Motosikal Kapcai Mungkin Di Halang Memasuki Bandar Kuala Lumpur...


Motosikal bersaiz kecil atau kapchai, mungkin bakal dihalang memasuki pusat bandar Kuala Lumpur sebagai langkah untuk mengurangkan pelepasan karbon, laporan The Star.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pihaknya melihat kaedah larangan ini sebagai usaha yang berbaloi memandangkan pengangkutan awam kini lebih banyak pilihan dan dengan harga yang berpatutan.

“Pada waktu siang, populasi (dalam bandar) meningkat antara lima dan tujuh juta memandangkan mereka memasuki pusat bandar untuk bekerja. Jika melihat kebanyakan pusat bandar lain, banyak yang menghalang kemasukan kapchai.

“Malah kajian turut menunjukkan kebanyakan orang masih memerlukannya kerana mereka daripada golongan miskin dan tidak mampu (untuk membeli kenderaan lain) kerana gaji yang rendah. Namun pengangkutan awam yang murah boleh didapati, dan kita akan mengkaji kemungkinan untuk tidak membenarkan motosikal kapchai memasuki pusat bandar,” ujarnya yang turut menambah kebanyakan motosikal jenis ini sering kali digunakan oleh peragut di pusat bandar. Sumber

Komen aku: Kalau ianya benar, lepas ni mat-mat peon atau dispetch boleh gunakan mrt atau lrt untuk pi hantar surat dan dokument...

Comments

Anonymous said…
Menteri mangkok ni ingat KL satu kawasan yg tertutup ..kalau tiada pelepasan karbon didalam bandar bermakna tiadalah pencemaran. Bagaimana pelepasan karbon ini diluar kawasan KL ? Adakah tiada impaknya ? Ia umpama cakap jangan bakar sampah kat KL..pergi bakar kat Pj ,Sedang, Gombak atau lain tempat diluar KL. Kalau hendak menghalang pencemaran kita kena menghentikan punca pencemaran ..bukan mengalihkan punca pencemaran tersebut ketempat lain.
Anonymous said…
Untuk sesuatu jarak perjalan motor mungkin mengambil masa 10 minit dijalanraya berbanding kereta yg mengambil masa yg mungkin tiga atau empat kali lebih lama disebabkan kesesakan lalu lintas. Agak2 pak menteri londeh berapa kuantiti karbon yg dilepaskan oleh motor selama 10 minit berbanding kuantiti karbon yg dilepaskan oleh kereta selama 30 atau 40 minit untuk satu jarak perjalanan yg sama.
Anonymous said…
Bodoh..
Kalau jepun JR stesyen banyak, sangat2 murah dan ikut masa..

Basic rate 100 yen..ikut dorang 1 ringgit..

Dulu mat Nan ni naik harga parking

Boleh bungkusla BN..
Anonymous said…
cadangan yg bijak dari menteri umno........diharap motor di larang di semua bandar utama...undia la umno untuk kesejahteraan rakyat dan negara
Anonymous said…
Steatment yg buatkan rakyat makin benci dgn BN..Aku pun sakit hati walau aku pemyokong umno
Anonymous said…
Bodoh...guna basikal la....bodoh... Buka syarikat despatch guna basikal... banyak kota2 di dunia dh guna perkhidmatan despatch guna basikal.... bila kerajaan Persekutuan buat pembaharuan, semua hentam gila2..bila kerajaan dipimpin pembanggang korek balik projek mega yg dibantah oleh mereka satu ketika dahulu, tu diaaa banyak macai pembanggang jilat kasi licinn... :))
Anonymous said…
Kerajaan persekutuan dah jalankan 1mdb, yg tolong rakyat secara langsung........dan FGV telah memberikan pulangan yg baik kepada peneroka.......dan negara aman....pastikan undi umno pru kelak

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID