Breaking News
Loading...
November 29, 2016

Info Post

Cerita pasal pengundi hantu ni aku jelak dah nak mendengarnya, sejak dari prk lunas tahun 2000 dulu, sampai la sekarang ni tak habis-habis cerita pasal pengundi hantu...

Dipihak pembangkang, menuduh bn bawa masuk pengundi hantu...

Dipihak bn pulak, tuduh pembangkang gunakan warga china untuk menjadi pengundi hantu...

Tapi apa penyelesaian pon tadak...

Sudahnya bodoh gitu la kita dengar cerita pasal pengundi hantu...

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pernah dua kali mencadangkan supaya di gunakan sistem biometrik, sekali pada tahun 2009 dan sekali lagi pada tahun 2011...

Tetapi cadangan itu seolah-olah di pandang sepi oleh kerajaan, kenapa?

Kalau kita baca balik saranan spr itu, cukup clear, isu pengundi hantu ini tidak akan timbul lagi, pasal pada pandangan aku, sistem itu cukup tepat.

Jika dulu kita mengundi, just tunjuk ic kemudian pendaftar akan bagi kertas undi, dengan adanya sistem biometrik ini, selagi cap jempol ko tak sama seperti yang ada dalam sistem, jangan harap la kau dapat mengundi, kerana sistem spr ini akan di intergerasikan dengan sistem di jabatan pendaftaran.

Ada yang kata, kalau cip pada mykad tu rosak macam mane, mungkin sistem provider boleh lakukan sedikit adjustment pada sistem, kalau cip mykad rosak, petugas pilihanraya boleh key in no ic pada sistem dan keputusannya sama, muka dan cap jempol akan keluar di screen, kalau muka dalam screen itu tak sama, maka jeng...jengg...jenggg.. sendiri mau ingat la.

Cuma bila guna sistem biometrik ini kita takut kalau tetiba sekolah tu black out, kalau black out la yang ditakutkan sangat, sampai bila pon kita tak pakai sistem ini dan cerita pengundi hantu ini akan berterusan sehingga lah khiamat.

Pembangkang telah cadang guna dakwat kekal dan kerajaan bersetuju, kini tiba pula giliran kerajaan untuk memperkenalkan biometrik, pembangkang setuju ke tak setuju ke itu depa punya pasal la, kenapa kerajaan nak lagi berlembut dengan pembangkang?

Jalan terus la, apa nak tunggu lagi, bn ada 134 kerusi dalam parlimen, pembangkang ada 80 lebih jer, takan la majoriti nak ikut cakap mainoriti...

Adehhh aku tak paham...

1 comments:

wijaya kezuma said...

Biometrik bangla dah siap dah ke..