Breaking News
Loading...
April 4, 2016

Info Post
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan penubuhan Bandar Usahawan Lautan Biru di Borneo 744, Bintawa di sini.

Pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri ketika berucap melancarkan Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat (GREAT) 2016 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Usaha ini menurut Najib adalah dilaksanakan hasil kerjasama kerajaan negeri dan kerajaan pusat melalui Kementerian Kewangan (MOF).

“Buat kali pertama kita hendak jadikan bandar ini sebagai hab kreativiti dan inovasi untuk golongan muda menjalankan perniagaan dan menghasilkan produk-produk baharu.

“Melalui usaha ini juga kita akan jadikannya sebagai satu model keusahawanan yang bersifat kreatif,” katanya sambil menambah, ia akan menggalakkan penglibatan golongan muda dan usaha.

Pada program itu semalam, Najib turut mengumumkan Pertandingan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Pertandingan ini katanya, ditetapkan untuk mencari idea-idea kreatif dan inovatif yang berimpak tinggi dari segi perniagaan, perkhidmatan awam dan keusahawanan sosial.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan MOF Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata perbincangan sedang diadakan bersama pemilik tanah iaitu Cahya Mata Sarawak (CMS) melibatkan kawasan seluas 10 ekar.

Pembangunan bandar usahawan ini katanya, merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia dan akan dilengkapi dengan segala kemudahan untuk pelbagai bidang keusahawanan.

“Kita telah berbincang dengan CMS dan kerajaan negeri untuk mengubah kawasan ‘wheelhouse’ ini menjadi sebuah bandar untuk pembangunan usahawan yang dapat menarik penglibatan ramai golongan muda,” katanya pada sidang media selepas pelancaran GREAT 2016.

Dalam pada itu pertandingan yang diumumkan semalam menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM350,000 kepada idea-idea yang dipilih.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2016 untuk dinilai berdasarkan kriteria NBOS, impak tinggi, pelaksanaan rapid, kelestarian dan kos rendah.

1 comments:

Anonymous said...

Rakyat Sarawak!

Pembangunan nampak pesat di Semenanjung.

Tetapi Melayu dan bangsa asal terkebelakang di tipu pemimpin.
Bangsa lain pula dituduh puncanya.

Pembangunan be end cuma pembangunan jangka pendek/pembangunan umpan.

Jangan percaya pembangunan yg dibawa be end!