Breaking News
Loading...
April 12, 2016

Info Post

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sebarang tuduhan dan dakwaan salah laku yang dilemparkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu berasas dan memerlukan saksi. 

MP Marang berkata Najib bukan malaikat tetapi manusia biasa dan saksi perlu dikemukakan bagi mengesahkan dakwaan padanya, lapor portal Astro Awani hari ini. 

"Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga... saksi yang adil. 

"Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang,” katanya seperti yang dilapor portal berita itu hari ini. 

Hadi mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebelum ini yang menyifatkan laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa terdapat aliran wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi Najib, sebagai "tidak logik". 

SUMBER

1 comments:

Anonymous said...

Kenapa anwar xade 4 saksi pun kena hukum..kenapa hj hadi x pertahankan anwar..tiba2 kes ajib keluar hujjah ni..penin pil ke..