serangan ke atas kuil Hindu di Jalan Hospital, Ipoh pada 24 April 2016 dengan kehadiran Dr Zakir Naik ke Malaysia baru-baru ini.

“Ini merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan ketegangan antara penganut agama di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, sebagai seorang peguam, Waythamoorthy seharusnya sedar apa yang disebutnya perlu didasari dengan bukti.

“Adakah dalam mana-mana ceramah Dr Zakir Naik menyeru penonton untuk merosakkan rumah ibadat agama lain apatah lagi berhala mereka?,” soalnya.

Sambil mengutuk keras kejadian serangan itu, Firdaus Wong berharap agar semua pihak bersabar dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkenaan serangan itu.

“Kita perlu membiarkan pihak berkuasa menguruskan kes ini mengikut undang-undang. Kami juga ingin menasihati semua pihak jikalau kita tidak dapat menjernihkan keadaan jangan pula cuba menangguk di air yang keruh. Usahlah mengeruhkan keadaan,” katanya lagi.

Katanya, semua pihak perlu berhenti daripada meniupkan sentimen perkauman dan agama dalam setiap isu yang berlaku.

Petang Ahad lalu, lelaki berusia 29 tahun ditahan polis setelah menghancurkan beberapa patung agama Hindu dalam Kuil Sree Muneeswarar Amman di Ipoh.

Dia yang merupakan seorang doktor dipercayai mengalami masalah kesihatan mental dan telah dibawa ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk pemeriksaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kerajaan Perak telah memperuntukkan RM30,000 kepada pihak kuil untuk memperbaiki kerosakan dalam insiden itu. SUMBER

7 comments:

Anonymous said...

Saya pun boleh tuduh Waythamoorthy dan HINDRAF adalah punca budak-budak keling bertumbuk sesama sendiri lepas mabuk melantak todi dua tiga botol.

Patutnya HIDRAF dan Waythamoorthy melihat gejala keganasan di kalangan budak-budak keling yang bersikap ganas akibat alkohol, di manakah HINDRAF dan Waythamoorthy dalam menangani masalah ini?

Kita selalu lihat budak-budak keling bertumbuk sesama sendiri selepas mabuk todi atau alkohol yang lain sampai bertetak-tetak sesama mereka, apa peranan HINDRAF dan Waythamoorthy dalam perkara ini?

Kalau HINDRAF dan Waythamoorthy betul-betul nak menjaga kebajikan masyarakat keling di negara ini, sila HINDRAF dan Waythamoorthy ambil perhatian dan cuba menangani masalah jenayah dan mabuk di kalangan masyarakat keling di negara inilah terlebih dahulu.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

Anonymous said...

abu bakar, keling bertumbuk sesama keling jer, bukan kacau bangsa lain.....yg melayu islam ni nak ikut2 IS ni lagi parah.....membunuh org atas nama agama...kacau adat dan agama bangsa lain....ko tgk kat filipina,abu sayaf yg culik org atas nama agama gak.....pastu bile kerat kepala org, boleh pulak laung Allah Hu Akhbar.....Sebenarnya, melayu islam la nak kena jaga tingkah laku dia org, sebab senang terpengaruh dgn agenda bertopengkan agama dan halalkan membunuh org ramai atas nama agama.....

RD. said...

Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa masyarakat India di Malaysia lebih ambil tahu akan perkembangan di bumi India dari Malaysia. Lihat saja akhbar Tamil di Malaysia yang banyak menumpukan Politik India. Ada lawak mengatakam, jika kita tanya 'siapa Menteri Pertanian Malaysia?', mereka tidak tahu. Tetapi jika di tanya 'siapa Menteri Pertanian India', dengan pantas mereka dapat menjawab.

Adalah juga menjadi pengetahuan umum bahawa permusuhan dan kebencian Hindu-Muslim di India adalah sesuatu yang nyata sejak 1528 lagi, akibat perebutan tapak Masjib Babri di Uttar Pradesh. Beratus-ribu di kedua-dua pihak terbunuh, termasuk tidak-balas dendam terhadap minority Hindu di Pakistan dan Bangladesh.

Oleh yang demikian, saya harap NGO dan Party Politik India di Malaysia tidak bawa permusuhan Hindu-Muslim di India ke Malaysia dan Nusantara. Jangan membahayakan mereka yang tidak berdosa dan mahu hidup aman-damai, tanpa perbalahan Agama.

Orang Islam pun sama. Janganlah bawa permusuhan khabilah Pak-Pak Arab (Sunni/Syiah) yang berbunuhan sesama sendiri, ke Nusantara. Kita bukan orang Arab.

Anonymous said...

Orang Islam jgn bawa budaya IS ke negara ni......budaya IS ialah bermusuhan dgn semua org...

Anonymous said...

kalau di Malaysia orang Islam ikut IS dah lama dah kau mampos!

Anonymous said...

Saya berasakan semangat perpaduan diantara kaum tidak seperti dulu. Baik dia Melayu, Cina, India, Arab, Filipines dan sebagainya.

Ingat ....apabila kita sebagai orang Islam tidak menghormati orang lain, bangsa lain, dengan perkataan keling, cina babi dan sebagainya, jangan lah mengharapkan orang lain akan menghormati kita.

Allah cipta kita ..... dan banyak telah di Firman kan dalam Al Quran......dengan Kalam Allah.... "Wahai manusia"......umum pada semua.....peringatan demi peringatan kerana di akhirat kelak....akan di persoalkan tentang kedatangan Rasulullah Muhammad saw. sebagai Rasul untuk umat ini. Baik yang kafir mahupun Islam akan bertanggung jawab dengan amalan dan keimanan mereka.

Berhentilah dari menghina bangsa lain kerana Nabi menyayangi umatnya. Takut takut di akhirat Nabi tak mahu melihat wajah kita.

Semoga sedikit peringatan ini menginsafkan kita. Insyallah.

Anonymous said...

mamat yg gi buat hal kat kuil hindu di ipoh tu pengikut IS.....dan ramai kat mesia berjinak dgn IS...skrg tggu masa jer bila pengikut IS ni gi bom kan diri sendiri kat tmpt org ramai.....masa itu mcm mana nak jual "Islam itu Indah"?